Wednesday, June 12, 2013

Berkata Begitukah Kamu Jika Kamu Yang Teraniaya?

Syarikat aku ada terlibat di dalam satu projek selaku kontraktor sivil dan struktur (S&S). Bahagian kami di dalam projek asal adalah kecil dan kami hanyalah merupakan salah satu sub kontraktor.  Kerja kami tidaklah rumit sangat dan boleh diselesaikan di dalam masa tak sampai 3 bulan.

Setelah projek bermula, penambahan skop dan perubahan kepada pelan asal pun berlaku. Ada kerja yang dibuang daripada skop asal kami dan ada yang ditambah. Yang dibuang tu sikit tapi yang ditambah itu banyak. Tambahan kerja telah menjadi lebih 3 kali ganda nilai kerja asal. Di dalam istilah kontrak ini dipanggil Variation Order (VO). Tapi biasanya VO ini tak melebihi 10% daripada nilai kontrak. nampak dah macam kes KLIA2 pulak ..... huhu

Kami keberatan untuk melakukan kerja tambahan ini kerana kami merasakan akan timbul masalah bila nak menuntut bayaran untuk kerja2 tambahan ini. Tetapi pihak klien melalui Pengarah Projek telah mengarahkan kami meneruskan melaksanakan kerja2 tambahan ini dan beliau berjanji akan memastikan syarikat kami akan dibayar sewajarnya. Walau bagaimanapun bayaran itu hanya akan dibuat setelah mendapat kelulusan Lembaga Tender dan pihak Pengurusan tertinggi. Masa itu aku dah terbayang lambatlah nak dapatkan bayaran ini.

Dipendekkan cerita, setelah mengejar dan menunggu hampir dua tahun (!) petang semalam aku mendapat emel yang dihantar oleh wakil klien kepada kontraktor utama dan sub kontraktor lain yang terlibat di dalam projek ini tentang bayaran terakhir yang telah diluluskan oleh Pengurusan tertinggi klien.

Aku terkejut beruk bila mereka hanya meluluskan sebahagian daripada VO kepada syarikat aku sedangkan semasa berbincang dahulu mereka telah bersetuju dgn nilai yang lebih tinggi yang mencerminkan nilai sebenar kerja2 tambahan yang telah syarikat kami laksanakan.

Apa yang menyedihkan aku ialah ayat yang digunakan di dalam emel tersebut yang menyebut:

Dokumen ini adalah untuk rujukan pihak tuan-tuan sahaja. Tiada lagi sebarang tuntutan dan rayuan. Harap maklum.


Minggu lepas aku ada menghubungi pegawai berkenaan yang kebetulan sedang bercuti bila aku diberitahu oleh rakan sub kontraktor aku bayaran akhir termasuk bayaran VO untuk projek ini telah dibuat oleh pihak klien.  Semasa itu beliau ada memberitahu mungkin aku tidak akan dibayar VO mengikut nilai seperti mana yg telah sama2 dipersetujui.

Aku beritahu beliau, tak patutlah macam itu kerana syarikat aku akan kerugian besar kerana perbelanjaan kami utk menjalankan kerja2 tambahan itu adalah banyak. Selain itu kami terpaksa menunggu hampir dua tahun untuk mendapatkan bayaran ini.

Beliau boleh balas, "Nasiblah buat projek ini ada untung ada rugi!"

Bagi aku memang buat projek ada untung ada rugi tapi bukanlah rugi dgn cara ditipu oleh pihak klien seperti ini.

Apa rasa beliau jika satu hari nanti pihak pengurusannya pula bayar elaun perjalalan hanya satu pertiga daripada apa yang telah dibelanjakan olehnya dan berkata "nasib engkaulah"?

29 comments:

  1. Nasib sub kontraktor selalu begitu..bila selesai keje ada jer dolak dalik takmo bayar...ntah2 main kontraktor dah sapu bersih:-)wallahua'lam. siapa tahu..mmg selalu terjadi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beginilah nasib sub kontraktor. Banyak kes, main kon yang sapu duitnya. Tapi dalam kes ini main kon pun baru nak dapat bayaran utk VO ini. Majoriti VO adalah utk kerja2 sivil dan struktur.

