Ini kisah masa aku belajar dulu.
Kali pertama aku dan kawan2 berpuasa Ramadan di sana kebetulan musim panas. Jadi waktu berpuasa adalah panjang jika dibandingkan dgn di tanahair. Subuh masuk pukul 4 lebih. Aku dah tak ingat dengan tepat pukul berapa dan waktu buka sekitar 8:30 malam.
Pada musim panas kebanyakan pelajar mat salleh bercuti. Bagi yg ambil kelas pun biasanya setakat satu atau dua kelas saja.
Memandangkan suku (universiti kami menggunakan sistem quarter berbanding dgn sistem semester yg digunakan oleh kebanyakan universiti lain) itu adalah suku pertama kami belajar di situ, aku dan adik aku pulun ambil 4 mata pelajaran dgn 16 jam kredit. Mat salleh ingat kami ini crazy.
Tapi bila dikenangkan semula elok juga kami ambil banyak kelas sebab terisi juga masa berpuasa itu. Walaupun mcm itu sebelah petang kami masih ada banyak masa sebelum tiba waktu berbuka. Masa aku belajar dulu bukan ada pc. Blog dan fb lagilah takde.
Jadi untuk mengisi masa menunggu waktu berbuka, kamipun pergi main tenis. Nak main bolasepak terlalu banyak menggunakan tenaga dan menyebabkan dahaga. Tenis ini slow sikit permainannya dan kami akan pastikan permainan habis 10 - 15 minit sebelum waktu berbuka. Kira2 sempat untuk mandi. Bagi rakan serumah yg kena giliran memasak pada hari tersebut, kenalah dia balik sejam sebelum tu utk memastikan sempat memasak. Dia Amerika bukan ada pasar Ramadan mcm di sini.... huhuhu
lama tu posa...tp rasanya panas di sana x spenas di malaysia kan? lainlah skrg sbb ramai yg mati kepanasan di NY.
ReplyDeleteKalau musim panas memang panjang waktu berpuasanya. Sana musim panas lebih panas daripada di sini. Suhu siang antara 38 - 40 darjah tu biasa. Kadang2 lebih daripada itu bila ada heat wave. Masa mcm tulah ramai yg mati terutama org2 tua.
DeleteKita pun dah rasa berpuasa di dua tempat, tahun pertama di Los Angeles dan tahun ketiga dan di Oklahoma. Paling teruk berpuasa di Oklahoma, saya pernah berbuka pada pukul 9.15 malam tu pun hari masih terang lagi. Husband kita bulan puasa ada kelas malam, nasib pensyarah nya baik lagi pun pensyarah tu Vietnam Veteran dan pernah ke Malaysia so dia sangat memahami.
ReplyDeleteOklahomo lebih ke barat daripada Illinois. Itu sebab waktu berbukanya lebih lambat daripada kami. Ada sekali tu kami ke Denver di bulan Ramadan. Di sana buka pukul 9:30 malam... huhuhu.
DeleteKalau kelas malam di bulan puasa ni lagilah letih sebab tak dapat berbuka dgn sempurna.
tahun bila tu kang YB.. uhhuuu
ReplyDeleteSaya mula2 sampai sana tahun 1980. Dah lama tu. Ada pembaca blog ni yg belum lahir pun masa tu! hehehe
Deletemain tenis? hu tak sanggup.
ReplyDeletePermainan lain seperti bolasepak atau bola keranjang lebih memenatkan. Nak duduk saja lagilah terasa lama. Itu sebab kami main tenis .... ngeeee
Deletetak pernah pose kat obersi.
ReplyDeleteduk dendiam.
:P
Puasa kat Malaysia lebih meriah dan senang nak beribadat seperti nak solat terawih dan bertadarus. Kat obersi banyak cabarannya.
Deletesaya alhamdulillah sepanjang 4 tahun berpuasa di sana memang buka awal sokmo hehe. i remember pernah berbuka around 3pm++! or was it 4pm++. awal gila la. dah la sejuk kan, memang tak rasa macam berpuasa pun. alhamdulillah.
ReplyDeleteUntunglah farrah bulan puasa musim sejuk. Memang pendek aje masa berpuasa. Dahlah buka pukul 3 atau 4 lebih sahur pun pukul 7 pagi! Macam sarapan aje .... hehehe
Deletedua dua kembar satu universiti eh bang?
ReplyDeleteHa'ah kami satu universiti dan kursus yg sama.
Delete4 kali Ramadan di sana dulu terkena musim panas ,berbuka dalam kelas ,mula2 pensyarah terkejut bila budak2 Malaysia serentak buka tin cold drinks bila masuk waktu maghrib (dalam 8.45pm), hebis kelas baru terkam makanan , makan aje apa yang ada, coklat le dulu :))
ReplyDeleteLebih kurang sama masa kita kat sana. Saya senior dalam 2-3 tahun aje daripada awak. Jadi kita sama2 rasa berpuasa musim summer.
DeleteWah kat universiti awak budak2 ambil kelas yg time buka puasa ya? Kat tempat kami, semua ambil kelas tengahari dan petang. Takde yg ambil kelas malam. Yang pagi pun takde sebab susah nak bangun lepas solat Subuh ..... hehehe
wahhh sempat main tenis lagi..tak dahaga ke musim panas lagi tu?
ReplyDeleteMahunya tak dahaga. Itu yg berhenti main ngam2 nak buka .... huhuhu
Deletesayang awak tak tunjukkan gambar .. kalau tidak lagi nostalgik.
ReplyDeletewalaupun waktu berpuasa tu panjang, tapi tidak pulak terasa lapar sangat kan ?
Saya tak rajin nak korek gambar2 dulu yg entah dah kat mana tu. Tadi pagi saya tengok google map dan ceritakan kpd anak saya tempat2 di kampus dan kenangan semasa saya di sana.
DeleteItulah kan. Kat sana tak rasa lapar sangat w/p waktu puasanya panjang. Kalau tak, mahu guling2 kelaparan.... huhuhu
apa lauk yang di masak untuk berbuka dulu tu?
ReplyDeleteBergantung kpd siapa yg masak. Kalau kawan saya yg seorang tu dia suka masak ikut buku resepi dan cuba masakan yg susah2. Kadang dia masak krutup. Jenuh kami tunggu sebab dia kata api tak boleh besar .... huhuhu.
DeleteKalau kawan yg seorang lagi tu dia masak simple2. Kami semua yg satu rumah dgn dia akan komplain sebab asyik masak masakan yg sama - telur dadar!
YB, ada tak gambar2 masa study kat US tu? boleh la share kat blog macam uncle Hamzah buat tu..ekekeke
ReplyDeleteDulu memang banyak ambil gambar tapi entah dah kemana gambar2 tu sebab kami dah banyak kali pindah. Emak Adam rasanya tahu dalam kotak yg mana satu kami simpan gambar2 tapi takkan nak suruh dia cari kotak tu setakat nak keluarkan gambar2 lama saya.... hehehe.
DeleteAbg Hamzah memang kelas. Banyak koleksi yg dia kongsi dgn pembaca blog dia. Tabiklah kat dia!
kalau kena gilirab YB yg masak,apa menu selalu Yb masak?
ReplyDeletesila jawab tanpa segan silu
Saya biasa masak kurma atau kari ayam. Guna rempah serbuk yg kami beli di kedai Siam di St Louis. Tinggal bancuh dgn air dan campur susu segar menggantikan santan. Rasanya sedap hingga menjilat jari..... hehehe
Deleteselamat berpuasa ayah adam, mak adam ,kakak adam dan abang adam serta adam eh...adam puasa ke?
ReplyDeleteSelamat berpuasa kpd Eja sekeluarga juga. Tentu terasa sunyi berpuasa tanpa en suami di sisi.
DeleteAdam kecik lagi utk mula berpuasa. Tapi kadang2 dia makan nasi dan kadang2 cuma minum susu di waktu siang.
memori2 indah zaman muda mudi... mahal wo...
ReplyDeletekenangan yg tak ternilai tu anaa.
DeleteTapi bila anaa sebut mcm tu tiba2 terasa dah tua ..... huhuhu