Semalam Haikal tanya aku kenapa dah beberapa hari tak update blog. Aku jawab sebab jerebu maka mood aku untuk update blog pun kelabu ..... huhu
Pagi ini aku nak cerita sikit apa yg terjadi kat rumah aku disebabkan jerebu.
Semalam emak Adam membasuh kain sebab dah banyak pakaian kotor. Aku nasihatkan dia jangan dijemur diluar sebab nanti pakaian akan berbau asap. Matahari pun bukanlah memancar sangat sebab terlindung jerebu.
Dia minta tolong Haizam bawa masuk tiang untuk sangkutkan penyidai make shift rekaan dan buatan emak Adam sendiri yang telah bertahun2 digunakan dengan jayanya. Ada dua batang tiang yang ditanam di dalam tong cat yang diisi dgn konkrik. Berat juga nak angkat benda alah tu. Haizam angkat satu manakala aku tolong angkat yang satu lagi.
Untuk memastikan pakaian itu kering, kipas angin dipasang 24 jam semalam. tunggu ajelah bil elektrik bulan depan ni hu hu
Pagi ini Haikal bersemangat nak ke sekolah sedangkan Haizam berat aje tak nak ke sekolah. Aku dan emaknya suruh juga dia ke sekolah tapi dia telefon dulu kawannya. Bila dia tahu ramai kawannya tak ke sekolah dia pun masuk bilik terus lepak. Nanti kalau pihak sekolah tanya kenapa tak ke sekolah, aku juga yang nak kena jawab. Dia bukan ada masalah penafasan untuk tak ke sekolah.
Haikal pula yang telah bersedia nak ke sekolah terpaksa menunggu lama kerana van sekolahnya tak datang. Bila aku call makcik van tu, dia ingat hari ni cuti lagi. Dia beritahu aku bas2 sekolah yang lain pun tak jalan hari ni. Haikal beritahu aku jiran kami yang anaknya sama-sama Darjah 6 di sekolah yang sama dgn Haikal dan menaiki van sekolah yang sama setiap hari telah pergi menghantar anaknya kerana van tak datang. Aku cakap kat Haikal kenapa tak tumpang aje auntie tu. Mesti dia tak keberatan nak tumpangkan sebab dia kawan baik emak Adam.
Akhirnya aku jugalah yang kena hantar Haikal ke sekolah.
"Tak pergi hari ni rugi," katanya.
Nak tahu kenapa dia berkata begitu?
Sebabnya dia nak menjual topeng muka kepada kawan2nya. Topeng tu dia beli secara borong semalam!
harap-harap 29 hb ni clear lah jerebu kan yb kannnn!!!
ReplyDeleteHarap2nya mcm tu lah.
DeleteSebelum 29hb dah clear sampailah raya nanti sebab 6 hb tu pun risau jugak tengok keadaan sekarang ni .... huhu
Semangat Haikal nak ke sekolah ye.. Bagus.. Dapat untung jual topeng tu blh la beli ayam Uncle Bob.. :)
ReplyDeleteGood job!
Hari ni dia laku 10 keping aje topeng tu sebab ramai murid tak datang sekolah. Belum cukup keuntungan utk buat beli ayam Uncle Bob ..... huhu
Deleteaik... bukan YB ke yg jual topeng....
ReplyDelete6hb tu ... bila nak jemput... tak pegi kang..!! hehehe...
Saya mana main jual benda2 mcm tu. Paling tidak nak jual tanah juta2. Skrg ni tengah rancang nak jual kapal selam ..... hehehe
DeleteDah kira jemputlah ni. Kalau tak datang awak jugak yg rugi..... ngeeeee
Anak kat rumah entah apa jadi sebab mak kerja depa sekolah petang. Dah prepare semua barang sekolah tapi pesan jugak kalau jerebu kuat tak yah sekolah. Gi kerja lalu depan sekolah boleh dibilang dengan jari anak2 yg gi sekolah.
ReplyDeleteApakah rahsia 6hb itu? hahahaaa...
So anak Aina pergi sekolah ke tidak hari ni? Haikal tadi sekolah pagi aje. Sekolah agama sebelah petang dibatalkan tapi masa saya lalu situ ada juga anak murid yg dah berada di sekolah.
DeleteAdam pun kata tak ramai murid di tadika dia pagi tadi. Esok tak tahu lagi.
Ada sesuatu yg istimewa akan berlaku pada 6 hb tu .....
Haikal! sila jual ikut harga pasaran :P
ReplyDeleteDia jual ikut harga pasaran sebab kalau mahal sangat tak laku....
DeleteTopeng muka time jerebu ni ada harga pasaran? Bukan percuma meh?
DeleteYang free tu cuma 1 juta aje. Yang lain kena beli. Yang nipis tu org jual 50 sen sekeping ..... huhu
DeleteHarap2 cepat la hilang jerebu jerebat semua ni..
ReplyDeleteKesian kat orang2 yang terkena tempiasnya..
Ada apa 6 haribulan tu..? Ada orang nak datang merisik anak dara YB tu ke.. ehehh...
Begitulah yg kita semua harapkan. Petang tadi hujan dah mula turun di beberapa kawasan. Nampaknya kurang sikit jerebu. Kalau mlm ni hujan lebat, bagus jugak.
DeleteIni dah bukan setakat kena tempias. Ini dah kena direct kalau bacaan IPU dah melebihi 300.
Takde org nak datang merisik sebab anak dara saya belum habis belajar. Tapi adalah 'sesuatu' pada tarikh tersebut ..... ahaks