Untuk berkembang di dalam bisnes kita bukan saja kena mengekalkan pelanggan sediada tapi menambah bilangan pelanggan. Bergantung kepada bidang perniagaan, mendapatkan pelanggan baru mungkin merupakan satu cabaran yang hebat. Perkara ini lebih sukar untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan jika dibandingkan dengan penjualan barangan.
Alhamdulillah setelah berusaha dari penghujung tahun lepas lagi, akhirnya semalam syarikat kami mendapat surat perlantikan (LA) menjadi Project Management Consultant untuk sebuah syarikat tempatan yg besar untuk projek mereka di Pulau Pinang. Bukan satu malah dua projek sekaligus. Semoga mereka akan terus menggunakan perkhidmatan syarikat kami untuk projek-projek mereka yang akan datang dan menjadi asas untuk syarikat lain juga melantik kami.
Aku buat entri ini untuk mengingatkan aku satu hari nanti hari bersejarah itu bagi aku dan syarikat kami. Ianya juga aku harap dapat menyuntik semangat kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam bidang perniagaan.
Mulai petang semalam aku dan assosiate aku di sana sibuk mengatur perancangan untuk menjamin kelancaran projek-projek ini. Kejayaan pelanggan dan juga kami banyak bergantung kepada berapa cepat kami dapat melaksanakan projek ini.
Apa yang menarik perhatian aku di dalam LA diletakkan perkataan Ar. di depan nama aku. Ar. ini ialah singkatan untuk Akitek seperti juga Dr. untuk Doktor, Ir untuk Engineer dan Sr. untuk Surveyor.
Aku ni bukanlah akitek kerana aku tidak mengambil jurusan tersebut semasa belajar dulu. Dan aku juga tidak berdaftar dgn Persatuan Akitek Malaysia. Makanya aku bukanlah ahli APAM. Kalau apam gula hangus emak Adam biasalah aku makan.
Dah ke laut pula aku ni. Oklah aku nak sambung kerja untuk pelanggan baru aku tu.
Alhamdulillah & Tahniah.
ReplyDeleteSyukur dan terima kasih.
DeleteRezeki Ramadhan.. Alhamdulillah...
ReplyDeleteSaya ni bab nak tarik pelanggan tu memang fail.. Takde ilmu dalam bidang bisnes ni.. huhu..
Syukur rezeki menjelang Ramadan. Tapi bayaran pertama mungkin 2-3 bulan lagi - itupun kalau projek berjalan mengikut perancangan. Buat projek ni bayaran bukan terus dapat mcm kita berniaga di pasar Ramadan .... huhuhu
DeleteMingkin Cik Azz fail bab nak tarik pelanggan tapi bab lain awak terer. Semua org ada kelebihan dan kekurangan mereka masing2.
alhamdulillah..cepat siap..duit raya la tu..
ReplyDeletemacam2 kuih emak adam boleh buat..bukan je apam gula hangus..he he
Projek ni bukan akan siap sebulan. Setahun pun belum tentu lagi. Duit raya kenalah cari dari sumber lain atau daripada projek2 terdahulu.
DeleteMemandangkan duit tak akan dapat dari projek ini utk hari raya, apam gula hangus pun takdelah. Apam bodoh tanpa kelapa ajelah nampaknya .... ngeeeee
Tahniah YB.
ReplyDeleteAr Badul tu arkitek ke? ~hahah
Terima kasih.
DeleteCara saya tulis tu macam besar giler projek ini tapi sebenarnya sederhana saja.
Keluarga Ar Tompel mcm istimewa. Anak beranak dapat gelaran akitek w/p tak tahu buat apam ... hehehe
Macam anak2 Encik Baba yg dapat double BA w/p tak masuk uni..... ngeeee
Salam kenal...singgah menjelang ramadhan...wahhh...masyuukkkk
ReplyDeleteSalam kenal kembali. Terima kasih sudi singgah di sini.
DeleteItu sebahagian daripada tugas kami. Kalau takde projek, susah juga nak bayar gaji kakitangan dan perbelanjaan lain .... huhuhu
apam gula hangus, utk berbuka pose nnti..ahahhaah
ReplyDeletetakdelah buat setiap hari. Mungkin pada hujung minggu sebab boleh bawa utk majlis berbuka di surau kami juga.
Delete..salam..
ReplyDeletesyukurlah, semoga uncle sentiasa ada kejayaan bersama..boleh la claim rangka ayam
Pegawai Siemen takkan nak makan rangka ayam? hehehe
DeleteYB Yunus Badawi ..
ReplyDeleteboleh?
Amin....?
:)
Alhamdulillah syukur, lepas ni boleh lah jalan jalan cari makan kat Pulau Pinang pulak kan.
ReplyDelete