Friday, August 17, 2012

Tahun Ni Kita Beraya di Kampung Sayang Ya

Tahun ini Aidil Fitri yg ke 25 sejak aku dan emak Adam bergelar suami isteri. Sepanjang tempoh itu hanya baru sekali kami menyambut raya pertama di kampung emak Adam. Kesian dia. Tapi aku bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yg memahami. Mertua aku pun faham keadaan kami.

Dulu semasa baru-baru kahwin kami tinggal di Miri kerana aku bekerja di sana. Bila balik raya biasanya setelah singgah di rumah keluarga aku di KL, kami akan ke kampung emak Adam sehari dua sebelum raya. Hari raya pertama kami akan berada di KL semula untuk membantu emak aku menyiapkan juadah raya. Masa itu adik kembar aku belum kahwin lagi. Makanya hanya emak aku dan emak Adam saja orang perempuan yg ada di rumah.

Selepas abah meninggal dunia emak aku ikut tinggal bersama kami. Tak sampai hati nak tinggalkan dia seorang diri di rumah di pagi raya. Maka kami sentiasa beraya di rumah sendiri pada hari raya pertama dan kedua. Adik aku pun akan beraya di rumah aku setiap tahun.

Cuma pada hari raya ketiga dan ada masanya pada hari raya keempat baru kami pulang ke kampung emak Adam. Itupun setelah adik aku dan keluarganya pulang dari kampung isterinya. Emak Adam dan adik ipar aku tu satu kampung! Bila mereka sudah balik KL, mereka pula menjaga ibu kami semasa kami balik ke Tanjung Karang.

Tahun ini kami tak perlu lagi beraya di KL setelah ibu tersayang pergi buat selama2nya 3 hari lepas.

"Tahun ni kita beraya di kampung sayang ya," kata aku kpd emak Adam setelah selesai pengkebumian jenazah ibu.

Dia hanya mengangguk lemah.  Sedih pula nak tinggalkan rumah kerana masih teringat ibu.

Esok pagi baru kami bertolak balik ke kampung kerana malam ini kami masih mengadakan majlis tahlil utk ibu di surau selepas solat terawih.

10 comments:

  1. sedih pulak baca.apapun selamat hari raya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah kalau n3 ini buat Irfa sedih.

      Beraya di mana tahun ni? Apa2pun saya berharap Irfa sekeluarga bergembira di hari mulia ini. Slmt Hari Raya maaf zahir batin daripada saya sekeluarga.

      Delete
  2. sedih baca YB...mesti masih teringatkan arwah . Selamat Hari Raya YB. Semoga lebaran ini dilalui dengan tabah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kami sekeluarga terutama saya masih ingatkan arwah. Banyak perkara yg kami lalukan membawa ingatan kpdnya.

      Slmt Hari Raya lea. Semoga bergembira di hari yg mulia ini. Dah sampai TI ke?

      Delete
  3. yb,saya juga berada dalam keadaan ibu adam.beraya hanya disebelah pihak saja sejak kahwin..tidak ada gilir gilir.sedih tau.

    ReplyDelete
  4. Situasi awak sama juga ke dgn situasi emak Adam? Tapi kami boleh dikatakan bernasib baik sebab kampung emak Adam taklah jauh sangat dari KL ni. Jadi sebelum raya kami mesti balik kampung utk sama2 berbuka puasa dan berterawih sebelum pulang semula ke KL.

    Tahun ini awak beraya di kampung suami lagi ya. Semoga bergembira di Hari Raya ini.

    ReplyDelete
  5. Situasi Abg YB sekeluarga pasti sangat-sangat-sangat berbeza pada Raya kali ini. Saya faham. Semoga Syawal kali ini terus memberikan kebahagiaan kepada Abg YB sefamili....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akan sangat7x berbeza. Malam ni emak Adam masih berbelah bagi samada hendak balik kampung esok atau beraya di sini. Kaklong dia sudah teruja mendengar kami akan beraya di kampung. Emak Adam pula pilu nak tinggalkan rumah kosong sedangkan arwah belumpun seminggu meninggalkan kami.

      Saya kata kita balik kampung ajelah.

      Ya semoga kedatangan Syawal ini terus memberi kebahagiaan kpd kami sekeluarga. Saya doakan yg sama buat Azie sekeluarga.

      Delete
  6. walaupun sedih kehilangan ibu, tapi cubalah ubati dengan memikirkan orang lain yang mungkin kematian ibu semasa masih kecil atau meninggal semasa melahirkan. sekurang-kurangnya kita merasa beribu sampai beranak pinak. Kan ?

    hidup perlu diteruskan, walau pun tak serupa dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas nasihat abg tersebut. Org lain yg telah kehilangan ibu lebih awal lagi telah bersedih lebih awal. Kini mereka sudah dapat menerima hakikat hidup sebagai yatim.

      Sekarang giliran saya pula. w/p sudah beranak pinak tapi rasa sedih itu tetap ada lebih2 lagi emak telah tinggal dgn kami sekian lama.

      Kami akan teruskan hidup ini dgn mengutip apa2 semangat yg masih ada.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails