Tuesday, January 8, 2013

Mee Tarik Warisan Asli

Malam minggu baru ni kami sekeluarga pergi makan mee tarik warisan asli di Sg Besi. Dah ramai orang dok bercerita tentang mee tu sebab cara membuatnya yg serupa dengan cara di Xian, China.

Aku nak bawa famili aku ke Xian tu belum mampu lagi sebab duit yg ada nak guna utk perkara lain. Jadi emak Adam mengajak kami ke Sg Besi aje. Tengok di JJCM tu macam sedap aje mee tu.

Masa kami sampai tempat tu penuh sesak dgn pelanggan. Semuanya orang Melayu w/pun tauke kedai itu China Islam. Bangsa lain jarang nak makan tempat orang lain agama w/pun satu rumpun dgn mereka. Orang kita saja yg kurang memilih dalam perkara ini selagi halal. Kedai Cina ke, kedai India ke, kedai bangsa apa sekalipun kita masuk makan selagi tak haram.... huhu.

Mari tengok cara membuat mee itu


Cekap betul dia buat mee mengikut kehendak pelanggan. Ada yg kasar dan ada yang halus.


Ini antara menu yang kami order. Namanya aku tak ingat tapi korang tengoklah sendiri


Mee sup dgn daging


Mee kuah dgn cendawan


Daging dimasak dgn cendawan dan cili benggala


Kalau yg gemar sayur mcm emak Adam mee yg ini sesuai


Daging kambing dgn pencucuk gigi (toothpick lamb). Hidangan pembuka selera. Simpan pencucuk gigi itu untuk digunakan selepas makan .... hehehe


Untuk minuman aku dan Hazwan pilih teh cina pelbagai perisa ni.


Iqram Dinzly (betul ke aku eja nama dia tu?) pernah datang makan free kat sini.


Terima kasih kpd emak Adam yang membelanja kami malam tersebut. Semua di atas tu tak sampai RM100.


33 comments:

  1. nyemmm...

    kat mana tempatnya ni? saya nak terjah balik KL kang. nak bawak mak ayah.

    tapi memang betul lah. orang melayu ni terlebih 'open' kalau bab makan ni. terjah je semua tempat asal saja halal atau nampak macam halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat pekan Sg Besi lama. Kalau sampai sana cari Kedai Pakaian Hari2. Signboardnya tinggi tak susah nak cari. Kedai mee ini tak jauh dari situ di alamat berikut:

      Restoran Mee Tarik Warisan Asli
      51A Jalan Tasik Utama 3,
      Medan Niaga Tasik Damai,
      Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur.

      Kalau org kita terjah tempat yg halal atau nampak halal tu ok lagi. Yang tak nampak halal pun mereka masuk jugak ... huhu

      Delete
  2. Jangan terpengaruh dengan jalan2 cari makan....ada sekali dulu semasa pengacaranya Serina, kami tengok serina makan bukan main sedap lagi nasi ambeng di kalau tak silap kuala selangor....Sekali bila kami cuba mak ai manis nya ...tak lalu langsung nak makan. Pastu saya terjumpa serina di rumah rakan sekolah saya....saya cakap dengan serina...husband I cakap nak ggigit2 awak sebab makanan yang direkomen tu tak sedap..nak tau apa serina cakap, walau pun makanan tu tak lah sedap mana, dia terpaksa cakap sedap juga sebab mereka dah bagi makan free tak kan nakcakaptak sedap kat dalam tv....pastu serina dengan sporting nya hulur tangan dia ke husband saya...dia,cakap abang gigit lah saya sekarang....serina memang best...kepala gila2 dan sangat peramah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera orang tak sama. Tapi betullah kata Serina tu. Dah tauke kedai tu bagi mereka makan free takkan nak kata tak sedap. Cumanya aksi pengacara tu buat kita yg menonton ni terliur.
      Pengacara pun kena cari yg kuat makan. Mcm Maria, Serina, Xi dan Iqram ni semua ok. Geng suka makan. Masa dua org budak sebelum Iqram ni hampeh.

      Suami awak tak jadi ke gigit si Serina tu? Banyak daging dia tu .... hahaha

      Delete
    2. Oh ya. Kenapa delete komen pada entri sebelum ni? .... huhu

      Delete
  3. Share la koordinate GPS nya.... teman bukannya biasa dgn area Sg Besi tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah saya bagi alamatnya. Bolehlah google utk dapatkan koordinate GPS nya.

      Restoran Mee Tarik Warisan Asli
      51A Jalan Tasik Utama 3,
      Medan Niaga Tasik Damai,
      Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur.

      Delete
  4. Saya lak jenis yang takut2 nak makan kat kedai sembarangan... Biar la orang nak kata saya kolot ke, ketinggalan zaman ke, tak kisah la asalkan saya tak makan benda yang bukan2... huhuhu...

    Yg mee sup tu macam mee bakso je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah kalau berhati2 di dalam memilih makanan sebab daging yang tumbuh daripada makanan yang haram tu neraka lebih layak baginya ..... huhu.

      Org yg faham pendirian Cik Azz tak akan mengata awak kolot dan sebagainya.

      Mee sup tu lain rasanya dari bakso w/pun mungkin rupanya ada persamaan

      Delete
  5. Replies
    1. Saya tumpang tengok gambar2 awak kat sana ajelah .... ngeee

      Delete
  6. cam sedap jaa...

    nak alamat penuh.... boleh tak.. ?
    ehheee....

    Dr Singa : ikot boleh...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedaplah kalau tak pernah rasa. Hidup ni biar rasa semua perkara yang baik.

      Ini alamatnya:

      Restoran Mee Tarik Warisan Asli
      51A Jalan Tasik Utama 3,
      Medan Niaga Tasik Damai,
      Sungai Besi,
      57000 Kuala Lumpur.


      Dr Singa pergi tak ajak kita CIKPuaNLawA. Dia dgn famili dia aje .... huhu

      Delete
  7. Not bad untuk semua tu RM100 shj.
    wajib ku terjah\.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi yg kami makan dan minum yg saya tk tunjuk dalam entri ni. Memang berbaloi utk RM100 especially dapat tengok mcmana mereka buat mee tu.

      Terjah jgn tak terjah.

      Delete
  8. Ni entri ke 3 kalau tak silap saya, saya baca tentang mee ni....hmmm..nak try...Tapi saya kalau carik jalan kat area KL, selalunya failed! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak dah entri tentang mee tarik warisan ni selain dari JJCM. Kalau tak try memang rugi.

      Kami yg biasa kat KL ni pun berpusing2 juga malam tu sebab mereka dah pindah ke premis baru. Pastikan doc pergi ke alamat barunya spt yg saya beri di atas.

      Delete
  9. Tergelak saya baca komen Sharifah Rosidah tu...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen telus memang mendalam maksudnya.

      Saya dah ke warung nasi ambeng tu. Emak adam suka makanan di situ ..... ngeee

      Delete
  10. Salam Yb.

    Errr...saya tak biasa dengan sg.besi, boleh yb tunjukkan tempatnya? Errr....saya takde gps dan taktau guna laaa....

    Salam juga untuk kts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam juliet.

      Bila awak nak pergi ke sana tu? Bolehlah roger saya. Kalau saya free nanti saya bawa awak ke sana. Harap kts tak jeles .... ngeeee

      Delete
  11. dkt kelana jaya ada satu jugak tempat mee tarik ni, tak pernah cuba lagi situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sebelah mana yg di Kelana Jaya tu? Mungkin lepas ni kami boleh mencuba yg di sana pula.

      Delete
  12. Oh ya ke....saya mati2 ingat macam biasa je saya komen dan gerenti masuk...tak tau pulak saya terdelete...memang saya tak perasan pun yang saya delete...saya buat macam biasa je masa nak komen tu..,aish tangan saya tertekan apa pun saya tak sedar...penat je saya dah taip ayat ayat komen tu.....minta maaf banyak2 ye YB memang saya tak perasan langsung.

    ReplyDelete
  13. Eh ya ke saya terdelete...minta maaf banyak banyak Yb....saya rasa masa tu saya tekan kat Post tu macamana pulak saya terdelete...penat je saya taip komen saya tu rupa rupa nya tak masuk dah lah tak masuk terdelete pulak tu....aish apa ada kat fikiran saya niiii.

    ReplyDelete
  14. Ha yang ni macam mana pulak...tadi saya tekan post pastu saya biarkan sekejap...pastu saya nampak komen saya tak masuk pastu terpaksa saya taip komen yang baru.....pastu tetiba eh masuk pulak komen yang pertama tu....acaner ni tolon tolon tolon adakah ipad ku sedang menggila.

    ReplyDelete
  15. Daddy Ziyad....saya orang nya tak pandai cakap berlapik lapik...saya jadi diri saya ajer....cakap sejujur nya walaupun kadang2 orang macam eh dia ni cakap ikut sedap mulut je...sungguh saya cakap seikhlas nya.

    Yb, saya minta maaf memang nasi ambeng makanan orang jawa lauk pauk nya manis sikit...keluarga saya ni penggila makanan yang pedas berapi...sebab tu tak lah secocok dengan tekak kami tapi tak semesti nya orang lain pun kena ikut.....sekali lagi minta maaf banyak2 jangan kecil hati ya.

    Eh lupa nak bagi tahu masa serina hulurkan tangan dia suruh suami saya gigit....terkedu suami saya yang malu tapi mahu tu...last2 dengan keseportingan saya dan serina...kami bergambar bertiga dengan suami duduk ditengah tengah kami berdua...kan saya ada post kan gambar tu dalam fb.....lepas lah gian suami saya dengan serina tu...hehehe.

    ReplyDelete
  16. hehehheheh baru pi makan kat kedai ni smalam, sedap dan rasanya menu dia agak sihat la utk kita makan, tengok cam senang aje budak tu wat mee tuh, rasa cam balik leh buat sendiri aje, hakikatnya nak repeat makan lagi kat situ wakakkakakakakakakkaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai tak org masa elly pergi sana semalam? Hari tu kami terpaksa tunggu sehingga ada meja kosong sebelum boleh nak dapat tempat duduk.

      Sebahagian daripada mereka yg makan di sana adalah repeat customers. Mereka boleh rekemen kpd kita menu mana yg sedap kalau kita tak segan bertanya dgn mereka ... ngeeeee

      Delete
  17. macam sedap aje... InsyaAllah nak trylah nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga mee tarik ni sebab lain daripada mee yg kita biasa makan di sini. Kalau suka kambing, saya rekemen mencuba toothpick lamb tu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails