Thursday, January 31, 2013

Aku Suka Mimpi Ikan

Antara perkara paling mahal dalam hidup ini ialah mimpi indah. Kita tak bisa membeli mimpi indah. Ianya hadiah ketika tidur. Lain orang lain perkara yang indah itu. Ada orang mimpi akan menjadi indah jika dapat bertemu orang yg dikasihi di dalam mimpi.   ada yang sampai basah ... hehehe

Ada orang merasa indah jika dapat pergi ke tempat2 menarik di dalam mimpi mereka. Dapat ke luar negera, dapat mendaki puncak tertinggi atau dapat mendarat ke bulan.

Ada pula orang merasa seronok jika dapat menaiki kenderaan yang diidam2kan di dalam mimpinya. Masa nilah nak rasa naik Bentley atau Ferrari. Kalau pernah mimpi macam itu orang lain dah tak boleh cakap, "Jangan mimpilah kau nak naik Bentley."

Bagi aku mimpi yang indah bila aku mimpi ikan. Lagi besar ikan itu lagi bagus.  Sebenarnya mimpi itu sendiri taklah indah mana tapi ....

...

..

.


Tapi biasanya selepas aku bangun aku akan mendapat rezeki bila mimpi ikan.

Malam semalam aku mimpi ikan. Dah lama tak mimpi ikan. Malam tadi mimpi aku dapat memancing ikan puyu. Tapi cuma seekor saja yang makan umpan dipancing aku.

Pagi tadi bila aku bangun dalam hati kecil aku berharap ada rezeki yang datang hari ini sebab dah mimpi ikan. Hari ini kami mengharap sepucuk surat tawaran dari pelanggan. Kalau dapat tawaran tu boleh tahanlah pendapatannya.

Tapi pukul 11 pagi tadi harapan itu tak kesampaian kerana surat itu belum dikeluarkan. Mungkin kena tunggu sehingga minggu depan. (ini ikan yg terlepas dari pancing kot .... huhu).

Sebelum aku makan tengahari tadi staf dari ofis kami di Kelana Jaya menghantar emel kpd aku memberitahu pihak pelanggan kami menelefonnya cakap cek untuk tuntutan bagi bayaran pertama projek kami di Penang telah sedia untuk diambil.

Petang tadi aku pun pergi mengambil cek itu. Taklah banyak sangat tapi lepaslah untuk membayar gaji bagi bulan Februari ini.
kalau mimpi ikan paus harus cukup untuk bayar gaji dan bonus untuk sepanjang 2013


Jom tidur .... malam Jumaat ini biasanya banyak mimpi-mimpi indah .... hehehe

20 comments:

  1. Yb.... org kata mimpi ikan, mimpi yg baik.... kita akan dpt berita baik dan sy sgt setuju sbb bila sy mimpi ikan sy pasti akan dpt berita baik atau rezeki yg baik


    Ikan puyu dan sembilang selalunya...... yg kerap saya alami tp mungkin juga mgikut keserasian

    Tp bila mimpi ular pula saya pasti tidak sihat selepas itu....... tak tahulah samada semuanya itu kebetulan atau apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya betullah kalau mimpi ikan akan dapat berita baik atau rezeki yg bertambah. Mimpi air pun macam tu ke? Cuma kalau budak2 mimpi air ni dia mungkin akan terkencing dlm tidur .... huhu.

      Sebenarnya saya jarang mimpi ikan puyu. Ikan2 lain aje biasanya. Ibuintan mungkin selalu mimpi ikan puyu dan sembilan sebab ibuintan suka makan ikan2 tu kot.

      Org kata mimpi ular ni tanda org nak masuk meminang. Itu kalau anak daralah. Bagi yg dah berumah tangga itu jadi tak sihat kalau mimpi ular ni .... ngeeee

      Delete
  2. Replies
    1. Bila Azie nak datang sini minum cendol pulut? Kita pergi yg kat Setiawangsa tu ok tak dgn awak?

      Delete
  3. Salam YB... orang kata kalau mimpi ikan atau mimpi air... itu rezeki... mimpi bunga itu perempuan... kalau dikelilingi bunga.. maknanya ramai peminat perempuan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak aNie

      Kalau mimpi ikan biasanya adalah air sebab ikan duduk dlm air. Oh rezekilah tu ya? Alhamdulillah.

      Saya jarang pula mimpi bunga. Malam ni nak mimpi bungalah .... ngeeee

      Delete
  4. Replies
    1. Ikan todak belum lagi.

      Rezeki yg risky kot kalau mimpi mcm tu .... huhu

      Delete
  5. :)

    x penah pulak mimpi ikan...

    ReplyDelete
  6. saya pun tk pernah mimpi ikan. nak mimpilah sekali. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi sekali dapat rezeki sekali.

      Kalau boleh mimpilah banyak kali ..... hehehe

      Delete
  7. igt YB mimpi ular ;)
    kotlah nak kena pinang nanti
    eh marah mem nanti..gurau je ye

    si bujang saya penah
    'kenapa kejut abang awal.abang mimpi naik kereta malam tadi'
    aduhai

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah satu lagi//nenek saya kalau mimpi kutip timun
      (timun ulam ye)
      ada family yg nak dapat anak
      so kalau nenek mimpi,dia akan suh mak call tanya kalau2 saya peknen ;)

      Delete
    2. Takde maknanya saya nak mimpi ular. Kalau anak dara takpelah mimpi dipatuk ular.

      Kesiannya Irfa spoil kan mimpi si bujang tu. Irfa tanya dia tak dia naik kereta apa? Entah2 Bentley ... hehehe

      Bagus juga petanda mimpi nenek Irfa tu. Dah berapa kali dia mimpi kutip timun tu? Entah2 tak lama lagi nak dapat mimpi mcm tu lagilah bila Irfa peknen lagi .... ngeeee

      Delete
  8. Yb

    Dua minggu lepas saya mimpi ikan juga, ikan tu besar dan panjang tapi rupanya sangat aneh.....ikan tu main dalam air yang cetek je....dan adalah 2-3 ekor yang bermain main....saya cuma tengok je ikan tu bermain.

    Saya cerita dengan suami...dia senyum je...dia cakap tunggu je lah...kalau ada rezeki insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah firasat saya (cewah) kata awak nak dapat rezeki besar tu. Banyakkan berdoa dan tunggu ajelah. Kalau Allah nak beri rezeki ni kadang kita tak sangka pun dari sumber mana.

      Delete
  9. oo mimpi ikan tanda rezeki..yang sy tahu mimpi air je..
    tapi rasanya sy tak pernah pun mimpi ikan..nk mimpi gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lain org lain tafsiran mimpi tu. Tapi bagi saya memang setiap kali mimpi ikan petanda nak dapat rezeki.

      Saya harap zie pun akan mimpi ikan dan dapat rezeki yg melimpah ruah tak lama lagi.

      Delete
    2. Semalam saya mimpi saya berada dalam air. Di dasar laut ada orang tengah bersila dengan hidangan ikan. Di tengah-tengah laut terdapat banyak ikan. Saya berenang dalam kumpulan ikan yang banyak itu, Saya berjaya memeluk dua ekor ikan yang agak besar. Saya kira itu ikan tongkol.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails