Tuesday, June 4, 2013

Cara Nak Berjimat Untuk Hari Raya

Tak lama lagi dah nak puasa. Lepas tu Raya. Bila Raya ni banyaklah nak pakai duit. Bagi yg ada ramai sedara mara dan sahabat handai serta jiran tetangga mcm aku ni nak tak nak kenalah sediakan kuih raya. Takkanlah orang datang kita nak bagi teh o aje.

Setiap tahun emak Adam dan anak2 kami akan buat kuih raya beberapa jenis. Tak cukup yang buat sendiri, beli lagi yg dijual orang. Biasanya beli kat kampung sebab kat sana murah berbanding dgn di KL ni. Bila dah murah mulalah beli tak cukup 2-3 jenis aje. Pusing pusing sama juga jatuhnya iaitu banyak habis duit.

Bila dah beli kuih macam2 jenis dan ditambah dgn kuih yg buat sendiri, kena pula sediakan bekas kuihnya.

Takkan nak gunakan balang kuih yang sama aje yang digunakan sejak aku masih budak sekolah dulu. 

Untuk tahun ini dan di atas dasar berjimat cermat aku rasa aku nak guna bekas kuih jenis ini ....







Satu bekas baru seringgi lebih aje ..... hehehe

19 comments:

  1. Guna bekas ni lagi selamat.. Saya dah gunakan bekas macam ni tahun lepas.. Isi kerepek2.. Biskut tepung isi la dalam bekas kaca yang dah berabad guna tu..

    Tak rajin lak nak beli bekas baru.. Orang datang nak makan kuih, bukannya nak makan bekas kuih tu..

    Kat sini insya-allah, takde yang nak mengata kalau guna bekas kuih plastik macam botol tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju bekas ini lebih selamat. Tak seriau bila budak2 angkat tinggi2. Kalau bekas kaca biasalah tutupnya pecah bila jatuh. Takkan nak minta ganti dgn tetamu tu kan ..... huhu

      Bekas plastik ni pun senang nak buka dan tutup. Ada bekas kaca yg susah nak buka. Siap dgn clip bagai.

      Baguslah tempat Cik Azz takde yg nak mengata. Kat sini tak tahu lagi. Nak cuba guna tahun ni kalau emak adam setuju ....

      Delete
  2. jimat pun jimatlah YB..tp jgn le zuhud sgt..kena la jaga standard sbg kontraktor kelas atasan gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontraktorlah kena zuhud lebih sebab golongan ini pendapatan tak menentu. Kadang2 bila payment tak masuk atau takde projek, masa raya tu rasa nak menyorok dalam gua! ..... huhu

      Delete
    2. Takyah nyorok dalam gua YB, nyorok kat kampung YB aja...takyah balik Keramat tu....hihihihih

      Delete
    3. Keramat tu kampung sayalah doc. Ramai sedara saya kat sana ..... huhu

      Delete
  3. Bagus idea tuan tu.. Di rumah Nyaie di kg, bekas tersebut antara 'set' yg digunakan semasa hari raya.. Bukan sahaja jimat tapi 'selamat' kerana saban tahun pasti akan ada balang kaca Nyaie yg pecah.. Huhu.. Lg pun di kg, koman2 6 set balang kuih raya perlu disediakan.. Di kg 'baharu' nanti la kot mungkin blh dikurangkan bilangan setnya kpd 2 set kerana ruang yg terhad.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira idea saya ni boleh pakailah ya?

      Bukan kat rumah Nyaie awak aje balang kaca tu pecah bila raya, kat rumah ni pun sama. Tapi sebab yg pecahkan tu anak orang, takdelah kena marah mcm anak sendiri ...... hahaha.

      Kenapa kat kg 'baharu' nanti bilangannya dikurangkan kpd 2 set saja? Tak jadilah nak beraya ke sana kalau mcm tu ..... huhu

      Delete
  4. boleh beli skarang ni YB... nanti mak Adam mesti buat deko tu, tambah reben, manik, labuci... mesti gempak dari set2 yg mahal tu

    ReplyDelete
  5. apa pun boleh la...janji isinya sodappp:-)
    saya pun dah guna dari tahun lepas..kes malas nak isi2 dlm balang..terus letak bekas tu senang:-) (dalam erti kata sebenar malas:-)

    ReplyDelete
  6. Tak apa mak Adam dan anak2 kretif, nanti depa begalah balang tu sampai cantik. Kot2 nanti YB pulak fengsan!

    ReplyDelete
  7. makyong [babysitter dakEpal] tetiap thn guna bekas plastik tu. tapi, dia hias la bagi cantik. ditepeknya renda2.. bunga2.. manik2.. mmg cantik la...

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Boleh sy dapatkan email en.Yunus?ada pertanyaan sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam...

      yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

      Delete
  9. Pakai aja balang plastik tu YB...
    Kalau bekas kuih nya cantik menawan, tapi kuih nya tak sedap, tak bermakna jugakkkkk...ahahahaha..

    Yg penting, kuih nya sedapppp..
    Eh, nak jalan raya rumah YB la....hahaha

    ReplyDelete
  10. YB....
    balang tu deko2 sikit... kompom cantek menawan... di tambah pula rasa kuih yang sedap di dalamnya... memang la cepat abis...

    silap2 ade tetamu yang nak bawak balik balang cantek tu nanti.. isi kuih raya dorang pulak....

    ReplyDelete
  11. YB... ni kalau Mak Adam tengok mesti dia tak moh balang sehinggit tuu... kalau wat berniaga boleh la

    ReplyDelete
  12. saya guna bekas ni ja.murah..tp kena rajin dan kretip skit,..make up bagi pakai baju renda2..cantik tertarik la jawapnya

    ReplyDelete
  13. Just wait and see balang mn yb guna nanti

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails