Berterawih di Amerika tak sama mcm di sini. Semasa aku mula-mula sampai di sana dulu aku siap membawa buku kecil bacaan semasa solat terawih yg dikeluarkan oleh Masjid Negara. Masa itu pakcik google belum ada nak download benda2 mcm tu.
Di universiti aku ada org Islam dari pelbagai negara. Tapi orang2 Melayulah yg paling ramai - ada dalam 30 orang. Selepas bermesyuarat kami bersetuju melantik seorang rakan kami dari Libya utk menjadi imam solat terawih. Yang jadi bilalnya org Malaysia.
Imam ini bukan hafiz tapi dia nak baca bukan ayat2 lazim semasa solat terawih tu. Jadinya dia pegang al-Quran kecik dan membacanya. Panjang juga bacaannya pada setiap rakaat. Di antara setiap salam tu bilal pun bacalah macam yg biasa kita dengar di masjid dan surau di Malaysia ni. Terkejut pak arab sebab biasanya mereka takde baca apa2 antara 2 rakaat tu. Tapi memandangkan kami dari Malaysia ni lebih ramai, mereka pun meraikanlah cara kami.
Memandangkan puasa masa itu pada musim panas, waktu Maghrib dan Isyak agak lambat. 9:30 lebih baru masuk Isyak. Habis terawih dah dekat pukul 11:30. Itupun 8 rakaat aje. Ada yang terus bersahur sebab takut tak terbangun kerana waktu imsak sebelum pukul 5 pagi.
Ada satu ketika semasa cuti musim panas, aku dan 4 orang kawan mengembara di kawasan tengah Amerika semasa bulan puasa. Pengembaraan itu membawa kami sehingga ke Denver, Colorado. Kerana perbezaan zon waktu selama sejam, waktu berbuka di Denver dekat pukul 9:30 malam. Kami diajak berbuka di rumah seorang berbangsa Arab pada petang itu. Isterinya telah memasakkan nasi Arab pada hari itu. Kenyanglah kami berlima malam itu. Pada sebelah malamnya kami mengikut beliau ke Masjid Denver untuk solat Isyak dan terawih. Malam itu kami beriktikaf di masjid untuk mencari pahala.... cewah. Duit pun jimat sebab tak payah sewa hotel .... ngeeee
Imam masjid itu aku rasa seorang hafiz. Setiap rakaat solat terawih itu panjang bacaannya. Habis salam yg pertama dah pukul 11 lebih. Kami dah mula mengantuk dan letih sebab seharian dalam perjalanan. Tapi kami gagahkan juga teruskan berjemaah. Dalam nak tunggu untuk habis rakaat ketiga dan keemapat tu aku rasa aku dah ke laut. Tahu2 imam dah beri salam!
Kalau nak tunggu juga sampai habis 8 rakaat, aku pasti aku tergolek masa imam tu sedang membaca surah. Jadi aku pun ke belakang dan teruskan 4 rakaat lagi itu secara solo. Rupanya bukan aku saja yg buat mcm itu. Kawan2 aku dan beberapa jemaah lain yg aku difahamkan dari luar Denver juga sembahyang sendiri utk menghabiskan terawih masing2.
Selesai terawih, kami pun tidur di kawasan belakang masjid sementara jemaah lain meneruskan solat terawih mereka bersama imam. (nampak sangat lemah iman aku ni masa tu .... huhuhu).
Pagi itu sekitar pukul 4:30 kami dikejutkan utk bersahur. Di dalam ramai2 orang itu ada juga yg liat nak bangun. Dah nak masuk Subuh barulah mereka ini bangun dan kelam kabut bersahur sehingga bilal meminta mereka berhenti makan kerana dah habis waktu.
Aku masih ingat lagi bilal itu cakap, "Brother please stop eating because I want to azan."
ada moreh moreh tak kat sana..?
ReplyDeleteKalau ada kuih lebih yg jemaah bawa tu, itulah morehnya. Kalau tak setakat minum air dan makan kurma.
Deleteagak agak kalau sekarang dapat imam yg macam tu , leh tahan tak ??
ReplyDeletetak tahan rasanya. Kalau lama sikit sembahyang mulalah saya ni mengantuk. Tapi habis sembahyang ok pulak tu .... huhuhu
Deletehehehe..bagus bilal tu..siap mintak permision dulu
ReplyDeleteKami nak tergelak pun ada bila bilal tu cakap mcm tu. Dia tahu kalau dia azan kira batal puasa mamat dua tiga org tu .... hehehe
Deletemmg memori yg tak boleh dibeli dgn duit tu YB
ReplyDeletememori yg menambah pengalaman hidup. Jauh berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman ..... cewah.
Deletewahhh..semua orang mengimbas kembali kenangan berpuasa di rantau orang...teringat pengalaman kam iuga...hurmmm ..ada bahan nak tulis di blog ni...hehe
ReplyDeleteJomlah kongsikan pengalaman Azzah berpuasa di Athens dulu. Tentu meriah sebab di sana lebih ramai org Islam berbanding di tempat saya belajar tu.
Deleteheheh. ada tak mintak bilal tu pause azan jap sebab makan tak abis lagi? :p
ReplyDeleteBukan setakat minta bilal tu pause tapi minta dia lambatkan azan.
DeleteLebih kurang mcm ni permintaan brother tu: "please don't azan first. Let me finish my food!"
Ha...haa.haaa..siap mintak izin nak azan tu. hee
ReplyDeleteBilal budiman .... hehehe
Deletememang pedih sikit puasa time summer.. like now in uk we puasa like alomst 19 hours... sahur 3 ish... and masuk iftar 9 ish.. isyak pulak 11camtu.. sah2 la tarawikh habis lewat almost 1 am... then stay je untuk sambung sahur... actually tired bukan sebab puasa lama.. sebab mkanan tak smepat hadam n masa tidur jadi lain.. hehehehe
ReplyDeleteits unique anyway... bila lagi nak merasa kan... :D
I bet u must miss those beautiful moments! :D
Setiap lebih kurang 30 tahun tahun Hijrah bergerak ke depan setahun berbanding dgn tahun Masihi. Jadi skrg Ramadan jatuh di musim panas semula seperti masa saya berada di AS 30 tahun dulu.
DeleteOleh itu zafi dan rakan2 di UK terpaksalah melalui waktu puasa yg panjang. Kita tak komplenpun pasal waktu yg panjang itu tapi memang ada cabarannya yg tak kita temui jika berpuasa di tanahair sendiri.
Seperti yg zafi katakan, its unique. Satu kenangan indah utk disimpan dan dikongsi dgn rakan2 dan kaum keluarga.
bestnyer nasi arab... :)...
ReplyDeleteMemang best sebab nasi arab ori ditambah kami sedang lapar masa itu ..... hehehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWah kat sana tu tebal saljinya kalau musim sejuk. Kalau baru sampai memang teruja giler tengok salji.
DeleteOh kes tembak tu kat situ rupanya.
Kiranya en_me ni karkun lah ya? ... ngeeee
Masa en_me beri ucapan slmt bersahur awal pagi tadi saya tak buka pc. Apapun terima kasih.
Slmt berpuasa dan jangan lambat ke param petang ni kalau tak nak putih mata .... hehehe
pengalaman terawih kat US tu lebih kurang sama je yeee.. smpi ada bebudak malaysia buat solat jemaah terawih sendiri kat tempat lain xnak join pak arab yg baca surah Quran panjang2 tuuu.. ehhee
ReplyDeleteMungkin kalau musim winter budak Malaysia sanggup juga tunggu terawih yg panjang tu sebab masuk waktu Isyak awal sekitar pukul 6 ptg. Habis terawih kuat2 pun pukul 8 malam.
DeleteTapi bila summer nak tunggu habis terawih sampai pukul 1 pagi itu yg ramai buat jemaah di tempat lain atau sembahyang sendiri ..... hehehe
tekekeke baca ayat last "broter please stop eating, i want to azan".. bilal lak kena tunggu orang habis makan sahur..
ReplyDeleteKami pun tergelak jugak masa dengar bilal tu cakap mcm tu. Tengok jam memang dah masuk waktu Subuh!
DeleteYb, hubby kita suka pergi berbuka dan berterawikh di Masji LA, sebab kat situ pak pak arab bersedekah makanan berlambak lambak, diorang suka masak beriani kambing. Saya pulak tak berkesempatan berterawikh sebab masa tu saya bawa anak yang baru berumur setahun lebih, tak ada orang nak jaga so duduk dan bersembahyang dirumah je.
ReplyDeleteMasjid atau Islamic Center yg ramai pak Arab ni makan memang mewah. Mereka ni suka bersedekah utk berbuka. Tapi menu dia sama saja sebab dia takde buat kuih muih mcm kita ni. Siapa yg suka makan nasi briyani atau nasi arab bolehlah hidup sebulan tu .... hehehe
DeleteOrg Arab kadang bawa anak mereka yg kecik ke masjid dan si ibu akan bersembahyang mcm biasa. Kalau anak dia bangun, dia boleh ambil dan dukung anak tu.
Org kita takdenya nak buat mcm tu .... ngeee