Aku dah tak kerja makan gaji sejak 5 tahun lepas. Untuk menyara hidup aku dan keluarga aku ada buat bisnes sikit-sikit.
Anak aku yang sulung tu selepas tamat pengajian di UIAM tahun lepas pun tak kerja makan gaji. Dia buat bisnes jual beli emas melalui Public Gold.
Anak aku yang kedua pula sedang mengambil kursus ACCA di UiTM. Seperti pelajar-pelajar bidang professional yang lain, dia tak ambil pinjaman PTPTN kerana kadar ujrah atau faedahnya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dgn pelajar yang mengambil jurusan lain. Untuk menampung perbelanjaan pelajarannya dia membuka kedai maya yang dikenali dengan nama Sweet Little Cotton yang mengkhusus di dalam jualan kain kapas. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Kalau korang belum pernah singgah di facebooknya tu, sudi-sudilah jengok.
Emak Adam pula sejak berkahwin dengan aku dia jadi surirumah sepenuh masa. Dia minat berniaga dan ada juga buat bisnes kecil-kecilan bila ada masa terluang.
Baru-baru ini Atikah galakkan emaknya untuk berniaga di facebook kerana itu merupakan medium paling ampuh sekarang. Tak payahlah emak Adam nak keluar mencari pelanggan.
Emak Adam berniaga hanger tudung sebab ramai orang yang mencari hanger tudung tapi tak tahu kat mana nak beli.
Di bawah ini aku pamerkan hanger tudung yang boleh ditempah.
Kepada yang berminat untuk menempah hanger-hanger ini bolehlah hubungi (sms atau whatsapps) 012-6830486.
Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Owhhh.... anak YB ke.... semalam adalan temankan wife amik hanger tudung tu kat Setiawangsa.... teman tengok dari dalam kereta aje la... pandai jugak anak YB berniaga kan..... :)
ReplyDeleteSebenarnya, teman pun ada la jugak buat business kat internet nie.... teman guna blog saja.... tak sempat lagi nak online kat business teman tu kat FB... kalau kat Google + tu ada laaa...
Ha'ah itu anak saya yang belajar di UiTM. Kalau hujung minggu dia balik ke rumah. Bolehlah dia uruskan bisnesnya masa tu.
ReplyDeleteDia ada juga cerita tentang pelanggan yang dia jumpa semalam. Owhhh ..... itu wife awak rupanya. Anak saya beritahu mungkin isteri awak tu tahu tentang hanger tudung tu dari blog saya ni sebab dia tak tahu anak saya pun ada jual kain kapas. Kalau dia masuk melalui Sweet Little Cotton sudah tentu dia tahu anak saya jual kain juga.
Baguslah kalau awak ada buat bisnes kat internet. Kalau kena caranya lumayan juga. Selain blog dan Google + elok juga gunakan FB sebab kebanyakan orang ada FB skrg ni.
assalam YB..insyaallah nanti acik tengok..berminat juga dengan hanger tudung ni..tapi tak tau la sesuai ke tidak dengan tudung acik..acik tak guna tudung pesen orang sekarang ni..masih pakai tudung lama..bawal pun tak pakai jugak.
ReplyDeleteWaalaikum salam acik.
DeleteJemputlah tengok. Tak pasti saya samada hanger tu sesuai utk tudung lama tu. Tapi kalau acik nak saya boleh beritahu emak Adam. Nanti bila dia beli lagi, bolehlah dia cari hanger yg sesuai utk tudung mcm acik punya tu.
Nanti makchaq tengok kain tu.. kalau YB nak mai area putrajaya bawak la hanger klip tu..
ReplyDeleteBerniaga ni kalau minat memang boleh maju.. anak makchaq sorang minat berniaga, masa cuti memang pulun, dari sekolah, juai macam2.. tapi la ni lebih kpd gadjet, komputer, h/p, kamera dan sewaktu dengannya..
Terima kasih sudi tengok kain tu. Petang tadi pun Atikah pergi ambil pesanan lagi. Weekend pun ramai org order.
DeleteSaya tak pasti bila ke Putrajaya lagi. Tapi kalau nak ke sana mungkin saya boleh bawa hanger tu kalau tahu makchaq nak yg mana satu.
Apa2 kerja kena ada minat. Berniaga ni apa lagi - mmg kena minat. Gadget2 yang mcm anak makchaq jual tu memang tinggi permintaannya. Kalau dibuat dgn betul boleh jadi sumber pendapatan yg lumayan.
Semoga dia berjaya!
Makchaq nak hanger set A tu 2.
DeleteNanti kalau saya atau Atikah nak ke Putrajaya kami bawa hanger tu. Tapi kalau makchaq nak cepat kami boleh hantar guna poslaju. Kos poslaju tu saya kena tanya Atikah sebab dia yg biasa menghantar barang guna poslaju.
Deletesemuga sukses.. nak belajar juga berniaga online ni... nak kena cari produk yg sesuai dulu..
ReplyDeleteTerima kasih mendoakan.
DeleteSekarang ini ramai yg berniaga online ni. Nak cari produk yg sesuai itu yg agak mencabar. Tapi bila kita berniaga ini niatkan nak tolong orang. Cari produk yang memang org ramai perlukan. Selebihnya kita serahkan kpd Allah.
kabarey YB
ReplyDeletealhamdulillah bisness kencang ni
dah lama x nyinggah sini erk
Kabare waras.
DeleteAda yg dah kencang dan ada yang baru nak mula.
Kalau ada masa tu singgah2lah sini.
semoga bisnes YB dan keluarga berkembang maju..
ReplyDeletebisnes ni walaupun penat, tapi lagi puas dari makan gaji kan?
cuma tak ramai yg berani bisnes sebab lebih rasa secure dgn makan gaji
In sya Allah itulah yg kami harapkan. Terima kasih mendoakan kemajuan bisnes kami.
DeleteBisnes ini mcm kerja juga - penat. Kalau tak nak penat duduk rehat kat rumah tapi takdelah pulak siapa2 nak bagi duit ... huhu.
Kalau berjaya memang puas. Tapi kalau kurang berjaya atau org tak bayar penat lelah kita, letih gitu aje. Itu sebab tak ramai nak cuba bisnes ni.
salam. bagus tu YB..krna 9/10 dari sumber pendptan adalah dari sumber perniagaan..sy ni tetaplah jd cikgu mendidik anak bangsa...kalau free tu ada gak buat tusyen berbyr di sek...dptlah dkt rm200 sbln...
ReplyDeleteWaalaikum salam Juk Din.
DeleteCuba mencari rezeki di mana peluangnya 9 kali lebih banyak daripada makan gaji w/pun bidang ini kurang diceburi oleh orang2 kita. Semoga bila berjaya, kami dapat memberi peluang pekerjaaan kepada saudara2 Islam dan seterusnya hasil daripada gaji yang mereka terima daripada sykt kami, mereka boleh menyara keluarga. Ustaz di tempat saya kata itu juga ibadah yang pahalanya lebih banyak daripada bersedekah.
Cikgu teruskanlah mendidik anak bangsa. Itu juga satu ibadah.
RM200 sebulan tu kira murah. Di KL ini sorang murid pun dah bayar banyak tu sebulan. Tapi itu dianjurkan oleh pihak swastalah. Kalau yg sekolah masih murah juga.
Wah, Mak Adam dah jadi tokeh!
ReplyDelete:D
Baru nak belajar berniaga. Nak cari duit beli barang dapur .... hehehe
Delete