Pada tahun2 akhir aku bekerja dgn syarikat kulit kerang dulu aku mendapat bos orang Singapore. Beliau baru masuk kerja dgn sykt kulit kerang setelah lama bekerja dgn Temasek Holding. Semasa di Temasek beliau bertanggung jawab terhadap harta syarikat di seluruh dunia - dari Singapura ke Hong Kong ke London sehinggalah ke New York. Kerja beliau pusing dunia untuk memastikan harta syarikat di dalam keadaan terbaik. Pangkatnya pun dah besar pada masa itu.
Kami tanya kepada beliau kenapa berhenti kerja di tempat lama sedangkan pangkat dan gajinya dah besar. Beliau memberitahu bahawa kebanyakan lelaki seusianya akan menghadapi apa yang dipanggil "Krisis Pertengahan Usia." (kalau nak tahu lebih lanjut apa makna krisis tersebut silalah google sendiri ..... hehehe).
Salah satu cara mengubati krisis ini adalah dengan menukar isteri atau menukar kerja. Itu kata bos aku tulah.
"Saya tak berani nak tukar isteri. Oleh itu saya memilih untuk bertukar kerja," katanya memberi penjelasan kenapa dia pilih bekerja dgn sykt kulit kerang.
**********************************************************************
Hari Sabtu baru lalu sepupu aku datang ke rumah bersama suami dan anak2nya. Kedua2nya berjawatan tinggi. Suaminya bekerja dengan GLC dan isterinya pula dgn MNC. Masa mereka datang tu mereka naik BMW X3 yang baru.
Semasa mereka nak balik, suaminya memberitahu aku dan emak Adam dia menghadapi Krisis Pertengahan Usia. Pilihan yang dia ada ialah tukar kereta atau tukar isteri. Itu katanya. Dia memilih untuk tukar kereta kerana itu yg lebih mudah. Keretanya sebelum ini Honda Accord. Baru pakai 5 tahun. Hutang pun belum habis tapi dah dijual.
Isterinya setuju dgn perbuatan suaminya itu. Biarlah dia keluar duit lebih sikit utk tukar kereta baru daripada cari isteri baru.
Emak Adam yang mendengar kata2 itu cepat2 menyokong.
Betul ke lelaki pertengahan usia menghadapi krisis ini atau sengaja nak cari alasan untuk ....
apa alasan Yunus Badawi ? hehe
ReplyDeleteTiada alasan, cuma berkongsi kisah .... ngeee
DeleteIsk. Yb sejak attend kenduri uai ni len macam je. Hahaha!!!
ReplyDeleteambik berkat org yg dapat nikmat kerana banyak bersyukur ..... hehehe
Deleteiye la asik tersebutsebut je topik nih.
ReplyDeletealamak ramai yg komplen. Kena tukar topiklah nampaknya lepas ni ..... ngeeee
Deletetersampuk dgn penyakit nak pasang spare tyre..
DeleteSetakat pasang spare tyre apalah salahnya bila ada orang lain siap tukar kereta baru ..... hehehe
Deletehaha YB umur berapa bole terkene krisis pertengahan usia? 40? 50?
ReplyDeleteagak2 berapa umur saya?
DeleteClue: Adam tahun ni masuk 5 tahun ..... ngeeee
Errr meh sy tlg jwbkan brp umur YB.. Kalau jwp sy tepat, blh dpt hadiahkan kan YB..? ;)
DeleteHadiah yg mcm biasa tu kan? ..... hiksss
DeleteNasib baik suami saya sudah melepasi pertengahan umur ni kalau dak mau krisis dengan saya pulak.
ReplyDeleteTiada jaminan lelaki yg dah melepasi umur ini tak akan menghadapi krisis ini .... huhu
Deletesetuju dgn tijah.
ReplyDeletesejak attend kenduri uai lain mcm je entry2 kt sini
*larikkkkkk
tapi mana saya boleh lawan dia yg dah ada is3. Saya cuma ada is1 ..... ngeeeee
DeleteKalau YB tukaq kereta baru makchaq tau la YB tengah ada krisis..
ReplyDeleterasanya dah dekat2 nak time la tu kan, pasai tu entri2 dok berkisaq cerita semacam ja...
tapi mak Adam mesti macam makchaq, tak kisah dan redha ja..
Kereta yg dok ada tu nak bayar ansuran bulanannya pun semput. Kalau tiba2 makchaq tengok saya tukar kereta baru itu tandanya dapat projek besar. Boleh beli atas nama kompeni .... hehehe
DeleteTak pastilah saya samada emak Adam tak kisah dan redha aje. Yang pastinya dia dah lama tak baca blog saya .... ngeeee
errrr........kalo ada niat nak tukar CRV ke ferrari jgn malu2 carik saya, peace yo :P
ReplyDeleteNak tunggu ferrari keluarkan model baru sebelum tukar CRV tu...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKok wes di remove komen iki Wak?
DeleteNyong sempet boco tapi orak sempet mbalas
tukar la ape yang patut... nanti dah tak boleh tukar nyesal pulak...
ReplyDeletebini mana nak bagi laki dia tukar2 bini... tapi ade gak laki yang tak dapat tukar bini dia tukar2 skandel belakang bini dia...!!!... hak thuiik.. ja jantan gitu... tapi YB tak kan..?!..
eh nak tukar pun ada time limit ke? Macam tawaran jualan murah pulak .... ngeee
DeleteMemang kebanyakan isteri tak rela berkongsi suami dgn org ketiga. Tapi ada juga yg sanggup suaminya ada skandal dgn pompuan lain asalkan tidak bermadu .....
siapa tak sayang bini kannn....
ReplyDeleteada tapi.
ramai
psst.. pehal semalam..?
koling-koling lah...
no problem..
:)
Maunya tak sayang. Kena nak mendapatkannya dulu terpaksa bersaing dgn jejaka2 lain ..... hehe
DeleteIngatkan dua2 nombor tu masih boleh pakai. Terima kasih kerana sudi menolong. Minggu depan saya akan suruh dia ke sana. Kalau Dr Singa ada masa tu, saya mungkin ikut serta .....
salam YB,
ReplyDeletecikda pernah dengar pasal krisis ni, tapi musykil sikit..pasal apa pulak tukar kerja atau tukar kereta sebagai option berubah2 tapi tukar bini sebagai option tetap ... haaaa.. saja la tu kan...???
Waalaikum salam Cikda,
DeleteTukar bini sebagai option tetap sebab hanya orang yg berumahtangga menghadapi 'krisis' ini .... hahaha
Jadi bila dah tak berani nak tukar bini, adalah alasan nak tukar kereta atau tukar kerja .... ahaks
Entry ini berjaya buat sy menggugel apa itu krisis yg dinyatakan.. Owh midlife crisis rupanya.. yunusbadawi.blogspot ni jatuh no 2 bila buat google search utk topic ni.. Hebat ! :)
ReplyDeleteBtw agak2 nak tukar ke X5, bgtau ye sbb sy nak tukar CRV.. Ngee..
Owh berminat juga awak nak tahu lebih lanjut tentang krisis ini.
DeleteBuat masa ini hanya mampu utk tukar motorsikal EX5 aje .... huhuhu