Thursday, May 30, 2013

Nak Berniaga Makananlah ......

Bisnes saya sekarang ni terlalu lama nak dapat bayaran. Itu pun kalau tak kena kapur atau songlap oleh client. Margin keuntungan pula bukanlah besar sangat. Kalau projek setengah juta ringgit sekalipun dengan margin tak sampai 5% baru dapat baru boleh untung tak sampai RM15K. Daripada mula nego, sains kontrak, buat kerja sehingga dapat bayaran terakhir paling cepat setahun lebih. Ada juga yang dah dua tahun masih tak selesai dapatkan bayaran.

Katalah 15 bulan selesai semuanya. Itu purata dapat RM1,000 saja sebulan. Bangla kat sini pun boleh dapat lebih daripada itu.

Mungkin aku kena cari rezeki dgn cara lain. Perniagaan yang terbaik ialah perniagaan yang dibayar tunai sebaik barangan atau perkhidmatan diberikan.

Aku rasa nak berniaga makananlah. 

Tadi aku pergi ke Jalan Raja Bot. Aku nampak benda ini


Satu kentang spring ini dijual dgn harga RM2 di pasar malam tempat aku. Kalau satu malam boleh laku 200 biji kentang dah boleh dapat RM400. Sebulan katakan aku berniaga 20 malam. Boleh dapat RM8,000. Kalau margin 30% pun dah boleh dapat RM2,400.

Tak payah nak kejar orang yg tak bayar hutang.

ps - waktu siang aku masih boleh jual beli tanah utk stesen minyak sambil main dgn Adam dan emak Adam

22 comments:

  1. huhuhu...

    bagus gak kan... kalo boleh bukak semangat baru

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah mencuba satu bidang tapi didapati banyak sangat cabaran dan halangannya mungkin kita kena cari peluang lain pula.

      Berniaga makanan ni recession proof sebab masa senang atau masa susah org tetap nak makan ....... ngeeeee

      Delete
  2. Harga spring potato di night market AU 2 tu rasanya RM 2.50.. Sy heart yg itu.. Kalau boss jual dgn harga RM 2 + lebih sedap rasanya, sy yakin tak mustahil YB's spring potato blh punya 1000 outlet mcm Andy (terlupa pula nama Indonesian yg masuk Apprentice Asia tu).. ;)

    # Sekarang ni pun, pg2 Adam dah ke sekolahkan..? Tunggu tahun depan pula main2 dgn cucu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kat pasar malam AU2 RM2 kalau tak silap. Begitu juga di kebanyakan pasar malam di kawasan ini. Itu pun dah banyak untuk sebab 1kg kentang baru RM2. Kalau ada sale RM1.39/kg. 1 kg dalam 7-8 biji. Modal lain minyak masak dan mayonais selain peralatan mcm mesin di atas tu dan kuali.

      Kalau ada 1000 outlet mcm Hendy tu dalam masa setahun saya dah boleh jadi jutawan senyap.

      Kalau Adam dah pergi sekolah bolehlah main dgn emak Adam ......ahaks

      Delete
  3. Boleh panjangkan buat entri lain atas tajuk 'main' tu tak?

    kasik detail sikit...

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permintaan sempena malam jemahat ke ni?

      Nanti saya pertimbangkan permintaan ini ..... ngeeee

      Delete
    2. hahahahaha..uncle Gedek!

      Delete
  4. hamboih.. topik awal tuh dah best..
    rasa cam nk offer diri jadi assistand kat kedai tuh..
    tapi bila baca topik last komen uncle gedek tuh pulak..
    terus cancel nk jd assistant..
    huhhh~ kalo x melencong bukan YB la kan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Iyra jadi pembantu saya, bukan setakat 20 malam sebulan saya berniaga tapi tiap2 malam pun takpe! Iyra jangan terpengaruh dgn komen uncle gedek tuh. Teruskanlah niat nak jadi assistant abg ..... ngeeee

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh dirunding. Nanti awak balik dari majlis kahwin kawan bolehlah kita bincang ...... ngeeee

      Delete
  6. saya setuju dgn YB kalau meniaga makan nie tak kira masa senang atau susah orang tetap akan makan..saya pon baru berjinak2 mula berniaga di kantin kilang...:)harap2 semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerana telah memulakan langkah awal utk berkecimpung di alam perniagaan. Semoga berjaya!

      Berniaga ni kalau laku seronok ....

      Delete
  7. larat ke YB nak berniaga makan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang teruk berniaga makan ni sebab saya pernah laluinya semasa bersekolah dulu tapi bila tengok duit badan yg letih jadi larat ..... hehehe

      Delete
  8. Betul tu YB, bisnes makanan ni, kalau kena gayanya, tersorok macam mana kedai pun, masam macam mana muka penjual pun, kalau dah sedap, org berkerumum datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sangat tu. Kalau masakannya sedap dan harga berpatutan serta layanan yg mesra orang akan datang w/pun kedainya tersorok.

      Saya ada cadangkan kami buka kedai makanan dan emak Adam jadi chefnya sebab ramai org puji masakan dia sedap. Tapi emak Adam tak berminat.

      Belum nak kaya dgn berniaga makananlah agaknya ..... hehe

      Delete
  9. Kalau dah berniaga makanan ni masa untuk bersosial dgn masyarakat dah kena kurang YB. Ada Pro n Con nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja apa pun masa utk bersosial akan terhad. Tambah pula bila berniaga. Jiran depan rumah saya ini ada kedai makan dan banyak masanya dihabiskan menguruskan perniagaan. Tapi bila ada aktiviti masyarakat dan juga pada malam Jumaat dia dan isterinya akan cuba sedaya upaya utk ikut serta.

      Sebaliknya ada juga org yg kerja 8 - 5 tapi tak campur sangat dgn masyarakat ..... huhu

      Delete
  10. somehow, ada betulnya jugak. macam bidang landscape pun sama. kontrak tak sampai sejuta, client kedekut, tapi kene buat keje macam kontrak puluh juta. huh! tak berbaloi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya orang yg sama line mcm kita ini yang tahu pahit maung ambil kontrak ni ....... huhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails