Tuesday, June 25, 2013

Kerana Jerebu

Semalam Haikal tanya aku kenapa dah beberapa hari tak update blog. Aku jawab sebab jerebu maka mood aku untuk update blog pun kelabu ..... huhu

Pagi ini aku nak cerita sikit apa yg terjadi kat rumah aku disebabkan jerebu.

Semalam emak Adam membasuh kain sebab dah banyak pakaian kotor. Aku nasihatkan dia jangan dijemur diluar sebab nanti pakaian akan berbau asap. Matahari pun bukanlah memancar sangat sebab terlindung jerebu.

Dia minta tolong Haizam bawa masuk tiang untuk sangkutkan penyidai make shift rekaan dan buatan emak Adam sendiri yang telah bertahun2 digunakan dengan jayanya. Ada dua batang tiang yang ditanam di dalam tong cat yang diisi dgn konkrik. Berat juga nak angkat benda alah tu. Haizam angkat satu manakala aku tolong angkat yang satu lagi.

Untuk memastikan pakaian itu kering, kipas angin dipasang 24 jam semalam. tunggu ajelah bil elektrik bulan depan ni hu hu

Pagi ini Haikal bersemangat nak ke sekolah sedangkan Haizam berat aje tak nak ke sekolah. Aku dan emaknya suruh juga dia ke sekolah tapi dia telefon dulu kawannya. Bila dia tahu ramai kawannya tak ke sekolah dia pun masuk bilik terus lepak. Nanti kalau pihak sekolah tanya kenapa tak ke sekolah, aku juga yang nak kena jawab. Dia bukan ada masalah penafasan untuk tak ke sekolah.

Haikal pula yang telah bersedia nak ke sekolah terpaksa menunggu lama kerana van sekolahnya tak datang. Bila aku call makcik van tu, dia ingat hari ni cuti lagi. Dia beritahu aku bas2 sekolah yang lain pun tak jalan hari ni. Haikal beritahu aku jiran kami yang anaknya sama-sama Darjah 6 di sekolah yang sama dgn Haikal dan menaiki van sekolah yang sama setiap hari telah pergi menghantar anaknya kerana van tak datang. Aku cakap kat Haikal kenapa tak tumpang aje auntie tu. Mesti dia tak keberatan nak tumpangkan sebab dia kawan baik emak Adam.

Akhirnya aku jugalah yang kena hantar Haikal ke sekolah. 

"Tak pergi hari ni rugi," katanya.

Nak tahu kenapa dia berkata begitu?

Sebabnya dia nak menjual topeng muka kepada kawan2nya. Topeng tu dia beli secara borong semalam!





14 comments:

  1. harap-harap 29 hb ni clear lah jerebu kan yb kannnn!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2nya mcm tu lah.

      Sebelum 29hb dah clear sampailah raya nanti sebab 6 hb tu pun risau jugak tengok keadaan sekarang ni .... huhu

      Delete
  2. Semangat Haikal nak ke sekolah ye.. Bagus.. Dapat untung jual topeng tu blh la beli ayam Uncle Bob.. :)
    Good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni dia laku 10 keping aje topeng tu sebab ramai murid tak datang sekolah. Belum cukup keuntungan utk buat beli ayam Uncle Bob ..... huhu

      Delete
  3. aik... bukan YB ke yg jual topeng....

    6hb tu ... bila nak jemput... tak pegi kang..!! hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mana main jual benda2 mcm tu. Paling tidak nak jual tanah juta2. Skrg ni tengah rancang nak jual kapal selam ..... hehehe


      Dah kira jemputlah ni. Kalau tak datang awak jugak yg rugi..... ngeeeee

      Delete
  4. Anak kat rumah entah apa jadi sebab mak kerja depa sekolah petang. Dah prepare semua barang sekolah tapi pesan jugak kalau jerebu kuat tak yah sekolah. Gi kerja lalu depan sekolah boleh dibilang dengan jari anak2 yg gi sekolah.

    Apakah rahsia 6hb itu? hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So anak Aina pergi sekolah ke tidak hari ni? Haikal tadi sekolah pagi aje. Sekolah agama sebelah petang dibatalkan tapi masa saya lalu situ ada juga anak murid yg dah berada di sekolah.

      Adam pun kata tak ramai murid di tadika dia pagi tadi. Esok tak tahu lagi.

      Ada sesuatu yg istimewa akan berlaku pada 6 hb tu .....

      Delete
  5. Haikal! sila jual ikut harga pasaran :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jual ikut harga pasaran sebab kalau mahal sangat tak laku....

      Delete
    2. Topeng muka time jerebu ni ada harga pasaran? Bukan percuma meh?

      Delete
    3. Yang free tu cuma 1 juta aje. Yang lain kena beli. Yang nipis tu org jual 50 sen sekeping ..... huhu

      Delete
  6. Harap2 cepat la hilang jerebu jerebat semua ni..

    Kesian kat orang2 yang terkena tempiasnya..

    Ada apa 6 haribulan tu..? Ada orang nak datang merisik anak dara YB tu ke.. ehehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah yg kita semua harapkan. Petang tadi hujan dah mula turun di beberapa kawasan. Nampaknya kurang sikit jerebu. Kalau mlm ni hujan lebat, bagus jugak.

      Ini dah bukan setakat kena tempias. Ini dah kena direct kalau bacaan IPU dah melebihi 300.

      Takde org nak datang merisik sebab anak dara saya belum habis belajar. Tapi adalah 'sesuatu' pada tarikh tersebut ..... ahaks

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails