Tak sampai seminggu lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Hari kemenangan bagi yg telah berjaya menjalankan ibadah puasa dan amalan2 lain sepanjang Ramadan.
Hampir semua bangsa di dunia ini mempunyai perayaan mereka sendiri. Tapi aku lihat orang Melayulah yg paling hebat bila sampai bab raya ini. Berikut adalah fakta2 untuk menyokong pendapat aku ini:
1) orang Melayu akan bershopping sakan utk Raya. Kedai2 menjual pakaian dan perhiasan rumah menjana pendapatan berlipat kali ganda sebelum raya melebihi jualan 11 bulan yg lain.
Semasa sykt kulit kerang hendak mengadakan program loyalty card dgn peruncit terbesar di Malaysia tak lama dulu, kami diberitahu bahawa jualan mereka sempena Hari Raya melebihi jualan di masa2 lain.
2) bangsa lain kalau nak raya mungkin beli sehelai baju baru tapi orang Melayu paling kurang 2 pasang. Lebih mahu. Itu sebab tukang jahit tutup tempahan 3 bulan sebelum raya kerana terlalu banyak menerima tempahan.
3) bangsa lain hidangan raya mereka setakat satu meja saja tapi orang Melayu masak cukup untuk satu kampung. Itu sebab
4) kalau orang Cina memberi angpow sebagai sebahagian daripada budaya mereka, orang Melayu pun beri duit raya. Tapi tak pernah saya dengar habis duit baru di bank2 sebelum Tahun Baru Cina tapi untuk Hari Raya sering duit baru habis stok. Sepatutnya Bank Negara kena cetak 10 kontena tambahan utk duit raya!
5) Bila org Cina bakar mercun jarang kita dengar ada yg putus jari tapi bila orang Melayu nak raya, tak sah kalau takde yg putus jari atau buta mata.
6) Bangsa lain buat rumah terbuka berpada2 tapi org Melayu bukan setakat rumah saja yg terbuka, tapi pejabat, kedai dan kilang milik Melayu juga membuat 'rumah' terbuka.
7) Bangsa lain beraya satu atau dua hari saja tapi orang Melayu beraya selama sebulan. Orang Islam lain seperti orang Arab, Pakistan, Bangla pun takde yg beraya selama sebulan.
Aku pasti banyak lagi perkara yg menjadikan Hari Raya orang Melayu hebat. Kalian mungkin ada contoh2 lain.
raya kita selama sebulan..selagi tak habis syawal..selagi tulah beraya...
ReplyDeletekita ada sembahyang terawih .. orang lain tak ada.
Deletekita ada malam lailatul qadar .. ugama lain tak ada.
Itulah raya sakan namanya. Tapi sekarang syawal dah habis raya masih disambut ..... hehehe
DeleteAbg al-lavendari,
DeleteItu yg betulnya. Itulah kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w yg tiada diberi kpd umat2 lain.
Tinggal 5-6 malam ni eloklah kita pulun membanyakkan ibadah dgn rasa syukur dan ikhlas mengharap keredhaanNya.
suka baca komen2 ni....entri pun bagus! Orang kita ni semua nak lebih kot....huhu
Deleteentri mengenai perkara yg lumrah setiap kali kita beraya. Org kita ni biar papa asalkan bergaya.
DeleteUtk raya kerajaan 'terpaksa' bagi bonus khas. Kalau tak takut tak meriah ....hehehe
cina india raya tak beli kereta raya, org melayu kaya raya tau YB...nak raya aja, ada kereta raya! ahahaa
ReplyDeleteoopsss terasa pulak saya. Tahun lepas 10 hari sebelum raya beli kereta baru .... hehehe
Deleteoh..?
Deletetak tau lakkk ado kereta raya tahun lepas..
:)
ish kan ada sebut dalam entri. Nak beli swift dapat myvi .... huhuhu
DeleteSalam,
ReplyDeleteOrang Islam menyambut 2 kali Raya
Aidil Adha dan Aidil Fitri
Waalaikum salam Kak Nanie,
DeleteBetul tu. Allah berikan kita dua perayaan itu yg mempunyai signifikasi tersendiri.
Org Melayu lebih kpd sambutan hari raya aidil fitri. Lagu2 raya pun kebanyakannya utk raya puasa ni..... ngeeee
tahun ni saya tak ada mood nak raya
ReplyDelete:(
Apasal pulak? Kalau raya kat KL jemputlah datang ke rumah supaya ada sikit mood tu.
DeleteChenta tak amik cuti Raya ..
ReplyDeletecukup la sampai selasa ...
1minggu buat abis wet je ..
nak redah jem ... berpanas .. huhuu
Pekerja yg berdedikasi ni.
DeleteTapi banyak ke kerja minggu depan? Biasanya susah nak berurusan sebab ramai yg lain masih bercuti termasuk di jabatan2 kerajaan dan swasta.
Dah namanya pun raya, kenalah bersedia berbelanja .... huhuhu
Bagus Chenta balik awal utk elakkan jam. Itu memang sesuatu yg teruk setiap kali musim perayaan.
Bangsa lain cuti sehari dua. Orang Melayu kalau boleh cuti sebulan mesti cuti sebulan juga
ReplyDeleteMemang betul sangat tu.
DeleteTengok cuti sekolah yg awal2 dah dirancang selama seminggu tup-tup kena tambah lagi setengah minggu sebelum raya sebab org Melayu rasa tak cukup!!!
hebat dalam berlebih-lebihan. haha
ReplyDeleteSekurang2nya adalah juga kelebihan bangsa kita ni..... Hidup Melayu! .. hahaha
DeleteYb orang melayu ni kalau tak shopping tak raya lihat saja di Jalan TAR masyaallah berduyun duyun orang berlumba lumba untuk menghabis kan duit, maaf cakap saya rasa rata2 nya yang shopping di situ bukan lah orang yang kaya raya. Yang dapat bonus pun nak habis kan duit mereka macam lepas ni dah tak ada lagi perkara2 yang memerlukan wang untuk di belanjakan.
ReplyDeleteNanri kita tunggu musim anak2 naik sekolah, mula lah merungut duit tak cukup, kerajaan tak bantu dan macam macam lagi rungutan, pendek kata kalau perkara yang betul2 kita sepatut nya berhabis kita merungut tak tentu pasal.
Yang kaya apa kelas shopping kat Jalan TAR tu. Mereka ke London utk shopping. Kat sana pun ramai org Melayu shopping. Bagi golongan ni pergi London tu mcm kita pergi Chow Kit aje.
DeleteYang dapat bonus belanja sakan tu perkara biasa. Yang tak dapat bonuspun masih boleh berbelanja. Kalau tak boleh bayar tunai Courts dan sykt yg sewaktu dgnnya kan ada? Ambil dulu bayar tahun depan! (mcm yg disebut dlm iklan mereka).
Hujung tahun bila nak buka sekolah tentu gomen atau majikan lain bayar bonus lagi. Kalau tak bayar, nanti mogok ramai2 baru tahu ..... huhuhu
itu kelebihan orang melayu...
ReplyDeleteBukan senang nak ada kelebihan mcm tu ..... ngeeeee
DeleteBila tang raya...org kita ada sikap berlumba-lumba....
ReplyDeleteEhehe.
Alangkah bagusnya kalau sikap berlumba-lumba tu ditanam dalam perkara2 kebaikan yg lain juga .... huhuhu
DeleteYB..kita pun org MELAYU jugak
ReplyDeletetapi kan..tapi kan..baju raya saya ada selai jerk..sumpah! tak tipu
alaaaa kesiannya perempuan Melayu terakhir ni .... hehehe
DeleteWalaupun baju raya cuma sehelai tapi raya masih boleh sakan dgn baju yg sediada ....
Selamat Hari Raya buat YB dan keluarga.
ReplyDeleteMohon maaf atas segala kesilapan ....
Insyaallah , petang esok akan ke MuO.
Ambik anak yang sulung , berbuka di rumah adik dan malamnya akan bertolak pulang ke KB.
Semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan kembali.
Selamat Hari Raya buat pB sekeluarga. Saya pun ingin memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan saya selama ini.
DeleteJauh perjalanan pB esok. Semoga selamat di dalam perjalanan dan semoga adam tak meragam bila dah lama di dalam kereta.
raya kita makan tak berenti2... pulun makan lepas sebulan posa.. huhuu..
ReplyDeleteMacamana nak berhenti makan sebab setiap rumah yg kita kunjungi ada menyediakan pelbagai juadah. Kalau tak makan, tuan rumah kecik hati .... huhuhu
Delete