Entri ini aku copy paste dari fb aku. Terima kasih kpd semua kawan2 yang telah memberikan ucapan takziah, kata2 semangat, doa dan sedekah al-Fatihah kpd emak aku yg meninggal dunia semalam.
Di saat muslimin muslimat bersiap sedia bergembira menjelang raya, separuh jiwaku pergi bersama bonda tercinta yg telah meninggalkan kami buat selama2nya.
Sedih .... hiba .... sebak ... rindu kpdmu ibu.
Harap kami telah melakukan yg terbaik sepanjang emak tinggal bersama kami sejak abah pergi 19 tahun yg lalu. Tapi saya tahu banyak kekurangan dan kesilapan yg kami sekeluarga terutamanya saya sendiri lakukan. Di sudut hati, saya berharap emak telah memaafkan segala-segalanya sebelum emak pergi.
Kini yg tinggal hanya kenangan. Kenangan suka duka kita bersama. Terasa ingin memeluk dan mencium emak di pagi raya tapi apakan daya itu semua sudah tak mungkin. Hanya doa dan bacaan Al-Quran yg dapat kami kirimkan sebagai tanda kasih.
Di penghujung Ramadan yg mulia ini anakmu berdoa agar Allah melimpahkan rahmatNya, mengampunkan emak dan membebaskan dari api neraka.
Semoga emak berbahagia di sana.
ps - kepada yg masih mempunyai ibu, lakukanlah yg terbaik buat mereka sementara mereka masih ada.
Takziah buat YB sekeluarga...harap YB sekeluarga tabah hadapi ujian Allah ni...
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri buat YB..
maaf zahir batin saya pinta
Terima kasih kerana tak henti2 memberi ucapan takziah dan mendoakan supaya kami tabah.
DeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri buat DZ. Semoga bergembira dan berbahagia bersama mereka yg tersayang di hari yg mulia itu. Hargailah dan gembirakanlah hati ibubapa sementara mereka masih ada.
Maaf zahir batin.
Salam YB,
ReplyDeleteAlfatihah utk arwah dan Takziah utk YB sekeluarga..
Sedih dan sebak akak baca n3 ni..terkenangkan arwah mak yg tinggal dirumah akak selama 12 tahun sebelum kembalinya ia.
Memang benar..rindu kpd mereka2 yang dah pergi terlebih dahulu dari kita, walaubagaimana pun, suatu hari nanti kita jua akan menyusul kesana
Wsalam Kak Nanie,
DeleteTerima kasih sedekahkan al-Fatihah utk arwah ibu saya.
Kakak bertuah kerana dapat berbakti 12 tahun menjaga mak kakak. Bukan senang seseorang ibu hendak duduk dgn salah seorang anaknya begitu lama. Mungkin bakti kita itu menjadi asbab Allah memberikan rezekiNya kpd kita.
Memang rasa sedih dan hiba bila terpaksa berpisah dgn org yg kita kasihi setelah sekian lama hidup bersama.
Salam takziah daripada kami sekeluarga atas pemergian embah Rohimah. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh marhumah. Amin...
ReplyDeleteTerima kasih di atas ucapan ikhlas dari ckLah tersebut dan doa utk ibu saya.
DeleteSampaikan salam saya kpd embah lanang dan wedok bila balik beraya.
salam takziah dr kakngah sekeluarga
ReplyDeleteAl Fatihah
Terima kasih kakngah.
DeleteSalam YB,
ReplyDeleteSaya menyusun jari sepuluh memohon maaf kerana baru baca status ini di blog. Buat pengetahuan YB, saya sudah bbrp hari tidak tgk status sesiapa di FB (ada juga buka tapi jeling2 macam tu je..) kerana terlampau sibuk mengejar peluang untuk meraih BONUS dari Allah SWT di hari-hari terakhir Ramadhan ini..sungguh sedih kerana Ramadhan bakal berakhir...
Namun begitu, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan TAKZIAH utk YB sekeluarga, dan semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh ibu YB ...Amin.
p/s: boleh saya tahu ibu YB meninggal kerana sakit apa?
Wsalam nurazzah,
DeleteTak perlu memohon maaf kerana apa yg azzah lakukan utk mengejar peluang meraih bonus daripada Allah di penghujung Ramadan ni adalah lebih utama. Semoga azzah dan kita semua mendapat ganjaran yg berlipat ganda itu dan yg lebih penting lagi mendapat keredhaan Allah.
Terima kasih di atas ucapan takziah dan doa tersebut.
Ibu saya sihat sepanjang Ramadan tahun ini dan dapat berpuasa dgn penuh utk 24 hari pertama. Cuma pada hari ke 25 dia muntah2 sejak lewat pagi. Dia enggan dihantar ke hospital dan hanya makan ubat yg ada. Pada malam Rabu tiba2 dia menjadi lemah dan akhirnya meninggal.
salam yb.
ReplyDeletesalam takziah krn kehilangan ibu yb. sudah tertulis di loh mahfauz dianya dipanggil balik di bulan ni.
saya ada menulis. kat komen mengenai kehilangan ibu 17 may. baru ini.
sekarang giliran saya pula ucapkan takziaah pd yb diatas khilangan.semoga roh ibu yb ditempatkan dikalangan para auliya. insyaAllah.
jika yb bersedih tenangkan jiwa dgn pandangan yg ibu yb sekarang didunia. yg kekal.
bak kata kawan ugama asing, she has done her job here,finished. now god want her back as god have plan for her.
banyak bersabar ...tenangkan hati yg duka bsedekah bacaan alqurn.
saya hilang mak 17 may, 10gos 915 am kmudian kawan rapat akibat kanser diumur 53 tahun akibat kanser paru pati.sedih krn orgnya srg pakar yg aktif mmbantu pesakit2 majority makcik pakcik.. dan hanya bkerja dgn gomen je.
banyak sabar yb. takziah dan alfatihah buat ibu
Takziah. Alfatihah
ReplyDeletealfatihah...takziah buat YB sekeluarga...harap YB tabah dan sabar dengan dugaan di penghujung ramadhan ini..
ReplyDeleteYB; Alfatihah dan salam takziah, muga roh Bonda YB ditempatkan disisi hamba2Nya yang beriman..bersabarla dan tabah dengan ujian Allah
ReplyDeleteaaaa..
ReplyDeletesedih aa..
salam takziah YB.
ReplyDeletealfatihah.
.
Salam takziah YB. AL FATIHAH....
ReplyDeleteSalam takziah, YB.
ReplyDeleteJangan bersedih YB, segala gala nya telah di tentukan olehnya. Tengok ilklan bernas saya pun turut rasa sedih, masih ramai lagi anak anak yang lupa tanggung jawab mereka dan masih ada lagi yang sanggup menghantar ibu bapa mereka kerumah orang tua tua.
ReplyDeletetakziah buat YB sekeluarga.. semoga roh ibu damai di sana..
ReplyDeletetkpe..sy bca 2x YB
ReplyDeletealfatihah
ReplyDeletesaya baru tahu hari ni