Monday, January 14, 2013

Cendol Bakar Drive Thru Assam Jawa

Semalam semasa nak balik kampung, kami singgah ke warung Cendol Bakar di Assam Jawa, Ijok. Yang buat cendol ini terkenal kerana ramai yg menyangka cendol itu dibakar sebab namanya begitu. Tapi sebenarnya Bakar tu nama taukenya dulu! kuang 3x.

Satu lagi kelebihan cendol ini ialah ianya menyediakan khidmat pandu lalu atau drive thru. Kalau malas nak turun dan minum di situ bolehlah beli secara drive thru saja.



Kereta berbaris utk beli secara drive thru (sebelah kiri gambar tu).  Nasib baik semasa kami sampai semalam cuma ada 2 buah kereta sedang menunggu giliran. Ada masa kereta berbaris sehingga ke jalan besar



Kereta aku sedang menunggu giliran. Drive thru taklah mcm di McD atau KFC. Di Cendol Bakar, di situlah order, di situlah ambil cendol dan di situ juga bayar ..... kepada orang yg sama 
huhuhu



Ini pilihan yg ada dan senarai harga 


Kalau nak makan, ada pelbagai hidangan terdapat situ. Boleh duduk di tempat yang menyediakan suasana kampung ini


Macamana nak ke tempat ini? Kalau dari arah KL ke Kuala Selangor melalui lebuhraya LATAR, belok kiri selepas tamat lebuhraya. Selepas anda melalui pekan kecil Bukit Rotan (berhati2 perangkap laju di situ kerana had laju cuma 70 km/j) terus lagi dalam 2 km. Anda akan melihat banyak kereta parking di sebelah kanan jalan berhampiran stesen minyak Caltex terutama di hujung minggu atau hari kelepasan am kerana mereka ini ke warung cendol tersebut. Masuklah ke kanan dan itulah dia gerai Cendol Bakar.


18 comments:

  1. aku selalu lalu je kat sini. tunang aku tak mau singgah pun.

    padahal orang Ijok. aieh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajaklah tunang awak singgah. Malulah org Ijok tak pernah merasa cendol Bakar ni .... hehehe.

      Delete
  2. aku lalu je nk singgah...terus tak lalu nk singgah sebab asek penuh je time aku lalu..so aku berlalu je..hahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun pernah juga membatalkan hasrat utk singgah di situ beberapa kali sebelum ini sebab ramai sangat org di situ. Yang drive thru tu berbaris sampai ke jalan.

      Semalam dah nak jadi rezeki tak berapa ramai pula org masa kami sampai tu. Tapi semasa kami sedang berbaris, queue bertambah panjang. Emak Adam kata kami tolong bawa rezeki sebab kemana kami pergi biasanya org ramai akan mengikut .... cewah

      Delete
  3. saya yang rumah dekat2 situ pun tak pernah pegi~keh keh~~sedap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah org yg dekat belum sampai org yg jauh dah sampai dulu.

      Rasanya biasa2 aje .... huhu

      Delete
  4. Sudah ada pandu lalu.. Menarik.. My tour ke TK - Sabak Bernam nanti nak singgah la..
    Dulu masa ulang-alik mmg lalu Bkt Rotan- Bkt Hijau utk ke Jeram.. Sekarang dah ada perangkap had laju di situ? Huhu.. How time flies..

    p/s : kena borong keropok Udang besar jg utk org Pengerang yg sibuk bertanya mana keropoknya.. Huhu..

    - sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus lateral thinkingnya. Kawasanpun cukup utk buat drive thru tu w/pun di sebelah belakang tu kalau ada org parking menyusahkan kita yg nak keluar.

      Perangkap laju di situ dah lama dah. Polis tu tunggu tepi pokok selepas masjid tu.

      Pastikan dapat harga yg terbaik jika borong keropok tu. Kalau nak tahu harga terbaik tu tanyalah emak Adam. Dia memang terer bab tawar menawar ni.

      Delete
  5. Saya teringin nak pegi. Tapi kalu boleh nak yang orang belanja. Heh heh heh heh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa saya ada projek di daerah Kuala Selangor sering juga lalu situ. Ada satu kali tu saya minum cendol yg di pekan Sg Buloh. Masa tu kalau Azie nak ikut minum cendol senang.

      Sekarang ni kalau nak org belanja nampaknya kita minum cendol sekitar KL ni ajelah. Bila azie free?

      Delete
  6. YB,

    namanya cendol bakar sbb mereka buat cendol guna gula merah yg dibakar dan lagi satu psl atuknya nama Abu Bakar Saidin --> ada tertulis pada banner yg tergantung (yg ade logo berita harian tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongsi kisah tu. Semalam tak sempat nak baca keratan berita dari BH tu sebab tak turun daripada kereta.

      Haikal ada sebut juga tentang gula merah yg dibakar tu. Dia dah googlelah tu. Dia yg sibuk nak rasa cendol bakar tu ... ngeeeee

      Delete
  7. heh.. terkena aku. Ingatkan betul2 la cendol tu dibakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kakpah saja yg terkena. Itu yg ramai2 berbaris nak beli cendol ni pun ada yg terkena juga rasanya .... hehehe

      Delete
  8. ada nampak masa balik dari sg besar ari tu berderet kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zino tak singgah ke masa tu?

      Kalau hujung minggu memang berderet kereta mcm pergi kenduri kahwin .... hehehe

      Delete
  9. Saya pernah pergi sini., tapi tak sempat rasa sebab ramai sangat orang sedang beratur, tak sanggup nak tunggu...tapi sempat saya tanya macam mana cendol tu dibakar, tergelak tuan punya warung tu...sekarang baru tahu rupa rupa nya nama tuan punya nya Bakar bukan cendol di bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah mcm kami sebelum ni. Tengok kereta berbaris punyalah panjang dan org yg minum di situ pun ramai, kami balik ajelah kerana tak sanggup nak tunggu. Lagipun kami kerap juga balik kampung dan akan lalu di situ. Akhirnya Ahad lepas jadi rezeki nak merasa cendol tu.

      Kelapa muda bakar memang ada. Tapi cendol dibakar belum pernah dengar.

      Ada kelebihan juga org nama Bakar ni ya .... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails