Surau Al-Ittifaq (surau taman perumahan aku) akan menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus pada malam ini. Butiran lanjut adalah seperti berikut:
Masa : 9 malam
Tempat : Padang MPAJ, AU 2, Taman Keramat
Bagi pihak surau aku ingin menjemput kalian yg berkesempatan untuk sama2 menghadiri majlis ini. Ini adalah kali pertama surau aku mengadakan majlis ini. Sempena majlis tersebut, tabung pembinaan surau aku dilancarkan. Kami berharap akan mendapat sumbangan ikhlas daripada para hadirin.
Selain itu, pihak surau telah menyediakan petak2 berniaga di sepanjang jalan berhampiran padang tersebut. Setiap petak seluas 10' x 10' disewakan dengan kadar RM50. Kami terkejut di atas sambutan hebat terhadap tapak2 ini. Lebih daripada 100 tapak disediakan dan habis ditempah seawal minggu lepas lagi semasa banner pun belum naik. Ada peniaga yg datang dari juah seperti dari Kedah, Perlis dan Kelantan dan sebahagian mereka ini adalah peniaga tetap di majlis2 ceramah Ust Azhar Idrus.
Kalau ada kesempatan aku akan buat entri tentang para peniaga ini.
Menarik ! Moga mendapat manfaat & salam maulidur Rasul..
ReplyDeletep/s : Peniaga tu mesti menjual brg2 ye? Jual air liur, blh?
- sy
Amin. Terima kasih di atas doa awak tu.
DeleteSetakat yg kami tahu semua peniaga itu menjual dua kategori barang: barang kering seperti kain baju, kurma, minyak wangi, tasbih, vcd dan barang basah iaitu makanan dan minuman.
Yang jual air liur spt jual PM atau takaful takde.
Saya pernah dengar, ada surau dapat collection tabung surau/masjid mencecah RM20-30K masa ceramah UAI nih...
ReplyDeleteAlhamdulillah collection malam tadi dekat RM30K. Itu tak termasuk sumbangan utk tapak perniagaan.
DeleteInsyaAllah, nak cuba pegi la kalu tak ujan. Nanti tanya TokLaki. Dia suka ceramah UAI.
ReplyDeleteSayang Azie tak dapat ikut serta malam tadi. Ceramahnya bagus dan sambutan daripada orgramai sgt hebat. Dah macam pesta pula di AU2 tu.
Deletewow. rezeki maulidur rasul...
ReplyDeleteRezeki utk tabung pembangunan surau kami tu. Banyak juga perbelanjaan utk mengadakan majlis ini. Alhamdulillah boleh cover dgn hasil sumbangan org ramai tersebut
Deleteape je yang nak dibangunkan?
DeleteNak bangunkan surau baru
DeleteJauh sangat lah...well tak lah jauh mana pun tapi UIA datang pukul sembilan malam..pukul berapa pulak saya nak sampai rumah....tak apa lah kita dengar ceramah kat Masjid Telok je.
ReplyDeletePssst yb anak Dato Nordin nak kawin 20hb january, datang tak?
TPG ke sini taklah jauh mana pun. Malam tu ada hadirin yg datang dari Pantai Timur utk mendengar ceramah tu. Bila saya tanya mereka, mereka kata memang biasa ikut ceramah UAI w/pun di mana saja. Mcm peminat F1 yg akan menyaksikan perlawanan di seluruh dunia.
DeleteBila UAI nak buat ceramah kat masjid Teluk? Nanti bagi tahu saya ya.
Insya Allah kami akan pergi. Dia dan samidah datang khas ke rumah tempoh hari utk menjemput uncle dan auntie mereka ni (saya dah emak Adamlah tu)
Nanti bolehlah jumpa awak di sana. Kami dtg awal kot sebab nak ambil Afifah di KLIA pada pukul 2 ptg