Wednesday, January 30, 2013

Andainya Duit Masuk Macam Bertih Jagung

Petang Sabtu baru2 ini aku ke pasar malam. Sementara menunggu emak Adam membeli satay, aku ke gerai bertih jagung (pop corn) untuk membeli beberapa bungkus. Ramai pula orang sedang berbaris menunggu giliran utk membeli bertih jagung tu.

Sambil menanti giliran, aku melihat macamana bertih tu dibuat. Begini caranya:

Masukkan satu cawan gula pasir.
Masukkan satu cawan biji jagung.
Masukkan satu sudu majerin.
Masukkan satu cawan minyak masak.

Tutup periuk khas tersebut dan tunggu jagung2 itu pecah menjadi bernih kerana haba dan tekanan di dalam periuk khas tersebut.

Dalam masa 3-4 minit jagung2 itu telah mula meletup2. Biarkan sehingga semua jagung itu bertukar menjadi bertih sebelum periuk itu dituang isinya. Bertih jagung itu sudah boleh dimasukkan ke dalam beg plastik untuk dijual kpd pelanggan yg menunggu.

Aku terfikir kalaulah usaha-usaha yang aku dan kawan2 lakukan selama ini mendatangkan hasil demi hasil seperti bertih itu. Pop, pop, pop!

Aku kaya, aku kaya!

Semoga impian menjadi nyata.


25 comments:

  1. semoga berjaya...

    kalaulah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn. Begitulah yg diharapkan.

      Itulah kan. Bila satu dah mula meletup yg lain ikut meletup. Melimpah ruah rezeki.

      Delete
  2. Kalau ada mesin tu ingat2 le kat kekawan sama bang. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko nak order berapa bijik mesin tu? Aku tengah nak buat ni ..... hehehe

      Delete
  3. lo...ingat nak jd yg 1st td (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jadi yg first kena standby dari pukul 11:30 mlm sebab saya akan publish sebelum tengah malam ..... utk yg edisi lewat mlm mcm yg ini .... hehehe

      Delete
  4. bertih jagung di panggung wayang mahal jugak
    boleh jd kayo apo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Itu sebab Robert Kuok dan Ananda adalah dua org terkaya di Malaysia sebab mereka ada panggung wayang yg menjual bertih jagung .... hahaha

      Delete
  5. isss...lambat tul mesin basuh ni habis baru dry ngantuk dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pasang turbo charge kat mesin tu biar cepat ..... ngeeee

      Delete
  6. nanti kirim salam pd adam ye dan mak adam jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam dah pergi tadika. Emak Adam tengah buat sarapan tu. Insya Allah nanti saya sampaikan.

      Delete
  7. Salam YB,

    Hahahahaha..terlebih angan2 tu, asyik nak fikir kaya aja ker?

    Akak selalu nampak kejayaan orang2 kaya melalui banyak rintangan
    "bukan senang utk jadi senang"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Kak Nanie. Harap Kakak sihat.

      Di dalam hidup ini kita kena ada impian. Bukanlah saya nak fikir jadi kaya raya. Yang ada ni pun dah kira cukup. Cuma yg saya harapkan usaha saya sejak kerja sendiri hampir 5 tahun ni akan membuahkan hasil mcm bertih jagung tu. Duit lebih tu bolehlah membantu mereka yg memerlukannya.

      Kebanyakan org kaya mmg melalui banyak rintangan sebelum berjaya. Tapi tak kurang juga yg nampak jalan yg org lain tak nampak lalu mereka jadi kaya.

      Delete
  8. Replies
    1. insya Allah.

      Semogo kita semua mencapai apa yg kita harapkan.

      Delete
  9. kalaupun duit masuk macam bertih jagung tapi keluar lagi dasyat rasanya macam air mengalir...huhu^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu kena sediakan 2-3 periuk membuat bertih jagung tu .... hehehe


      Kat Selangor dan KL ini sensitif sikit bab air mengalir ni skrg ..... huhu

      Delete
  10. InsyaAllah....
    sama2 lah kita kaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn.

      Nanti bolehlah kita beli rumah besar sikit .... ngeeee

      Delete
  11. YB ni mmg otak geliga
    suka berimaginasi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puji ke tu? Terima kasih.

      Kalau nak malam jemahat lagi kuat saya berimaginasi

      Delete
  12. Kalau betul betul bertih jagung tu boleh jadi duit kan best.......aku pun nak kaya...nak kaya....nak kaya,huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertih jagung tu memanglah boleh jadi duit tapi kepada penjual bertih tu saja.

      Kita ni kena cari duit cara lain.

      Kejap lagi nak ambil cek bayaran dari client baru kami. First payment utk first two projects.... ngeeeee

      Delete
  13. kalau la kan....duit masuk meletup2 macam bertih jagung kan syok..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails