Thursday, May 9, 2013

Kita Semua Rakyat Malaysia

Hati aku tersentuh ketika membaca entri Abang Hamzah Al-Lavendari hari ini yang bertajuk Kisah Benar Yang Mesti Dibaca: Pengajaran Di Sebalik Mesin Basuh Yang Rosak.

Ianya kisah bagaimana bangsa Melayu dan Cina boleh hidup bersama di tanahair kita yang bertuah ini.

Ini pula kisah aku semalam.

Tengahari semalam client aku menghantar SMS meminta aku berjumpa dengan beliau di Lake Club untuk mengambil satu dokumen berkaitan projek di Pulau Pinang. Client aku ini seorang berbangsa Cina bergelar Dato'. Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di zaman pemerintahan Dr M.

Walaupun beliau seorang yang berkedudukan tapi beliau percaya dengan kebolehan aku (seorang Melayu) untuk membantu urusan bisnesnya. Aku pernah menolong menjualkan tanahnya kepada syarikat Kulit Kerang tahun lepas untuk tapak stesen minyak. Kini beliau meminta aku membantunya menjualkan tanah kepada Petronas pula. Kami senang bekerjasama dan saling hormat menghormati dan saling percaya mempercayai.

Semalam semasa beliau meminta aku datang berjumpanya pada pukul 5 petang aku beritahu mungkin aku tak dapat datang pada waktu itu kerana aku ada hal. Sebenarnya emak Adam meminta aku menghantarnya membeli barang dagangannya yang dah tinggal sikit kerana permintaan yang baik dari para pelanggan. Dato' beritahu aku dia boleh tunggu sehingga pukul 6 ptg sebelum dia masuk kelas Tai Chi nya di situ.

Dipendekkan cerita selepas emak Adam selesai membeli barang2 dagangannya kami pun bertolak ke Lake Club. Aku beritahu Dato' aku akan sampai ke sana sekitar pukul 5:30 ptg bergantung kepada keadaan trafik. Malangnya tak lama selepas itu kami tersangkut di dalam kesesakkan yang teruk akibat beberapa jalan utama di Kuala Lumpur ditutup disebabkan berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang.
Kurang 10 minit ke pukul 6 ptg aku beritahu Dato' mungkin aku tak dapat nak sampai ke tempat beliau menunggu aku sebelum pukul 6 ptg. Aku SMS saja masa itu sebab segan nak call ..... hehehe.

Selepas persimpangan Jalan Duta/Jalan Mahameru kenderaan bergerak lancar. Aku pun berdesup ke Jalan Parlimen untuk ke Lake Club. Masa itu sudah pukul 6:05 ptg. Aku beritahu emak Adam kita terus juga ke Lake Club. Kalau nasib kita baik, Dato' masih menunggu aku di situ. Kalau beliau dah masuk kelas Tai Chi nya itu bukan salahnya. 

Sampai di lampu isyarat dekat tugu aku call Dato'.  Beliau menjawab panggilan aku (yes belum masuk kelas lagi Dato' ni).  Beliau suruh aku terus ke bulatan di depan bangunan kelab kerana beliau menanti aku di situ.



Tempat ini dikhaskan untuk parkir kenderaan VVIP sahaja. Sila lihat papantanda itu. Gambar ini aku ambil pada Hari Pekerja semasa aku ke situ untuk juga berjumpa dgn Dato'


Bila aku sampai Dato' dah siap dengan pakaian tai chinya. Sebaik aku turun beliau menghulurkan sebotol Bliss strawberi. Beliau tahu aku sering minum minuman itu setiap kali kami bertemu di Lake Club. Beliau kata tak sempat minum bersama kali ini tak mengapa. Bawalah balik air itu.

Beliau mengajak aku ke satu sudut untuk berbincang ringkas mengenai projek kami. 

Setelah selesai dan menghulurkan dokumen kpd aku beliau berkata kepada, "You better go back as your wife is waiting for you in the car."



Demikianlah kisah aku dan client aku yang bukan sama bangsa dengan aku yang boleh bekerjasama dan sama-sama cari makan di bumi tercinta ini. Kita semua rakyat Malaysia.


24 comments:

  1. harap harap anak cucu kita akan selamat di negara ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita berusaha mengekalkan keamanan dan berdoa semoga Allah memelihara negara dan rakyat Malaysia.

      Delete
  2. Alhamdulillh semoga negara kita terus aman dan boleh teruskan kerjasama tak kira bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kita mencari persamaan di dalam perbezaan dan saling hormat menghormati antara kaum insya Allah negara kita akan terus aman dan makmur.

      Delete
  3. Insyaallah.. masing-masing pandai jaga diri dan jaga hati, kita akan sentiasa berbaik-baik. Walau dengan siapa, walau di mana kita berada. Langit sama dijunjung, tanah sama yang dipijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hidup dalam masyarakat majmuk kena pandai jaga diri dan jaga hati. Kalau nak ikut perasaan, dah lama bergaduh. Tapi kalau saling hormat menghormati, insya Allah aman.

      Delete
  4. salam en yunus...saya datang nak jawab pasal gajah di kuala gandah tu...
    tiket masuk ke dalam tu free...cuma untuk aktiviti mandi bersama gajah dan lelain rasanya ada bayaran yang dikenakan...berapa tu saya pun tak pasti...

    untuk maklumat lanjut encik boleh cuba layari laman web ni...
    http://www.wildlife.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=93&Itemid=474&lang=ms

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam cikmOt.

      Terima kasih sudi menjawab pasal gajah tu. Oh masuk free. Bolehlah saya bawa famili ke sana nanti. Segan juga orang dari jauh dah sampai ke situ tapi kami yg duduk KL ni tak sampai lagi. Tengok kat tv dan blog cikmOt tu mcm seronok aje ..... ngeeee

      Delete
  5. saya pon ade ja kawan cina.. india.. bangsa laen yang baik2...

    kita kan ! malaysia... sepatutnya tak timbul cerita2 resis2 ke bagai..kan..?!

    (warga asing tu ade sape pedulik tak..?!)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntunglah kalau ada ramai kawan pelbagai bangsa yg baik2 ini. Rugi duduk Malaysia kalau kawan kita dari bangsa kita saja.

      Memang sepatutnya tak timbul cerita2 resis2 ni kalau tak nak timbulkan ketegangan kaum.

      (CPL tak pedulik ke kat warga asing tu?) ..... hikkss

      Delete
    2. saya ambil peduli tentang warga asing... bayangkan eyhh... mana2 pegi pelusuk negeri dalam malaysia.. pasti ada warga asing... saya rasa lebih separuh gamaknya warga asing ja kat Malaysia ni...
      masuk kedai ah tuk , kedai samy , kedai minah... rata2 pekerja asing... !!..
      ok la ade yang baik... bagus niat dtg sini nak bekerja...
      ni yg niat dtg sini kunon nak bekerja... tp buat macam negara sendiri... tak hormat dgn warga Malaysia... dan anggap kita ni taktau apa2..
      bnyak lagi nak ckp... tak pe lahh... nnti kang saya anti pulak..!!!

      Delete
    3. Tak disangkal lagi warga asing ada di mana2 sekarang. Tak sangka CPL ambil peduli tentang mereka. Saya dah tak larat. Kalau cuti, tempat2 bersantai termasuk port CPL menembak diserbu oleh mereka .... huhu

      Delete
  6. Bagai di katalah YB. Bangsa apapun kita ada yang baik ada yang jahat, bukan semua Melayu itu baik bukan semua Cina itu jahat, bukan semua Melayu boleh dipakai bukan semua India cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Aina. Baik dan jahat ini bukan bergantung kepada bangsa. Kita kena bersangka baik kpd org lain dan harap2 mereka juga bersangka baik kpd kita. Dalam masa yg sama kita juga kenalah waspada kerana tak dapat dinafikan ada di kalangan kita mereka yg suka menimbulkan angkara.

      Delete
  7. Sampai Adam pun tahu ayahnya suka bliss stroberi ! Nak ambik yg lain pun dia tak bg, bila tunjuk semua tak ada yg stroberi, baru dia ok.. :)

    p/s : when I was a trainer before, every time ke KK or Kuching or Miri; me would always go with my other two colleagues; a Chinese lady & an Indian lady, our driver is Melanau.. 1 Malaysia! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam very observant. Dan bila dia sudah ada sesuatu tanggapan amat sukar utk mengubahnya. Dalam kes ini, dia menganggap ayahnya hanya minum bliss strawberi .... huhu

      Seronok kan bila kita dapat bercampur gaul dgn bangsa lain tanpa rasa curiga. After all, we are Malaysians...

      Delete
  8. mesti client yb ni sangat sayangkan isteri dan familinya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya dia seorang yg family man. Walaupun dia org yg berada tapi dia tak sombong.

      Delete
  9. kaya, dan makin kaya dato' tu kan...dah ada stesen shell, ada pulak petronas..huhuhuh..

    saya baca signboard tu, nampak gayanya Timbalan Menteri pun tak dapat parking kat situ...hahahaha

    saya baru lalu depan Lake Club tu masa bawak anak saya jalan2 KL tu...org marhein macam saya tgk dari luar aja la...;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia sudah kaya raya. Sebelum ini pun dia ada menjual tanah utk tapak stesen minyak kepada beberapa syarikat minyak seperti Shell dan Esso. Beliau pandai mencari peluang dan mencipta kekayaan daripadanya.

      Sebenarnya beliau tak akan menjadi dealer stesen2 minyak yg akan dibina di situ kelak. Dia hanya menjual tanah tapak stesen. Tapi dia akan membina kompleks makanan di tempat itu yg akan disewakan kpd sykt spt McD dan KFC.

      Parking di tempat tu mmg utk VVIP saja. Biasanya saya kena masuk ke bawah tanah dan parkir di tempat utk tetamu.

      Bukan doc saja yg sekadar tengok dari luar. Sebelum saya kenal Dato ni pun saya yg membesar di sekitar kawasan Lake Garden itu tak pernah masuk situ. Emak Adam pun baru kali inilah masuk ke situ .... ngeee

      Delete
  10. Terima kasih YB sebab jawab soalan saya semalam..

    Soalan saya hari ni:
    'Kenapa YB tak ceburi bisnes buka petrol station?'

    YB ada connection, ada pengalaman...
    Cepat tau YB jadik jutawan...;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap jawapan saya dapat memberi sedikit pencerahan kpd soalan doc semalam.

      Saya tak menceburi bisnes buka petrol station sebab saya kurang berminat bidang ini. Samalah kenapa saya tak ambil bidang perubatan w/pun keputusan saya semasa MCE dulu membolehkan saya bidang tersebut kalau saya mahu ..... huhu

      Mungkin belum rezeki saya nak jadi jutawan segera melalui bisnes petrol station ni. Kadang2 bila tengok dealer yg dah kaya raya, terdetik juga hati ni ....

      Delete
  11. rezeki YB ada kenalan sebaik itu....bukan senang utk maintainkan persabahatan bila keadaan berubah...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kami dapat maintain persahabatan itu. Mungkin kerana kami saling memerlukan selain perasaan hormat menghormati .... ngeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails