Sampai ke Jalan Bonus, kenderaan dah penuh sesak. Jalan nak masuk ke kawasan Jalan Masjid India banyak yg ditutup. Kawasan parkir sekitar situ pun banyak yg penuh. Kami pusing depan Balai Polis Dang Wangi. Nampak anggota2 polis baru keluar meronda. Yang menariknya ramai anggota berbangsa Cina di kalangan polis yg meronda tersebut. Ada juga yg berkaca mata. Sejak bila pakai spek boleh kerja polis? Mungkin utk bangsa asing yg kurang di berkhidmat di dalam pasukan diberi sedikit kelonggaran.
Di dalam kesesakan lalulintas itu ada pula kereta yg masuk petak kuning betul2 di depan Balai Polis tu. Memang cari penyakit. Kena saman on the spot. Duit nak beli baju raya habis buat bayar samanlah nampaknya. Bolehlah bantu kerajaan menambah hasil utk bayar bonus 4 hari lagi.
Setelah membuat satu pusingan besar di depan Dataran Merdeka, aku turunkan anak isteri aku dekat dengan Jakel setelah berjaya masuk ikut Lorong Bonus yg tak ditutup. Aku pun pergi parkir ke Cap Square di seberang jalan manakala emak Adam pergi mencari baju Melayu.
Bila aku sampai dia kata dah dapat dah baju yg dicari. Wah cekap sungguh bini aku ni. Tapi baju Melayu utk Adam belum dapat lagi. Nak yg sedondon. Warna hijau macam rumput dah 2 minggu tak kena hujan. Pencarian baju Adam pun bermula. Dari satu gerai ke satu gerai. Saiz ok warna pula tak kena. Ada warna agak ok tapi takde kolar pula. Tak bestlah bila ayah dan abang2 dia berbaju yg ada kolar sedangkan Adam pakai baju Melayu Johor .... huhuhu.
Dalam letih mencari di lautan manusia semalam tu Atikah mengomel, "Kan bagus kalau adik beradik semua sama saiz."
Dia ingat emak dia tu acuan kuih ke? .... hahaha
Akhirnya setelah letih mencari di gerai2 kami ke Wisma Confident. Dari jauh dah nampak baju budak warna hijau rumput tu. Aku tak masuk ke dalam kedai kerana memerhatikan sebuah produksi sedang membuat rakaman rancangan Raya di depan Wisma Confident tu.
Yang berbaju kurung merah tu ialah Sharifah Shahirah manakala yg berbaju Melayu biru tu salah seorang Celebrity Master Chef yg kalah awal
Emak Adam yang mencari baju utk Adam. Baju yg asalnya berharga RM65 berjaya ditawar sehingga RM45 w/p penjual itu mula2 dah mati harga kat RM50. Inilah antara kelebihan orang perempuan termasuk emak Adam - menawar gila-gila tanpa rasa belas kesian kepada penjual!
Wisma Confident yang tetap memberi keYAKINan untuk mendapatkan baju-baju Melayu
1st time saya dengar nama Wisma Confident ni YB ! :)
ReplyDeleteSaya memang tak akan dan tak larat lah nak shopping area Jln TAR dan yg seangkatan dgn nya tu YB! Sesak!
Dah lama dah org2 sini sebut Wisma Confident.... hehehe
DeleteSaya pun tak minat sangat nak shopping tempat yg bersesak2 mcm tu tapi kalau saya tak ikut tak patut juga sebab yg nak dicari tu baju Melayu utk saya dan anak2 lelaki. Emak Adam dan anak2 pompuan dah siap baju kurung mereka sebelum puasa lagi hari tu.
Semalam org memang mcm sardin. Ada juga yg cakap mcm ulat tahi .... huhuhu
hari ni suami kaklong bawa kami sekeluarga ke nilai 3..habis shopping barang rumah ke pkns & sacc s.alam pulak...orang macam ulat taik...heheheh...harga pulak,ya rabbi..mahal betul baju2 kat sana,dah tak larat..ajak balik..beli juadah kat bazar situ...ingat nak terus balik,rupanya dia bawa pulak ke JLN TAR...dah!..tak kose lagi nak turun...pergi hari lain pulak...huhuhu!
ReplyDeleteShopping sakan nampaknya kaklong.
DeleteDah 2 tahun berturut2 kami ke Kompleks PKNS utk cari baju Melayu tapi harga di sana jauh lebih mahal daripada di Jalan TAR. Itu sebab tahun ini emak Adam terus saja ajak ke Jalan TAR. Saya cadangkan kami pergi hari kerja supaya kurang sikit org tapi dia nak juga pergi pada hujung minggu. Memang org mcm ulat tahilah. Nasib baik kaklong tak turun. Kalau tak, nak jalan pun susah.
Esok kalau Kaklong pergi pun rasanya ramai org sebab setiap tahun bila cuti Nuzul Quran, KL jam dgn org Selangor yg datang shopping.
memang rasa letih, hari ini etuza setakat dapat beli 2 conteiner ja kuih bahulu..hehe..sampai kat rumah tertidurlah pula...
ReplyDeleteEtuza beli bahulu tu kat mana? Cukup ke 2 cointainer tu aje. Nanti kami datang beraya dah habis pulak .... hehehe
Deleteassalam YB..sama macam doc.Daddy ZZ...mulanya tadi pelik jugak.lama2 baru perasan..gelak sorang sudahnya..he he..
ReplyDeleteWaalaikum salam Acik.
DeleteGelak pasal Wisma Confident tu ke? Dulu pertama kali saya dengar semasa ceramah oleh seorang ustaz. Saya pun dok gelak masa tu .... hehehe
Saya tak ingat bila kali akhir saya pergi area tu time Ramadhan. Mungkin 6,7 tahun dulu. Saya memang surrender. Tapi tahun ini, insyaAllah, rasa macam nak juga pegi sebab ada banyak masa sehingga malam Raya. Kerana kami akan beraya di sini saya, mungkin malam raya seronok jugak kalu dapat terjah ke sana di saat akhir, kan?
ReplyDeleteBtw, saya masih tak shopping apa pun lagi.
Hanya yg berjiwa kental saja yg sanggup ke area tu time Ramadan! hahaha. Kalau pergi mcm TPM semalam tu yg siap dgn escort siapa pun boleh. Kalau nak dapat feel nya kenalah bersesak2. Kalau bukan bulan puasa rasanya ada yg dah kena raba .... huhuhu.
DeleteMalam raya kalau pergi shopping boleh dapat diskaun sebab peniaga tu pun nak kasi let go saja barang2 yg belum habis. Nanti kalau Azie pergi citerlah kpd kami pengalaman di sana tu.
Eh nape lambat sangat shopping raya tahun ni?
tahun depan pakai baju melayu Johoe eh..
ReplyDeletejimat butang
baju Melayu Johor tak berapa menimbulkan kehenseman kami .... huhuhu
Deletewisma konfiden! blur banyak tadi. hahahaha!!!!
ReplyDeleteLampi* pulak GB pagi ni eh?
Delete* lampi = lambat pick up
almaklum kami masih berdua maka tahun ni sepakat nk pakai baju hari persandingan 7tahun lepas. elok dan cantik lagi :D
ReplyDeleteWah sungguh berkesan herbalife sehinggakan baju hari persandingan boleh dipakai semula!
DeleteNanti jangan lupa tempek gambar kat blog atau fb Yati tau.
tak sangup nak g shopping akhir2..so awal2 dah prepare..huhu
ReplyDeletebestnya kalau dah prepare awal2 semuanya. Kami pun dah prepare serba sikit tapi tang baju Melayu tu aje belum beli ..... huhuhu
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya sensorang je...dah lama tak beli baju raya. Pakai je baju kerja kat sini, bukan ada orang tau pun tu baju raya ke tak ;)
yang penting, baju raya Mek Ayah dah beli, sblm balik minggu depan, soping barang dapur je, tak payah lagi bersesak kat kampung beli barang lagi ;)
Waalaikum salam anyss.
DeleteTerharu pula saya baca. Anyss seorang anak yg baik. Belikan pakaian Mek Ayah dan beli barang dapur utk sambutan Raya.
Cuti raya berapa hari?
'warna hijau macam rumput dah 2 minggu tak kena hujan"
ReplyDeletekemain detail lagi description utk kaler baju tuh
Saya nak sebut hijau mcmana saya tak tahu selain dgn ayat yg saya gunakan itu. Mungkin org landskap ada perkataan khas utk hijau yg macam tu .... ngeeeee
DeleteLaaaa ingatkan ada bangunan baru kat sana... wisma YAKIN rupanya.. adeeeehhh lambat btul pick up pagi ni
ReplyDeleteSaya suka ke sogo tapi pergi bila lagi 2 ke 3 hari nak raya rasa selesa sangat sebab tak ramai orang.
ReplyDelete