Sunday, June 2, 2013

Mak, Adam Nak Adik

"Mak Adam nak adik pompuan," pinta Adam kepada emaknya minggu lepas. 
"Adam nak adik tinggi ni," sambil jari2nya diletakkan di paras dadanya. Terkesima sekejap emak Adam dibuatnya.

"Emak tak boleh beranak lagi. Kilang dah tutup," jawab emaknya.  Macamlah budak tu faham

"Kalau macam tu emak bertelurlah!" balasnya selamba.

"Orang tak bertelur macam ayam. Orang mengandung lepas tu bersalin .... baru keluar anak," jelas emaknya.

"Nak suruh ayah beranak perutnya aje yg besar tapi tak keluar-keluar pun anaknya," rungut Adam.

 Cheese cake betul budak bertuah ini. Boleh cakap mcm tu tentang ayahnya. Aku anggap ini satu cabaran ..... huhu  

Sejak hari tersebut Adam sering meminta adik. Nak buat kawan bermain katanya.

Pagi Jumaat baru2 ni selepas kami bersarapan lontong di luar, kami bawa Adam ke rumah jiran kami Pak Aziz. Isterinya yg bernama Kak Julia mengambil upah menjaga budak termasuklah cucu2nya. Ada anak2 jiran setaman dan ada juga yang dari jauh yang dihantar ke rumahnya.

Semasa kami sampai terdapat ramai anak2 kecil sekitar 1 - 3 tahun sedang bermain di dalam rumah.

"Adam pilih nak adik yang mana?" kata emak Adam.

"Adam nak yang ini dan ini," sambil menunjukkan ke arah dua orang kanak2 perempuan.


Ini dia dua 'adik' pilihan Adam

Sedang kami berborak dgn Pak Aziz dan Kak Julia dua orang kanak2 kecil yang tadinya tidur di dalam buaian pula bangun. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Yang perempuan itu adik kepada budak perempuan berbaju pink depan Adam di atas tu.  Dia sangatlah comel macam kakaknya juga.



Ini dia budak comel tu.

"Hah Adam nak baby yang ni jugak," kata Adam

Kak Julia memberitahu kami semasa kakaknya baru berumur 5 bulan baby ini dah mula ada di dalam rahim emaknya. 

Kak Julia berkata kpd ibunya, " Anak kau comel2 eloklah beranak banyak2." hahaha

Bila kami ajak, semua budak2 tu nak ikut. Akhirnya bila kami balik kami 'pinjam' budak perempuan berbaju merah tu. Namanya Riyana dan dia adalah cucu kpd Pak Aziz dan Kak Julia. Abg kpd Riyana menangis2 tak nak kasi kami mengambil adiknya. Kasih seorang abang ....

Bila sampai di rumah Adam pun sukalah dapat bermain dgn Riyana. Apa2 permainan yang ada dipinjamkan kpd Riyana. Adam juga mengajak Riyana bermain Wii dan game di iPad tapi Riyana kata dia tak pandai main.

Bila cuaca dah redup sikit selepas aku balik dari solat Jumaat, emak Adam membawa Riyana dan Adam bermain air di dalam kolam kecil. Emak Adam terpaksa pakaikan baju Adam yg dah sempit kpd Riyana kerana budak tu tak bawa baju spare semasa datang ke sini.



Dua orang kanak2 riang. Siap baring2 lagi si Riyana tu


Satu lagi pose mereka berdua. Tak boleh rapat2 sangat. Nanti kena tangkap basah ...... ngeee

Setelah puas bermain air barulah emak Adam salinkan Riyana semula. Bila kami nak hantar dia balik, dia tak nak. Hanya selepas aku balik dari solat Asar di surau, dia setuju untuk balik dengan janji akan dibawa semula ke rumah kami lain kali.

Itulah kisah kegembiraan Adam mendapat adik perempuan ready made ..... hehehe

30 comments:

  1. Comeeeellllll !!!!!!!
    Sangat adorable & huggable !!!!

    Tiba2 rasa nak ada baby comel mcm tu.. Adeiihh.. Tak pe.. Nanti sy pregnant, sy ajak Emak Adam ke rumah Aunty Julia tu ambik 'aura' baby comel (by the time sy pregnant, Riyana pun dah masuk sekolah rasanya..Huhu..)

    p/s : Nanti blh 'pinjam' lg daripada Aunty Julia ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana yg comel dan sangat adorable & huggable tu? Ketiga2nya sekali atau yg kecik tu?

      Eloklah ada perasaaan nak ada baby comel. Dah masanya pun. Emak Adam masa umur mcm awak tu dah ada 3 org anak ..... ahaks

      Kalau rajin hari ni boleh pergi pinjam lagi baby tu. Kolam tu pun belum disimpan ...

      Delete
  2. Salam...

    Hahaha, kesian Adam nak adik... Sunyi tak ada kawan b'main ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Hanih,

      Adam ingat buat adik tu mcm buat kuih agaknya ..... huhu

      Kawan bermain ada sebab dia ada abg dan kakak selain drpd emak ayahnya. Cuma dia nak budak yg lebih kecil drpd dia utk dibuat main ..... hehehe

      Delete
  3. Seronok tgok adam dapat main ngn 'adik' dia walaupun sekejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi ni adam dah tanya bila nak bawa 'adik'nya datang main lagi .... ngeee

      Delete
  4. assalam YB..macam tu la kalau jadi anak bongsu kan..sibuk minta adik he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Acik ..

      Mungkin kat tadika Adam tengok kawan2nya ramai yang ada adik. Itu sebab dia pun nak ada adik jugak .... huhu

      Delete
  5. sacara sengaja nya... YB da pon tangkap basah dak Adam n Riyana tu... hahahaa

    bersungguh betul Adam nak adek perempuan yee..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang menangkap basah tu takde maknanya. Nak kena tunggu tok kadi jugak yg tangkap. Dapat menantu free ...... hehehe


      CPL boleh ke bagi adik perempuan utk Adam? ....

      Delete
  6. YB ambil la anak angkat buat temankan si Adam tu. Ambilla secara sah dan dari famili yg masalah. Dapat juga pahala. Rasanya YB mampu lagi. Tak pun buka je kilang baru. ngee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ambil anak angkat bukan senang. Kalau ambil anak angkat perempuan dia nak kena jaga aurat dia dgn saya dan anak2 lelaki saya bila dia dah baligh. Cukuplah yg dah ada sekarang tu rasanya.

      Setakat nak bagi adik kepada Adam sampai terpaksa buka kilang baru tak berbaloi rasanya. Nanti bila dia dah jemu nak main dgn adiknya tu, kilang tu nak buat apa? ..... huhu

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Alahaiiiiii Adam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Gelagat budak kecik nak buat mcmana .... huhu

      Delete
  8. Ada alasan yg kukuh tu YB....alasan utk cari kilang baru...demi Adam...

    ~hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melabur kilang baru tak semestinya untung. Lebih baik saya buat trading .... hahaha

      Delete
  9. Okeh. Komen daddyz memang saaangaaat menyenangkan hati yb.

    Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyenangkan hati daddyz jugak .... wakaka

      (hopefully mommyzz tak bacalah)

      Delete
  10. Replies
    1. testing berjaya.

      Lepas ni bolehlah komen di entri yg baru ...... ngeeeee

      Delete
  11. Hamboii...hamboiii ko DZ...alasan kukuh tu...hahahaa...

    Serba salah bila anak2 beria2 macam tu ye YB. Sila berfikir secara waras...hahaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kukuhlah sangat tu. Kalau guna alasan ini atuk2 ramailah yg nak buka kilang baru ...... hahaha


      Serba salah tu taklah sangat. Cuma kadang kesian bila abang2 dan kakak2nya takde kat rumah. Dia sunyi kat rumah takde kawan.

      Delete
  12. suh ayah beranak??
    wakakakaka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah emaknya kata dia tak boleh beranak, Adam nak suruh bapaknya pula beranak. Dia ingat asal perut buncit aje ada anak dalam perut.

      Delete
  13. kenapa panggil isteri Pak Aziz dengan nama Kak? isteri muda kah?

    Lain kali kalau nak buat party buih, ajak Aqid sekali ye Adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri Pak Aziz cuma seorang tapi memang isteri dia jauh lebih muda daripada suaminya. Ramai juga pasangan yg mcm tu.


      Bila2 Aqid nak datang silalah. Kolam tu belum disimpan lagi. Pagi tadi (Rabu) Riyana datang lagi utk berendam dalam kolam tu dgn Adam.

      Delete
  14. hahaha...

    fun giler cuti sekolah

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah tak jalan ke mana2. Dapat main kolam jadilah asalkan happy ...... ngeeee

      Delete
  15. New investment nampak gayanya......new factory otw hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. New investment memerlukan modal yg besar dan kelulusan dari MIDA ...... ngeeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails