Budak-budak sekarang mungkin tak tahu apa itu tikam-tikam. Masa aku budak2 dulu, tikam2 sudah jadi sebahagian budaya bila raya. Sebahagian duit raya biasanya akan diperuntukan utk beli tikam2. Ada juga budak yg habis duit rayanya main tikam2 ni. Jenis ni ada potensi jadi kaki judi bila besar.
Kat kampung aku bila raya adalah Cina naik basikal datang jual tikam2. Hari mulia bulan mulia mengajak budak2 Melayu berjudi. Tapi masa itu kesedaran agama belum mendalam. Tidak siapa nak 'haramkan' tikam2 ni. Sedangkan kerajaan sendiri pun menganjurkan Loteri Kebajikan Masyarakat untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yg mendapat welfare!
Kat kampung aku juga ada budak Melayu yg menjual tikam2 ini. Biasanya dia beli dalam 2 - 3 keping besar papan tikam2 dan menjual kpd rakan2 dan sesiapa saja yg berminat nak main tikam2. Aku kenal lagi budak yg menjual tikam2 tu. Ofcoz dia dan beranak pinak sekarang. Tapi aku tengok dia taklah kaya macam Lim Goh Tong.
Inilah kebolehan sebahagian daripada orang Melayu - sekadar menjadi peniaga kecil di negara sendiri ..... huhuhu
zaman saya kecik sekolah rendah (awal 90an)masih ada lagi cumanya tak berapa nak banyakla...
ReplyDeletekiranya sempatlah awak kenal dgn tikam-tikam ni. Masa saya sekolah rendah kat sekolah pun pernah org kantin jual tikam2 sebelum dilarang oleh Guru Besar.
Deletesaya adalah jugak sekali fua beli kat apek yang nuaga bawak basikal depan sekolah..
ReplyDeletekira awak ada bakat 'berjudi' jugak.
DeleteDapat hadiah apa masa awak menikam tu? Cincin ke? ..... hehehe
cincin..ada mata merah.. biru.. ijau!!
Deletesorok.. takut mak marah
tahu takut!
DeleteSorok dalam poket bila keluarkan mata warna warni tu dah tanggal ..... hahaha
Salam YB,
ReplyDeleteAkak sempat lalui zaman tikam2 tapi tak berapa tertikam sangat sebab akak jenis himpun duit dalam tabung..hi3
Salam Kak Nanie,
DeleteAkak ni jenis pandai simpan duit rupanya. Budak perempuan memang ramai yg pandai kumpul duit. Budak lelaki dapat aje duit habis dibelanjakan - tikam2lah, aiskrim malaysialah, cotton candylah .... hehehe
cara halus mengajar anak bangsa jadi tak baik kann...kat kedai2 skang ada satu tabung, dalam ada banyak bola.. masuk duit satu bola kuar, dalam bola ada hadiah... yang ni pun saya tak bagi anak2 'beli'.. ada gak jajan yang dijual, ada hadiah kecik2 kat dalam... budak2 berebut2 beli sebab nak hadiah tuh...
ReplyDeleteBetul tu. Cara halus menjadi sebahagian org kita tak rasa bersalah berjudi.
DeleteYang bola tu 'hadiah'nya bukan elok pun tapi budak2 nak juga beli. Kalau tak dijaga betul2 anak saya pun ada yg beli .... huhuhu.
Jajan yg ada hadiah kecik2 ni mat sentul yg rajin iklan tak lama dulu ... ngeeee
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTau ada tikam2 ni tapi tak mampu nak beli...kita orang kan dok negeri paling miskin hu h uhu
Waalaikum salam anyss.
DeleteBaguslah kalau tak beli tikam2 ni samada sebab tak mampu atau kerana tahu benda tu tak baik.
Org yg dok negeri paling miskin tu ramai yg kaya! Lebih kaya dari kami yg duduk di negeri yg dikatakan kaya ni ... huhuhu
Salam Ramadhan YB
ReplyDeletesaya alami zaman tu...tapi tak minat nak tikam2....he he
Salam Ramadhan kpd atuk jugak. Selamat menjalani ibadah puasa dan amalan2 lain.
DeleteSudah tentulah atuk alami zaman tersebut. Tahniah kerana tak minat dan tak terlibat dgn gejala tak sihat tu .... ngeeee
tikam kalu kena mmg lah best tapi kalau tak kena rugi sajoooo... menangis kuar airmatooo huk huk huk
ReplyDeleteYang kena tu sekali dua aje. Kebiasaannya tak kena. Kalau tengok masih banyak hadiah yg elok2 sedangkan kertas tikam dah tinggal sikit, tauke tu yg sapu hadiah tu sendiri ..... huhuhu
Deletehehehe...teringat saya masa zaman sekolah rendah..main tikam ni..:)
ReplyDeletekat funfair pun judi jugak tau YB...main tikam kat funfair
Oh zaman sekolah dulu ada tikam2 kat sekolah ke? Bila tengok kawan2 dapat hadiah yg best mula2 nak terikut menikam .... ngeeee
DeleteTak kiralah kat funfair atau di mana kalau tak namapun tikam memang kira judilah tu.
melor pun pernah nampak tapi tak pernah tikam. hahahha nostalgia betul la....
ReplyDeletebudak2 pompuan biasamua dapat mengawal diri dari terlibat dgn gelaja tikam tikam ni. Mereka biasanya cuma nak tahu apa hadiah budak lelaki dapat ....
DeleteSaya pun pernah main tikam tikam ni, bila duit saya habis saya menangis mintak balik duit saya pada budak yang jual tikam tikam tu. Kalau ingat balik memang ketawa sendiri lah.
ReplyDeleteBudak tu bagi balik tak duit awak tu?
DeleteMemang ada perkara yg kita lakukan dulu membuat kita ketawa sendiri bila diingati..... ngeeee