Bila nak raya ni macam2 perkara kita lakukan w/p ianya tidak kita lakukan sebelumnya mahupun sesudah raya. Ada perkara yg mendatangkan keseronokan dan kita akan ulang tahun demi tahun.
Ada juga yg tak berapa seronok tapi entah hantu apa yg dah menyerap masuk ke dalam tubuh maka kita akan tetap lakukan setiap tahun. Contohnya pergi bershopping di Jalan TAR atau Masjid India untuk membeli baju raya. Seksa berhimpit2 dgn aroma yg pelbagai tapi bila nak raya masih nak pergi shopping.
Begitu juga tugas mengacau dodol. Semasa lembut lagi tu rajinlah semua nak mengacau tapi bila dah pekat mulalah ghaib seorang demi seorang. Alasan paling jitu belum solat Asar dah pukul 7 lebih. Minta diri utk sembahyang tapi terus hilang sampai waktu berbuka ..... hehehe
Tapi bagi aku di dalam banyak2 perbuatan ini aku serik membakar lemang. Aku dan adik aku pernah mengikut jiran ke hutan di belakang Zoo Negara utk mencari buluh lemang. Kami pakat2 utk bergotong royong membuat lemang pada tahun tersebut. Kami pergi dengan sebuah kereta dan dua buah motorsikal. Kereta tu gunanya utk membawa balik buluh2 lemang dari hutan sementara motor itu pula utk jadi tunggangan ke dalam hutan. Kereta tak boleh masuk ke dalam.
Setelah parkir kereta di pinggir hutan, kami berdua beradik membonceng motor utk masuk ke hutan. Jauh juga ke dalam sebelum kami berjumpa dgn rumpunan buluh. Di sebelah luar rumpun buluh ada pemiliknya. Kalau main tebang sebarangan mahu kena sumpit oleh Orang Asli di situ.
Setelah memilih buluh yg sesuai dan menebang beberapa batang, tugas seterusnya ialah membawa buluh2 tersebut ke kereta. Kami biarkan buluh itu panjang2 kerana kalau pendek susah nak bawa. Ingatkan senang nak bawa tapi bila nak disusun 3-4 batang susah juga nak bawa keluar. Yang kesian jiran kami yg terpaksa sebelah tangan pegang handle motor dan sebelah lagi pegang buluh. Kalau hanya pembonceng saja yg pegang buluh tu memang akan jatuh. Faham2 ajelah denai di hutan itu berliku2 dan turun naik.
Bila dah sampai ke kereta, barulah kami kerat2 buluh mengikut ruasnya sebelum kami bawa balik.
Bila sampai di rumah, tugas mengisi pulut dan santan adalah tugas kaum wanita. Tugas membakar lemang diserahkan kepada kaum Adam. Sekali lagi ini bahagian aku, adik aku dan jiran kami. Untuk kayu api kami gunakan batang rambutan yg pokoknya kami tebang beberapa bulan sebelum itu. Kata jiran kami kayu rambutan elok baranya. Nasiblah kau rambutan. Jadi mangsa utk membakar lemang.
Akhirnya lewat malam tersebut masaklah lemang kami.
Aku dan adik aku kata kalau seksa macam ni lain kali kita beli ajelah lemang yg dah siap. Patutlah di KL ni orang jual lemang semasa raya boleh buat duit sebab mungkin ramai juga org yg dah serik nak buat sendiri!
chop...
ReplyDeletemujur chop cepat. Lambat sikit, Chenta dapat no 1 ..... hehehe
Deleteseronoknya kalu masih diteruskan ...
ReplyDeletetradisi yang dah lapok dizaman ...
^____^
tak pe lah biarlah anak-anak nyer pulak yang ambil alih ..
*untungnya kalu kawin & beranak pinak awal .. kan kan kan *
Tak larat nak buat kerja2 mcm tu lagi. Biarlah saya beli lemang Pak Ali atau lemang2 lain daripada bersusah payah mencari buluh dan membakar lemang tu.
Deletengeeee.....
Kalau anak2 saya sanggup nak buat, saya persilakan. Tapi rasanya emak Adam tak sokong sebab dia pun sibuk nak masak hidangan lain bila nak raya. Biasanya sampai lewat malam raya baru siap masak.
Nasib orang tak tentu. Ada yg kahwin awal dapat anak awal. Ada yg kahwin awal tapi dapat anak lambat. Ada yg kahwin lambat tapi cepat dapat anak dan ada yg belum kahwin2 lagi.
gambor mana..? gambor..??
ReplyDeleteGambor saya tak secantik gambar yg doc ambik. Lagipun masa peristiwa ini saya belum jadi blogger. Mana terfiikir nak ambik gambor. Nak pikul buluh pun dah setengah mati ni kan pulak nak bawa kamera ..... huhuhu
Deletehahahahhaaaa..
Deleteumur berapa ek masa tu..?
Baru balik dari US masa tu. Muda belia .... ahaks
Deletesekarang hutan pun dah takde nak masuk carik buluh,kikiki.
ReplyDeleteHutan tu ada lagi rasanya Juliet sebab kawasan tu rezab hutan utk kawasan tadahan. Air terjun pun ada kat dalam tu. Kalau awak nak pergi piknik kat sana pun best jugak.
Deletekampung saya tak kira raya @ tidak..sepanjang tahun jual lemang
ReplyDeleteso bila raya..takde sapa heran nak makan lemang
Kampung Irfa kat mana ya? Memang ada tempat di negara kita org jual lemang sepanjang tahun. Saya suka lemang yg dijual di tepi di Pahi, Kelantan. Comel2 lemang dan penjualnya .... hehehe
Deleteyb..
Deletetepat sekali.kg saya sebelum kg Pahi,Kuala Krai kelantan
nama kg.Manek Urai ;)
kalau buat sendiri mmg leceh, tapi best. suasana nak beraya rasa sangat2.
ReplyDeleteIni gara2 nak merasa suasana berayalah. Akhirnya sakit2 satu badan di pagi raya ..... huhuhu
Deletesaya tak pernah buat benda2 ni:
ReplyDelete1- masak lemang
2- kacau dodol
3- carik buluh
Dah terbayang susahnya...
Saya setuju...rela beli aja..ahahaha..on the way kat exit Tol Simpang Ampat (menuju ke Rembau/Tampin) tu melambak org jual lemang..siap dgn rendang sekali :)
Baguslah kalau tak pernah buat benda2 tu. Hanya mereka yg berjiwa kental dan/atau berbadan ketul aje yg mampu melakukan benda2 tu...... huhuhu.
DeleteSkrg banyak tempat ada jual lemang. Masa kecik dulu hanya ada di beberapa tempat termasuk di Kendong iaitu jalan nak ke Tampin tu.
memang renyah tp yg paling......best masa makan
ReplyDeleteRenyah? Maksud Eja leceh ke?
DeleteKalau dalam bahasa Jawa renyah tu maksudnya rangup .... ngeeee
Masa makan memang best.
X jumpa buluh betong ke masa tu?
ReplyDeletekalau jumpa pun tak kenal .... hahaha
DeleteRasanya mak ayah sya nak berlemang lg raya nih
ReplyDeleteWah rajinnya. Buluh tu cari sendiri atau upah org lain carikan?
DeleteLemang sendiri best sebab cukup bahan2nya terutama santan.
Cuba tanya adam nak tolong susun buluh lemang dkt api x?kalau nak poskan adam ke sini:-P
ReplyDeleteBukan setakat susun buluh lemang dkt api tapi main dgn api pun Adam suka. Bila nak poskan dia tu?
DeleteOklah ngantuk ni tersalah taipkan susah
ReplyDeleteJangan tersalah KUCUP pulak. Nanti ada yg marah! ahaks
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya suka lemang yang orang nogori buat...sedap!
Biasanya, balik dr kg baru usha lemang area nilai, pas tu balik masak ayam pedas utk mkn dgn lemang, akhirnya...dua hari angin satu badan hu hu huhu tapi x pernah serik makan lemang tiap kali raya ;)
Tahniah, sebab segigih tu buat lemang ;)
Waalaikum salam anyss,
DeleteApa kelebihan lomang org nogori tu nyss? Kalau rondangnya memang sodap w/p pedas. Masa Afifah belajar di Serting dulu ada juga kami beli lomang nogori yg dijual dekat Tg Ipoh tu.
Kami tak pernah lagi usha lemang area Nilai. Lain kali nak cubalah. Atau lebih senang nanti bila anyss dah balik sini selepas raya kami terjah aje rumah anyss. Dapat jugak rasa ayam yg dimasak pedas2 tu .... hehehe
Sekali tu ajelah gigih nak buat lemang. Dah serik dah .... huhuhu
salam...tahniah ! gigih sdr membuat lemang...
ReplyDeletepernah tempat sy ni pakat2 buat lemang - nak rasa suasana beraya (bagi yang tak balik kampung)...ceritanya sama spertimana sdr ceritakan !!!
kesimpulannya : baiklah saya beli aje kalau berhajat nak makan lemang ni....takat ni bulan puasa ni dah 3 kali beli & makan lemang !
Wsalam.... Terima kasih. Saya tak tahu nak senyum atau nak menangis di atas pujian ini .... hehehe.
DeleteRamai ke yg 'terjebak' pakat2 buat lemang masa tu? Kalau ramai tu takpelah jugak berbanding kami yg cuma beberapa kerat ni. Tapi bila kenangkan semula macam lawak pulak kisah kita ni kan?
Kesimpulan yg sangat saya setuju. Beli baru berapa ringgit sebab berapa ketul sangatlah kita boleh makan. Wah dah 3 kali beli dan makan lemang bulan puasa ni. Saya sekali pun belum .... ngeeee
mencabar jugak yer masak dodol... hmmmm... rasanya lemang senang sikit letak kat api pastu jaga api tak payah nak kacau2...
ReplyDeleteMengacau dodol memang mencabar kerana semakin lama semakin likat. Dah bila dah likat teruk nak mengacaunya. Kalau tak kacau alamat berkerak.
DeleteLemang kena rajin pusing2kan supaya tak hangus sebelah.
serik buat lemang takpe, jangan serik makan lemang.. rugi wooo... :)
ReplyDeleteMakan lemang tak tahu serik setakat ni. Kena yg lemak dan lembut .... ermmmm
DeleteSebab tu lah saya suka shopping awal lagi, lagi seminggu nak berpuasa saya dah shopping barang2 yang diperlukan dulu selebih nya kami tunggu lagi 2 ke 3 hari nak raya senang sebab orang ramai yang dah balik kampong,tiap tiap tahun kami buat macam ni so far ok alhamdulillah.
ReplyDelete