Sunday, September 30, 2012

Sup Kepala Lembu RM100. Sanggup Ke Nak Makan?

Semalam semasa emak Adam, kakaknya dan adik iparnya pergi shopping di Nilai 3, aku dan anak2 lepak 'medang' di gerai di tengah2 kawasan Nilai 3 tu.

Ada di antara kami yg makan char kueh teow, ada yg makan sate dan ada yg makan sup.


Ini gambar gerai sup yg diberi nama Sup Be Dengung


Ada macam2 sup tapi yg menarik perhatian aku ialah sup kepala. Lembu 3 ekor kepala ni siap pakai spek. Yang 2 tu siap bertopi.


Nak tahu berapa harga sup kepala? Lihat tanda harga tu - RM100!

Kami hanya order sup perut dan sup urat. Anak aku nak sup lidah dah habis.  Lagipun budak2 tak elok makan sup lidah. Biar yg dah kahwin aje rasa sup lidah tu .... hehehe





33 comments:

  1. Replies
    1. Waalaikum salam Acik,

      Saya pun terkejut tengok harga tu. Siapalah yg nak beli dan makan sup kepala lembu tu kalau sampai seratus satu kepala. Mungkin sebab ada otak di dalamnya ..... huhuhu

      Delete
  2. Replies
    1. mahunya tak suka? Itu yg sedap tu sampai pejam2 mata semasa menikmatinya .... hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Yang pakai spek hijau tu ke kaklong? Yang bertopi sebelah kiri tu mcm dah tua aje.... hehe

      Delete
  4. sedap ker kepala lembu tu...

    oh tak sanggup den!

    ReplyDelete
    Replies
    1. den pun tak tahu sedap ke tidak sebab tak beli dan makan. Tapi sup urat boleh tahan sedap ....


      Yang itu den sanggup .... ngeeee

      Delete
  5. napekah sup lidah org bujang takleh makan? pantang eh?

    sape laaa punye spek yg dipakaikan kat lembu tuh? isk isk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah GB. Org bujang pantang rasa sup lidah. Nanti dia nak lagi dan lagi. Susah nak cari .... hahaha


      Rasanya spek anak org yg menjual sup tu kot ... hehehe

      Delete
  6. yb..sup lidah kalau makan malam jumaat lagi berkat...orang kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat org yg kata tu.

      Tapi saya tak kira malam Jumaat. Bila teringin saya terus cari .... wakaka

      Delete
    2. cari pun kena tengok kalendar juga..kan yb

      Delete
    3. tak payah tengok kalendar, tengok bendera aje ... hahaha

      Delete
  7. Saya suka Sup Gear Box, tapi yang free!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau free saya pun suka tak kira sup gear box atau sup apa saja.... hehehe

      Jom kita pergi AU3 makan sup kat sana Azie.

      Delete
  8. hahaha. tengok dalam mangkuk, topi masuk skali tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topi tu rasanya tak masuk dalam mangkuk tapi diberi percuma bersama dgn spek utk dipakai oleh pembeli sup kepala tu .... huhu

      Delete
  9. kalau saya pergi..
    saya nak ambik gambar klosap kepala lembu tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah weekend depan awak ke sana. Rasanya setiap hari ada kepala lembu tu.

      Delete
  10. dah pernah pergi kt kedai sup kepala lembu.
    kami org tak makan kat situ tapi.
    lintas jek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apasal tak makan kat situ kakngah? Kalau tak nak yg kepala lembu tu ada macam2 sup lain. Sedap jugak sup dia.

      Delete
  11. pergh sup kepala ek..macam la boleh kokak kepala tu...huhuhuu...100 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya penjual tu akan bagi peralatan yg sesuai utk kokak kepala tu. Kalau tak rugilah bayar 100... huhu

      Delete
  12. Tak sampai hati rasanya makchaq nak makan, nampak hensom benor.... tambah pulak kalau hidang sekali ngan gigi yang dok tersengih tu.. kalau makan boleh mengigau rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi tu dah digosok guna colgate. Itu yg putih menawan tu ... huhu


      Jangankan makchaq, saya pun tak sampai hati nak makan. Terbayang2 muka lembu tu .... hehehe

      Delete
  13. salam... nak tanya, air terjun dalam entri ni http://yunusbadawi.blogspot.com/2010/07/kau-pergi-jua.html

    beli di mana ya? =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nadiah,

      Air terjun tu dulu kami beli di pameran pertanian di PWTC. Masa tu baru keluar lagi benda tu. Skrg dah ada banyak di pasaran. Kalau nak beli boleh ke nursery bunga sepanjang jalan Sg Buloh ke Subang berhampiran Kota Damansara.

      Delete
  14. Kepala lembu tu memang tak sangguplah nak makan, tapi sup lidah memang kegemaran saya tapi saya suka versi mamak sebab berempah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh awak suka sup lidah berempah ya.

      Saya tak pernah makan sup kepala atau sup lidah versi mamak. Kalau sup lidah versi emak adam biasalah .... hehehe

      Delete
  15. ngeri tgk kepala lembu tu.mmg replika @ kepala lembu betul?
    kalau betul rasa zalim pulak kepalanya di buat main mcm tu ;(

    sup lidah?amboi kemain ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kepala lembu betul. Ada 3 saiz tu. Pilih ajelah yg mana berkenan. Sengaja penjual tu make up kan kepala tu sebab nak cas harga tinggi.


      Eh takkan Irfa tak pernah rasa sup lidah ..... hehehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails