Monday, February 25, 2013

Apa Yang Anda Lakukan Bila Kena Kencing?

Hari ini aku terbaca ada seorang kawan fb aku kata dia tak akan menghalalkan duit dia yang ditipu oleh seorang penganjur MLM dan beberapa orang downlinenya. Dia kata sampai bila-bilapun dia tak halalkan duit itu sebab dia sangat berbulu dengan orang yang telah kapur duit dia itu. Kiranya dia dah kena kencinglah.

Aku faham perasaan dia tu.

Walaubagaimanapun aku tinggalkan komen kat status dia tu dengan berkata anggaplah itu bukan rezeki dia dan eloklah halalkan saja. Tak perlulah nanti di Padang Masyhar nak kena berkira-kira dengan orang itu. Lagipun orang yang kencingkan dia tu tak jadi kaya dan dia pula taklah miskin merempat kerana kejadian itu.

Kalau ikutkan perasaan memang sakit hati kena tipu tu. Tapi kalau kita terus dengan sakit hati kita, itu tak menjamin orang itu akan menggantikan atau membayar balik duit yang dah dikapurnya itu. Buat ulcer saja memikirkan perkara ini. Silap haribulan boleh dapat darah tinggi atau sakit jantung.

Kita lupakan aje perkara itu dan teruskan kehidupan. Kalau ada rezeki mungkin dia akan bayar balik. Kalau dia tak bayar balikpun, rezeki Allah ada di mana-mana.

Peringatan ini aku tujukan kepada diri aku juga. Sejak menceburi diri di dalam bidang perniagaan ini sudah beratus ribu ringgit aku kena tipu. Ada yang dah ambil barang daripada syarikat aku tapi liat nak bayar. Dah masuk dua tahun hutang dia tak habis bayar lagi. Bila aku atau staf aku tagih hutang kami, kami pula yang kena marah. Adoi orang macam ini pun ada.

Ada lagi beberapa kes kami kena tipu.Tak payahlah aku huraikan di sini. Buat sakit hati aje.

Sekarang ini aku teruskan usaha aku. Aku ambil pengajaran daripada kes-kes yang lepas dan berharap lebih ramai orang yang jujur dalam dunia perniagaan di negara kita.


17 comments:

  1. Sakit hati dan marah bila ditipu..itu normal..memaafkan dan menghalalkan duet yg ditipu..itu yang terbaik dan hati akan tenang dan lapang.knah juga pernah kena tipu..rasanya kehidupan dia sekarang lebih susah dari knah..Allah Maha Kaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah sebagai manusia normal kita akan rasa sakit hati dan marah bila ditipu. Susah payah kita cari dan kumpulkan wang, orang lain senang2 kapur.

      Saya sedang belajar utk memaafkan dan menghalalkan duit yg ditipu. Setuju dgn cakap knah. Hati kita akan jadi tenang dan lapang.

      Org yang tipu knah hidup susah tapi dengan kemurahan Allah hidup knah selesa skrg ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, saya juga pernah kena kencing dgn jumlah yg besar. Kerja kuat cari rezeki untuk langsai semua hutang tu sebelum mati, agar nanti waris tidak menyumpah2 kerana mewarisi keberhutangan yang teruk.

    memang redha dengan ketentuan Allah sebab Dia Maha tahu apa yang terbaik utkku, namun daku hanya insan biasa yang tak mampu untuk halalkannya, apalagi dgn jumlah yang sebegitu. Kalau orang tu nak bayar, dia memang tahu kat mana nak caripun.

    saya hanya berdoa, satu hari nanti saya boleh lupakan semua tu. Moga2 hati juga lebih zuhud, mana tahu kalau2 masih ada ruang utk maafkan dia & halalkan begitu aje ...sila doakan untuk saya ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Saya sangat respek org yang redha dgn ujian Allah. Bukan suatu perkara yg mudah. Cakap mungkin senang kalau tak menghadapinya sendiri. Bagi yang melalui pengalaman pahit getir ini sendiri bukan senang nak menerima hakikat dia yang dipilih utk diuji. "Kenapa dalam ramai2 orang aku yg dipilih?"

      W/pun kita redha apa yg menimpa kita tapi di dalam hati kita tetap berdoa satu hari nanti org itu akan membayar hutangnya yg berkepuk2 tu kpd kita. Itu hak kita yg kita cari dgn titik peluh sendiri.

      Saya akan doakan utk anyss. Anysspun doakan utk saya ya.

      Delete
    2. Ikut teori psikologi, tempoh 2 tahun diperlukan untuk rasa redha itu (itupun kalau ada kekuatan dalaman). Bila kita berazam untuk bangkit tanpa pikirpun dapat semula dr yg hilang itu (kalau masih fikir, rasa redha dgn ujian tu blm cukup kuat), insha Allah...tempoh 2 tahun tu berjaya kita lepasi tanpa sedar.

      Dlm kes saya, mmg tak akana dapat sebab orang tu dah meninggal bawak sekali semua penipuannya tu. kes ni bukan hutang je, tapi mmg berniat untuk menipu. Satu keluarga mmg penyamun, jadi tak ada beza tuntut dengan siapa. Urusan di dunia dah tamat. undang-undang dunia memang dia kebal n terlepas, kat sana je TAK.

      Delete
  3. ye lah yg penting ambil pengajaran agar x tertipu lagi.

    Rasulullah ada pesan org Islam jangan terjatuh di dalam lubang sama buat kali kedua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas peringatan itu.

      Kadang kita sudah ambil langkah2 sewajarnya tapi jika org nak tipu kita, jadi juga perkara itu .... huhu

      Delete
  4. YB macam boss saya..orang buat apa pun leh senyum simpul lagi:-)...tapi saya tahu dalam otak dok fikir kan macamana nak selesaikan..orang tak bayar dengan kita tapi kita pelu bayar jugak kat supplier kan? Akan tetapi Allah tu Maha Kaya & Tahu lagi mengetahui..ditunjukkan jugak jalan untuk dia...bagi dia lantaklah..asal dia tak buat orang macam tu:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos awak lebih hebat sebab boleh senyum simpul lagi. Saya tak mampu nak senyum simpul w/pun saya taklah maki seranah org2 yg tipu kami tu.

      Betul tu. Org yg hutang tu selamba aje tapi kita tetap nak kena bayar dgn supplier. Kalau supplier yang bertimbang rasa tu dia bagilah bayar sikit2 tapi kebanyakannya minta kita settle in full.

      Allah Maha Kaya. Jika kita bertakwa dan bertawakal, Dia akan beri rezeki daripada jalan yg tak kita sangka2kan.

      Delete
  5. cepat-cepat pergi basuh .. itulah jawapan berdasarkan soalan pada tajuk.

    memang sahlah awak kaya .. kena kencing beratus ribu pun boleh hidup dengan selesa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sikit bolehlah pergi basuh. Kalau dah sampai habis satu badan kenalah pergi mandi ..... huhu.


      Kaya yang sebenar bukan dihitung dgn wang ringgit tapi terletak di hati. Jika kita bersyukur dgn apa yg ada, itu sudah dikira kaya ....

      Delete
  6. MLM = Meeting Larut Malam

    itu bukan jiwa saya.
    sign up pun utk bli produk pakai sendiri, kalau ade yg bli itu satu bonus.

    kadang2 jiwa kita nak kaya cepat, tu yg senang kena kencing. bila tak dapat pulangan mcm yg dijanjikan, mmg la bengang.

    apa pun kena sentiasa berhati2 dan berdoa supaya segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. MLM = Meeting Lupa Makan

      Memang org MLM ni suka meeting sehingga larut malam sebab siang kebanyakan mereka kerja. Nak cari duit tambahan punya pasal sanggup menyengkang mata. Tapi itu tak salah selagi rezeki itu halal dan tak menipu org. Tapi sayangnya ada pulak yg memperdaya org lain seperti yang kawan fb saya terkena tu.

      Terima kasih di atas nasihat supaya berhati2 dan berdoa tu.

      Delete
  7. Takde black & white ke barang yg di ambil dari syarikat YB tu? Kenapa YB tak hantar surat saman aja...Memang pelik kan, dah la berhutang, bila kkta tagih hutang( hak kita), kita yg dimarahi nya..

    Kalau YB berjaya tagih ratusan ribu yg kena kencing tu, lusa YB dah boleh pakai X6...Hahahaha..Boleh saya tumpang naik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada black and white tapi kalau pihak yg satu lagi tu memang kaki kencing kita nak buat mcmana. Nak saman lawyer nak cas sampai 20%. Margin kita pun tak sampai banyak tu ..... huhu.

      Itu pun belum tentu berapa lama kes mahkamah tu nak selesai.

      Delete
  8. YB,
    mesti orang tu bau hancing kan.. kemana ja dia pegi...

    anak saya cakap.."menjijikkan..!!".. sambil buat muka tak suka...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org tu kena mandi. Wajib mandi tu tapi bukan mandi wajib ..... hehehe


      Pandai sungguh anak CPL mcm emaknya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails