Monday, April 29, 2013

PRU 13: Tanjung Karang

Semalam kami sekeluarga ke rumah kakak emak Adam di Sg Besar.  Di dalam perjalanan itu kami singgah di Pasir Penambang sebab kami nak beli air kelapa muda.


Gerai ini terkenal dgn air kelapa mudanya. Penjualnya anak-anak dara muda. Cepat sungguh mereka mengeluarkan air dan isi kelapa


Pekan Pasir Penambang ini di dalam DUN Permatang di bawah Parlimen Tanjung Karang. Seperti di kebanyakan tempat, perang poster boleh dilihat di mana2. 

Calon PKR untuk DUN Permatang ialah Yahya Sahri. Dia ini kawan sekelas emak Adam dari Darjah 1 - Darjah 6. 



Percubaan kedua Yahya untuk menjadi YB DUN Permatang setelah percubaan pertamanya 5 tahun lepas tidak berjaya


Selepas tamat sekolah rendah di kampung, emak Adam menyambung pelajarannya ke Sekolah Dato' Harun di pekan Tanjung Karang manakala Yahya mendapat tawaran ke MCKK.




Sekolah ini pernah melahirkan MB Selangor. MB tu senior emak Adam beberapa tahun tapi emak Adam tak kenal pun dia masa tu ..... hehehe



Pada PRU kali ini Parlimen Tg Karang menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara calon2 BN, PAS dan BEBAS. Calon BEBAS tersebut ialah penyanyi Herman Tino yang tinggal di Kg Sg Gulang-Gulang. Itu bukan kampung emak Adam tapi jaraknya taklah jauh sangat.




Poster yang memaparkan gambar Herman Tino di simpang masuk ke kampung emak Adam. Dia memilih simbol bunga raya warna merah berlatar belakangkan warna kuning




Ini dia lambang Wak Tino di kiri kanan jalan. Mula2 aku ingat bendera utk topekong Cina sebab dia letak rendah mcm yang biasa dilakukan oleh pihak topekong dekat kampung emak Adam tu ..... huhu


5hb Mei ini seperti rakyat Malaysia yang lain, pengundi2 di Tg Karang akan menentukan siapa pilihan mereka. Korang dah buat keputusan ke siapa yg nak dipangkah?

17 comments:

  1. salam YB,

    mengapa harus mentioned,

    "Penjualnya anak-anak dara muda"?

    sekian pertanyaan Ai. hihihih
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Yati,

      Kena sebut sebab mereka bertiga tu memang muda belia. Tak ramai gadis muda mcm mereka sanggup bergiat di dalam bidang perniagaan. Biasanya yg bisnes ni yg dah makcik2 .... huhu

      psst - semalam kami ingat nak ke Parit Baru tapi sebab dah lewat kami tunda ke satu masa lain.

      Delete
  2. Selamat mengundi...jadilah warga negara yang bertanggungjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2lah kita mengundi Ahad depan ni.

      Kakak emak Adam akan mengundi 30hb ni sebab dia kena bertugas dgn SPR pada hari mengundi nanti.

      Delete
  3. Replies
    1. Betul tu.

      Saya cuma bercerita calon2 yg bertanding di DUN dan Parlimen di kampung emak Adam saja. Siapa yg akan diundi kita tak tahu.

      Delete
  4. apa muslihat Herman Tino ni? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. jangankan saya, isteri dia sendiri pun tak tahu. Tapi semalam semasa saya lalu di kawasan Tg Karang, ada juga penyokongnya di sana sini. Ada yg pasang bendera (bawa dgn lori 1 ton tiang dan kain bendera tu) dan ada juga yg tampal gambar Herman dan lambang bunga raya di MPV mereka.

      Delete
  5. minum air kelapa muda yg di jual oleh anak2 dara muda buat diri terasa muda kan ,kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat awet muda juga jika diamalkan selalu. Cuma nak pergi sana tu jauh sikit.... huhu

      Delete
  6. Air kelapa tu mesti double sedapkan YB sebab anak dara yg sediakan...hahahaa...

    Jadilah rakyat yang bertanggungjawab, jom mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg minum sekali rasa nak lagi. Mcm dah kena mandrem .... hehehe


      Jom mengundi. JunAina mengundi di Selangor atau di Perlis?

      Delete
    2. kah kah kah...kena mandrem katanya !

      Delete
    3. Isnin lepas masa kami balik kampung emak Adam kami singgah nak beli air kelapa tu w/pun masa tu dah pukul 7 mlm. Gerai tu dah tutup. Semalam kami singgah lagi utk beli air kelapa tu. Minggu depan semasa nak hantar MIL mungkin singgah situ lagi.

      Kalau bukan mandrem takkan asyik nak singgah aje ...... hehehe

      Delete
  7. Saya dah tahu nak undi siapa kali ini...
    Tapi bukan Herman Tino la...

    ReplyDelete
  8. oh calon mckk budak kolek ..ex.cas mat jambu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails