Monday, July 16, 2012

Perhutanan Tropika Antarabangsa

Pernahkah anda mendengar perkataan tersebut?  Kalau tak pernah dengar, samalah macam aku.

Itu sebenarnya salah satu kursus yang ditawarkan oleh IPTA di negara kita.

Sekarang ini memang dah macam2 jenis kursus ada di universiti di negara kita.  Maklumlah universiti pun dah melambak.  Itu belum lagi IPTS.  Makanya kursus yg diajarkan pun ada pelbagai bidang.

Masa zaman aku dulu cuma ada 5 universiti awam dan ITM.  Kalau tak cukup tempat di sini boleh mohon belajar di luar negara.  Masa itu kerajaan banyak menawarkan biasiswa.  Tapi masa itu kursus yang biasa diambil ialah di dalam bidang perubatan, seni bina, kejuruteraan dan perakaunan.  Itu yg glamer sikit dibadingkan dengan bidang lain.

Jumaat lepas keputusan permohonan ke IPTA oleh pelajar2 telah dikeluarkan.  Afifah telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Perhutanan Tropika Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah.

Inilah pertama kali aku dan emak Adam tahu ada kursus ini!  

Sebenarnya Afifah tak mohonpun untuk mengikuti kursus ini. Tapi entah macamana kursus itu pula yg ditawarkan.  Sudahlah tu, nun di Sabah pula.

Sebenarnya dia tak kisah belajar di Sabah kerana dia kata lebih jauh lebih bagus.  Emaknya aje yg risau sebab kalau jauh tu susah sikit nak balik2 hujung minggu.  Kalau cuti pendek pun mungkin tak sempat balik atau tak cukup dana.

Sebelum ini dia ada ditawarkan untuk mengambil kursus Software Engineering di UniKL Metro di Kg Baru.  Kalau kat situ bukan setakat hujung minggu boleh balik rumah tapi hari-hari pun boleh.

Sekarang terpulanglah kepada dia nak pilih mana satu kursus.  Ada 10 hari untuk menjawab surat tawaran.

26 comments:

  1. lambakan IPTS menjadikan pendidikan tertiary di malaysia ni, makin di ragui...course yang pelik2 macam ni pun, kena fikir juga job scope nya nanti..sebab kena berfikir secara rasional tentang peluang kerja masa hadapan yg mana,makin lama, makin mencabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. IPTS tak usah sebutlah. IPTA pun banyak yg menawarkan kursus yg pelik2. Kalau saya sebut kursus syok sendiri takut ada yg sentap. Kita harap MQA menjalankan tanggungjawabnya dgn berkesan utk memastikan kursus2 yg ditawarkan di IPTA berkualiti dan mencapai matlamatnya.

      Kelebihan kursus yg tak popular mcm ni bila habis belajar senang sikit nak dapat kerja dgn gomen! Kalau pandai kerja ada peluang naik pangkat jadi Pengarah .... ngeeeee

      Delete
    2. yg ni memang course baru, tak pernah dengar.
      mungkin skop kerja banyak kepada 'research' la kot yer..?

      Delete
    3. Saya dah baca laman web yg berkaitan. Sebenarnya dah lama juga kursus ni - sejak 1998. Tapi setiap tahun tak ramai pelajar yg mengambil bidang ni. Biasanya dalam 30 org setahun.

      Selain dari research agaknya pelajar yg mengambil jurusan ini anak tauke balak kot ..... hehehe

      Delete
    4. kursus ni sbenarnya dah lama cuma tak popular sja. UPM adalah universiti pertama yang telah menawarkan program perhutanan swaktu universiti tersebut ditubuhkan lagi. selepas itu baru lah program tersebut ditubuhkan di UMS. Hanya dua buah IPTA sahaja yang menawarkan program ini iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). so, graduan yg kuar kurang daripada 500 org setiap tahun menyebabkan peluang pekerjaan adalah lbih luas untuk graduan Forestry science.

      Delete
    5. Terima kasih di atas penerangan ini.

      Harap2 peluang pekerjaan adalah luas bagi graduan Forestry Science ni jika mereka nak bekerja selepas tamat pengajian. Kalau tidak, mereka bolehlah menceburkan diri dlm bidang perniagaan w/pun bidang itu lari daripada apa yg mereka pelajari di uni.

      Delete
  2. Ambik yg Sabah tu pun bagus jugak.. Boleh mak dan abah pi hantaq sambil makan angin...

    YB start la tanam balak ataupun ushar2 kebun balak ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya Afifah nak terima tawaran ke UMS tu. Malam tadi kami dah booking flight utk satu famili hantaq dia pi sana hujung bulan 8 nanti. First time semua nak pi pasal most of my family belum pernah ke Sabah. Tapi lepas ni kalau sesiapa nak pi, kenalah modai sendiri ..... hehehe


      Tanam balak lambat nak dapat hasil. La ni saya sedang usaha nak dapat kawasan pembalakan .... hehehe

      Delete
    2. tahniah Afifah! good job on accepting the challenge! saya pun tak pernah dengar nama kursus tu sebelum ni!!!

      kalau saya ke Sabah, mungkin boleh singgah di UMS on the way ke Kundasang, hantar biskut dan roti gardenia butterscotch hehe.

      best of luck afifah!

      Delete
    3. Thanks farrah on behalf of Afifah.

      Emak dia dah pesan nanti bila belajar buat betul2. Cuba capai yg terbaik.

      Eh bolehlah singgah sana bila Afifah dah ada di sana. Boleh bawa lebih sikit biskut dan roti butterscotch tu sebab takut tak sempat sampai Kundasang dah habis .... hehehe

      Delete
  3. tahniah buat Afifah... moga buat pilihan yg terbaik tp rasanya sebab tak ramai yg ambil jurusan ni peluang kerja mungkin lebih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi pihak Afifah.

      Dia sebenarnya tak pasti apa bidang kerja yg ada bagi lepasan jurusan ini tapi dia kata untung2 dapat kerja kat Brazil .... hehehe

      Delete
  4. hheehhe..sy doa semua terbaik buat Afifah
    ingat..rezeki ada di mana-mana. semuanya bumi allah..
    jgn khuatir..usaha, berdoa & selebih nya urusan Allah s.w.t

    Slmt Berpose YB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih yg tak terhingga di atas doa awak tu.

      Sabah atau Semenanjung tetap bumi Allah dan masih di dalam Malaysia. Semoga mendapat kejayaan yg cemerlang di sana.

      Slmt berpuasa kpd Rozita sekeluarga jugak.

      Delete
  5. Yb suruh dia pergi Sabah best boleh lah yb anak beranak jalan jalan cari makan kat sana nanti lagi pun di sabah ni dia dapat IPTA. Saya lebih percaya IPTA dari IPTS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dia setuju utk terima tawaran tu.

      Saya pun dah lama tak ke Sabah. Kalau dulu setahun banyak kali ke sana bila ada projek. Hampir seluruh pelosok Sabah saya dah pergi. Tapi anak2 saya kecuali yg sulung tak pernah ke sana lagi. Kali ini bolehlah bawa mereka bersama.

      Kami pun lebih percaya IPTA dari IPTS. Lagipun yuran IPTS tinggi sangat .... huhuhu

      Delete
  6. ..salam uncle..

    ramai jugak kawan yang ada pengalaman camtu - terutamanya yang lepasan matrix..

    ni kes kena lelong kursus sebab persaingan kan terhad..

    zaren pun dapat matrik tapi baik ambik diploma w/pun lambat setahun/ sebabnya dari diploma kita dah boleh pilih kursus yang kita suka..kalau matrik, macam inilah..

    untuk kursus afifah tu, ada 4 major dalam fakulti tu..dia dapat apa?

    selamat pergi dan kembali

    ReplyDelete
  7. Salam. Mcm mana anak study dlm forestry? Tnya ni sb anak dpt offer course forestry tapi dia nk tolak. Alasan x ambik bio. Mnta pandangan & nasihat sb dah dekat date nk regis. Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.

      Anak saya ok setakat ni. Dia mula menggemarinya.

      Anak encik lelaki ke perempuan? Dia dapat offer utk belajar di UMS atau di UPM dlm bidang tersebut? Hanya dua buah universiti ini saja yg menawarkan kursus tersebut.

      Tak ambil bio pun takpe untuk masuk jurusan ini.

      Delete
  8. salam, boleh saya tahu apakah contoh peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh kos forestry science ini ?

    ReplyDelete
  9. salam, boleh saya tahu apakah contoh peluang pekerjaan yang disediakan kos forestry science ini di Malaysia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam shila

      Saya tiada senarai contoh peluang pekerjaan yang disediakan utk kursus ini tapi mungkin awak boleh bertanya atau layari laman web Fakulti Perhutanan ini.

      Delete
  10. Assalamualaikum..encik. saya student. Dan saya dpt diploma untuk foresty. Betul ke susah nak dapat kerja dalam bidang ni ?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..encik. saya student. Dan saya dpt diploma untuk foresty. Betul ke susah nak dapat kerja dalam bidang ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumus salam naiko liyana,

      Uncle tak pasti susah atau senang dapat kerja dalam bidang ini kerana anak uncle belum grad lagi. Tapi kalau dapat keputusan cemerlang, insya Allah takde masalah dapat kerja.


      Delete
    2. Naiko.. jgn risau.. banyak kerja..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails