Friday, September 28, 2012

Beli RM100,000, Jual RM4,000,000

Semalam aku ke Rawang nak tengok tanah utk projek kami yg akan datang. Rakan niaga aku membawa aku berjumpa kawan bapanya yang dengar khabar nak menjual tanahnya. Tanah tersebut seluas 3 ekar dan digunakan untuk tanaman cendawan.

Semasa kami sampai ke situ aku lihat sebahagian bangunan di bahagian depan kawasan tersebut termasuk bilik sejuk telah dirobohkan. Dalam hati aku berbisik ini macam dah nak buat projek. Bersebelahan kawasan tersebut telah didirikan banglo-banglo baru yg belum diduduki. Ada pagar batu yg memisahkan kawasan ladang cendawan ini dgn kawasan banglo tersebut.

Kami ke bahagian belakang ladang cendawan dan tiba di sebuah bangsal usang. Ketibaan kami disambut oleh dua orang lelaki Cina dan seekor anjing! Rakan aku lantas turun dari kereta dan bersalamanan dgn kedua lelaki tersebut. Dia perkenalkan aku dengan dua orang lelaki Cina pertengahan umur yang agak terkejut bila mendengar rakan aku itu memanggil aku dgn gelaran YB. Mesti mereka ingat aku ini wakil rakyat. Kebetulan aku memakai kemeja kemas semalam berbanding hanya berkemeja T seperti yang selalu aku amalkan .... hehehe.

Rakan aku itu bersemangat mahu menunjukkan aku cara-cara menanam dan menuai cendawan kerana dia ingat aku tak pernah tengok ladang cendawan. Sambil itu salah seorang lelaki Cina itu memberitahu kami mereka telah menjual tanah ladang seluas 3 ekar tersebut dgn harga RM4 juta. (melepas kami nak beli tanah tu huhuhu).  Duitnya pun dia dah ambil dan berikan sama rata dgn 3 orang adik-adiknya yang semuanya lelaki. Lelaki Cina kedua yang aku lihat di situ adalah salah seorang daripada adiknya. Jutawanlah mereka ini rupanya.

Aku diberitahu mereka ini dulu bekerja sebagai nelayan di Sekinchan, Selangor (takde kena mengena dgn Shin Chan). Pada tahun 1988 mereka membeli tanah tersebut dgn harga RM100,000 dan memulakan projek menternak ayam. Disebabkan persaingan dan pulangan yg kurang memberangsangkan mereka beralih kepada penanaman cendawan. Pada kemuncak projek tanaman cendawan ini mereka telah mengeksport sebahagiannya ke Jepun. Itu yang aku lihat ada rumah sejuk di bahagian depan ladang tersebut.

Sekarang ini mereka hanya meneruskan usaha tanaman cendawan ini secara kecil-kecilan sementara mereka dibenarkan menduduki tanah tersebut oleh tuan tanah yang baru. Mereka hanya dikehendaki keluar setelah proses menukar syarat tanah dan geran baru dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.



Sebahagian pekerja memasukkan cendawan ke dalam paket plastik sebelum ditimbang dan dihantar ke Johor utk jualan. Perhatikan meja usang dan cendawan yg cuma dilambakkan di atasnya.



Bila aku bertanya apa yg dibuat dengan wang RM1 juta seorang itu, lelaki Cina itu memberitahu dia telah membeli sebuah rumah semi-D di Ara Damansara dgn harga RM900,000. Sambil tersenyum dia memberitahu aku rumah tersebut kini berharga RM1.2 juta!

Siapa kata kat Malaysia susah nak buat duit? .... huhuhu

18 comments:

  1. sebab tak susah lah maka ramai sangat pendatang asing kat malaysia ni...huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai di antara pendatang ni yg dah kaya raya pun di negara kita ni. Tapi kita yg bumiputera di sini, masih lagi terkais2 .... huhuhu

      Delete
  2. cina memang sentiasa pandai cari peluang, kalau ada modal sedikit, memang senang juga nak untung ya, cuma kena sabarlah.

    1988 hingga sekarang, lama juga tu dia peram baru jual, tapi hasilnya barbaloi-baloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelebihan mereka. Selain itu mereka sanggup bekerja keras siang malam. Cina tu beritahu saya ini semua kira rezeki dia adik beradik.

      Memang berbaloi. Kami beli rumah sekitar masa itu tapi baru naik 3 kali ganda saja berbanding 40 kali ganda yg dia perolehi.

      Delete
  3. huhuhu. betul2 inspirasi. saya sedang tak makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak kumpul duit pun janganlah sampai tak makan.

      Kena pandai melabur demi masa depan. Beli hartanah salah satu caranya. Satu lagi cara yg mula diamalkan oleh ramai orang ialah membeli emas dan perak.

      Delete
  4. cina mmg pandai buat duit kan YB..silap2, cina yg YB jumpa tu tak pergi universiti pun...money makes money :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia tak pergi universiti pun sebab dia tu dulu cuma nelayan. Hasil menangkap ikan itu dia gunakan utk beli tanah tersebut.

      Nak kata org Cina pandai buat duit tu ada betul dan ada tidaknya. Kalau nak, orang kita pun apa kurangnya. Bukan org kita tak pandai. Yang masuk universiti aje beribu2 org.... huhu

      Delete
  5. perghhhhhhhhhhhhh telan air liur baca en3 ni
    atas angin je diorang untung

    dpt free cendawan tu tak?sedap tu buat nasi goreng cendawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow sampai mcm tu sekali impaknya .... hehehe

      Masa dia beli tanah tu dulu tempat tu jauh dari bandar. Tapi sekarang sekeliling dah penuh dgn pembangunan. AEON Rawang pun tak jauh dari tempat tu.

      Tak dapat cendawan free. Sibuk bercerita sampai lupa dia nak bagi kot .... huhu

      Delete
  6. Hendak atau tidak?

    Yang penting, usaha mesti ada.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah freehold cepat naik harganya. Tanah org Melayu terutama yg rezab Melayu naiknya tak seberapa. Jadi sebelum beli hartanah utk pelaburan tengok dulu lokasi dan jenis tanah.

      Kenalah ada usaha utk buat market study dan perbandingan.

      Delete
    2. yb..saya beli tanah rm40k dan jual rm70k.tanah dusun ada pokok durian 5,6 batang dan pokok manggis dan rambutan serta pokok cempedak.pokok durian tu dah tua tp dpt juga merasa mkn buah dusun sendiri.saya pegang kurang lebih 6 tahun jer.tanah tu lot dan geran kongsi.

      ok tak saya jual harga mcm gitu?sbb org yg nak beli tu minta harga setakat itu saja.

      Delete
  7. Yb orang cina memang pandai bab2 duit ni, kalau orang melayu kebanyak kan nya ya bukan semua duit sebanyak tu pergi jalan jalan oversea dulu, pastu shopping barang mahal pastu sedar2 duit dah habis rumah pun tak ada.

    ReplyDelete
  8. Usaha tangga kejayaan... Bang YB pun level tu juga tuuu.. Jom belanja saya Roti Telor... atau Chicken Chop! hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam yunus. Sy tgh mencari buyer. Ade tanah 3.9 ekar untuk dijual. Area dengkil. Kalo ade buyer, call 0173473949.

    ReplyDelete
  10. Salam yunus. Sy tgh mencari buyer. Ade tanah 3.9 ekar untuk dijual. Area dengkil. Kalo ade buyer, call 0173473949.

    ReplyDelete
  11. Salam yunus. Sy tgh mencari buyer. Ade tanah 3.9 ekar untuk dijual. Area dengkil. Kalo ade buyer, call 0173473949.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails