Semalam aku pergi ke ibupejabat sebuah bank untuk tukar duit raya. Ada mantan jiran yg kerja di sana. Dia yg tolong tukarkan duit baru. Kalau nak harapkan walk in, tak payahlah. Letih berbaris aje. Kalau dapat tukar duit baru pun tak dapat sampul duit sebab dah habis. Tapi kalau gunakan 'kabel' macam ni, cakap aje nak berapa. Siap dapat sampul duit raya sekali. Inilah Malaysiaku!
Ini dia duit raya aku. Harap-harap ada baki selepas habis raya
Mungkin raya lain tahun aku nak bagi duit yg dah keronyok sebagai tanda mcmana susahnya nak cari duit tu. Bagi duit baru ni budak-budak tak dapat menghayati jerih perih mencari duit.
Duit puasa bagi aku adalah duit yg kita sedekahkan sepanjang bulan puasa. Sempena bulan mulia di mana pahala bersedekah akan digandakan, ramailah orang yg bersedekah. Di surau aku tabung surau (yang ada roda di bawahnya) akan digerakkan semasa majlis tazkirah di antara sembahyang terawih dan witir. Alhamdulillah kutipan setiap malam sangat menggalakkan.
Ini kutipan di surau kami setiap malam.
Sehingga malam tadi, lebih RM25K telah disumbangkan oleh para jemaah menjadikan purata seribu ringgit kutipan setiap malam. Selain daripada para penderma, aku tabik kpd Bendahari surau kami. Beliau akan membundarkan jumlah wang kpd RM10 yg terdekat. Sebagai contoh jika kutipan malam tersebut ialah RM662 maka dia akan tambah menjadi RM670.
Aku ingin berkongsi tip yg diberikan oleh salah seorang ustaz yg memberi tazkirah di surau kami baru2 ini. Beliau cadangkan kita memberi duit raya semasa bulan Ramadan ini untuk mengejar pahala yg lebih. Kalau balik kampung tu bolehlah bagi duit raya kpd ibubapa sebelum terbenam mentari pada hari Sabtu ni.
ni kalau saya datang rumah dapat duit raya ke tak?keh keh~
ReplyDeletekalau nak bagi kanak2 purba mcm awak ni juga, kena tambah dua kali ganda duit raya tu kot .... huhuhu
Deletesaya pun....!!
ReplyDeletenak kaler oren!
yg bawah oren tu tak nak ke? Nipis aje tu sebab nilainya tinggi .... ngeeee
Deleteohh..
Deletetak nampak lak ada yang bawah oren tuuu!!!!!
nak gi raya rumah YB jugak la. Selamat Hari Raya:-)
ReplyDeleteJemputlah datang. Tapi raya pertama mesti shaliza nak beraya di KB .... ngeeeee
Deletebestnye kutipan surau...
ReplyDeleteRezeki bulan puasa tu.
DeletePerbelanjaan bulan puasa ni pun boleh dikatakan tinggi jugak.
uncle,saya nak yang warna kuning tu..hehehe
ReplyDeleteKan tadi Hazwan dah hantar satu beg ..... hehehe
Deletesaya nak warna biru je.. saya tak tamak, saya nak satu je.. satu gelung... hee..
ReplyDeleteSaya pun dah siap siap tukar duit raya, senang tak payah beratur guna kabel je. Saya cuma tak dapat wang RM 2 sebab stok dah habis kata kawan saya yang bekerja di bank CIMB TPG.
ReplyDelete