      Skrg saya nak kena kejar main kon pula sebaik dia dapat bayaran utk VO ini. Harap dia akan bayar tanpa banyak dalih kpd saya. Afterall, jumlahnya hanya sebahagian daripada nilai sebenar kerja yg dilaksanakan .... huhu

      Delete
  2. minta maaf atas kejahilan sy, tapi mmg tiada jaminan pembayarankah kalau terlebih buat kerja??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak perlu minta maaf.

      Di dalam sebarang projek, kerja2 tambahan memang ada termaktub di dalam kontrak dan cara nak handle ada diterangkan. Namun demikian pihak klien sering menyalahgunakan kontraktor dan sub kontraktor. Suruh buat kerja tapi bila dah siap tak nak bayar sepenuhnya. Client tahu kontraktor jarang nak saman terutama kontraktor kecil mcm saya ni sebab tak mampu nak bayar lawyer .... huhu

      Delete
    2. oooo... macam tu....

      even dengan marked up price pun diorg mmg blh escape x bayar ke?

      Delete
    3. Kontrak itu bukan water tight. Kalau ada satu pihak yang tak jujur, mereka boleh saja memanupulasi situasi.

      Melambat2kan pembayaran oleh client adalah perkara biasa. Tak bayar kerja tambahan yang telah dipersetujui juga bukan perkara asing. Paling kerap, melambat2kan bayaran VO sehingga pihak kontraktor terpaksa menerima jumlah yg kurang daripada nilai penuh kerana dah tak tahan nak tunggu.... huhu

      Delete
  3. Kalau saya mahu nagis guling2 gila betul, buat2 kerja tak mo bayar. Janji mulut tak leh pakai. Saya dulu dah jenuh kes2 cam ni masa dgn ex-husband dulu. Fenin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun hampir2 nak buat mcm Aina tu tapi nak kontrol macholah kononnya lalu tak nangis guling2. Setakat rakamkan dalam entri ini utk tatapan masa depan.

      Kerja2 yg kami lakukan bukan setakat janji mulut. Siap diminitkan dan kiraan pun dah dipersetujui setelah banyak kali ditolak harga. Jumlah yang kami tuntut tu sudah jumlah minima cukup utk menampung kos saja. Kalau itupun tak dibayar sepenuhnya memang kami akan tanggung rugi .... sob sob

      Delete
  4. Sya tak pandai nak komen tapi tak boleh ke di bawa te tribunal pengguna?
    Maaf ye sya sangat daif tp nak juga bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan isu pengguna. Jadi tribunal pengguna bukan tempat utk menyelesaikannya.

      Kalau nak saman kena pergi ke mahkamah tapi selaku sub kontraktor, kami tiada local standi kerana yang boleh menyaman adalah main kontraktor. Saya tak yakin main kontraktor mahu terlibat sebab bukan dia yg tak dapat bayaran ..... huhu

      Delete
  5. Mungkin pengajaran kali ni setiap penambahan/ubah suai ada arahan/permintaan bertulis daripada
    pihak yg memohon,jadi bolehlah di buat sokongan untuk tuntutan yang sewajarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arahan/permintaan bertulis memang ada. Sebut harga utk kerja tambahan juga ada dan telah dipersetujui. Tapi kalau org nak buat aniaya, apa yg kita boleh buat.

      Saya hanya mampu mengadu kepada Yang Mahu Kuasa.

      Delete
  6. Replies
    1. Nak engage loyar pun dah takde duit ..... huhu

      Kalau menang, loyar jugak yg gemuk

      Delete
  7. hmm. saya terlibat dalam PVO dan SOFA dan claim-claim nih. hmm...lepas baca entry ni makin lembut la hati saya dekat contractor. client pulak akan marah saya. hm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih jika GB semakin lembut hati dgn pihak kontraktor. Sebenarnya kami kontraktor dan sub kontraktor ini tidaklah meminta dilawan mcm anak emas tapi pada masa yg sama janganlah buat kami mcm anak tiri dan menidakkan hak kami ...

      Delete
  8. sebab tu sebaiknya ada black and white sebagai supporting doc. signed by consultant n client.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kes saya memang ada black and white termasuk arahan bertulis daripada client dan juga minit2 mesyuarat. Tapi tetap jadi begini .... sob sob

      Delete
  9. Saya tak tahu nak komen mcm mana..sebab bukan bidang saya..namun pada saya, YB telah dianiaya hidup hidup...dah lama tak dibayar setimpalnya..kena tunggu pulak 2 tahun...sedangkan 2 tahun tu kalau masuk duit dlm ASB dah beranak pinak duitnya...

    YB kata takleh nak saman sebab takde locus standi...
    maybe moralnya, next projek..everything must be recorded black & white..mati setem...termasuklah kpd main con...so sesapa menipu...see u in court! haha...

    niaga makanan lagi senang dan kurang risiko kena tipu rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhmmm.. klau kita berhutang, siap la dgn interestnya sebab payment lambat.. ni dah 2 tahun. patut interest besar ni kan?

      Delete
  10. salam

    pernah kena dulu...hampir 5 tahun kejar main con untuk dapat duit balik...tapi hanya duit projek asal. projek tambahan memang tak dapat langsung.Lepas tu memang tak kerja dah dengan main con ni...blacklist terus...sikit bagi main con tapi bagi saya besar nilainya...

    ReplyDelete
  11. percayalah.
    satu hari nanti.
    dia tetap akan 'merasa'.

    hidup ini berputar...





    nota: aku doa yg baik2 buat kamu.


    .

    ReplyDelete
  12. La apa la buat aniaya orang macam ni.. da la bayaq lambat, bayaq pulak sikit.. bagi jawapan pun buat hangat ati.. macam orang tak sekolah...

    Tak dak ka perjanjian bertulis dengan syt YB yg boleh support kalau nak claim?

    ReplyDelete
  13. Saya ni kalau orang lambat bayar upah jahit baju pun saya dah mula nak nangis walaupun jumlah tu jauh lebih kecil..

    Kita dah buat kerja tapi takde gaji, mestilah sedih... huhu..

    **Rumah abang saya baru je renovate tapi bumbung atap genting rumah tu manjang la bocor.. Asal repair je, kena hulur duit lagi.. Camner nak buat tu ehh..? YB Ada cadangan apa2 tak.. Takut abang saya kena tipu je..

    ReplyDelete
  14. YB...
    saya sangat2.. dan sangat merasa keadaan YB...
    walaupon bukan dari segi kewangan...

    rasa nya tetap sama... bila terkena macam itu.. dah tentu kecewa kan..?!

    apa saya buat...
    doakan ja lah orang yg kena kan kita tu yang baik2...
    sebab suatu hari nanti kita akan merasa yang lebih2.. lebih baik dari itu...

    InshaAllah... Allah yang punya kuasa...
    sabar dan tabah yee..!!

    ReplyDelete
  15. Nak kena aniaya ni macam cara...jumlah besaq jumlah kecik...kadang geram kan...tapi cam tulah...depa dok seronok, kita yang hati mencengkam....haishhhh......

    hoho inilah hari yang di nantikan oleg YB saban minggu kan? enjoy your penghulu hari the way you like it...:)

    ReplyDelete
  16. salam YB.

    tumpang simpati.

    dulu2 masa jadi GSTT tak dibayar 6 bulan gaji pun dah rasa sedih n susah hati. inikan pula menunggu 2 tahun.

    sabarlah YB. semoga berkat kesabaran YB akan terima projek lain yang lebih besar dan menguntungkan.

    untuk pihak itu, dunia ini bulat....

    ReplyDelete
  17. mungkin macam kanak kanak.tapi mana part yang dibuat tanpa bayaran.hancurkan sahaja dengan jengkaut.sebab xdibayar maka adalah milik empunya yang buat.so hak sendiri untuk menghancurkannya.

    ReplyDelete
  18. saman nanti blacklisted lak. whole industry cakap

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails