Friday, July 20, 2012

Kisah Rezeki - Datang Cepat, Pergipun Cepat

Dua hari lepas aku mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan dari Segamat.  Dia ini dulu kontraktor sykt kulit kerang semasa aku menjadi pengurus kejuruteraan di sana.  Tapi kerana pesaingan sengit sykt dia terkeluar daripada panel kami.  Sejak itu dia buat kerja kecil2an dan juga menjual barangan elektrik keluaran negara China.  Selain itu dia juga ada sebuah hotel tak berbintang di bandar Segamat.  Walaupun hotel biasa saja dengan kadar sewa RM50 utk satu malam, dia mampu mendapat RM10K sebulan hasil daripada hotel itu.  Sementara itu bumbung hotelnya pula disewakan utk meletakkan pemancar utk sykt telefon mudah alih.  Kalau tak silap aku dia dibayar RM8K sebulan.

Beberapa tahun lepas dia mengembangkan usaha dengan menternak burung walit utk sarangnya.  Pada mulanya adiknya yg buat kerja ini dgn menggunakan bangunan peninggalkan mendiang bapa mereka.  Sebelah bawah bangunan itu disewakan utk kedai minum manakala sebelah atas jadi sarang utk burung.

Semasa itu adik dia boleh mendapat RM18K sebulan hasil jualan sarang burung. Kerja mengutip sarang burung dilakukan 2 kali sebulan.  Hari2 lain adik dia rilek di rumah atau pergi makan angin bersama isteri.

Dua tahun lepas rakan aku datang ke rumah aku semasa Hari Raya.  Dia pun sudah ada bangunan utk memelihara burung walit ini.  Sebulan dia boleh dapat RM24K.  Dan hasilnya semakin hari semakin bertambah sebab burungnya semakin membiak.

Dia menawarkan aku menyertai perusahaan burung walit ni dan sanggup memberi bantuan teknikal secara percuma.  Kalau orang lain, khidmat nasihat itu pun dia cas berbelas ribu ringgit.

Itulah rezeki mereka adik beradik ketika itu.  Duduk goyang kaki tapi duit masuk mencurah-curah.

Tapi semasa dia call aku dua hari lepas dia bertanya kalau aku ada peluang utk dia membina stesen minyak.  Dia mahu kembali aktif di bidang pembinaan.  Semuanya kerana perniagaan sarang burung di Malaysia sekarang hampir lumpuh sejak negara China mengharamkan pengimportan sarang burung dari Malaysia kerana dikatakan mengandungi bahan nitrite melebihi 30 ppm iaitu had yg dibenarkan.

Aku tanya dia berapa dia dapat dari hasil jualan sarang burung dia sekarang dan dia beritahu aku nak dapat RM5K pun susah.  Skrg 1kg sarang burung cuma RM1K.  Pada masa kemuncak dulu 1kg sarang boleh mencecah RM8K.  Bayangkan kalau 5kg dapat dihasilkan sebulan dah dapat RM40K kawan aku ini masa itu.

Inilah kisah rezeki.

30 comments:

  1. sambil minum kopi sambil dengar bunyi burung walit, syok gak tuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dengar bunyi burung walit tu syoklah juga tapi kalau kena berak dek burung tu yg tak syok .... huhuhu

      Delete
  2. salam ramadan buat yb sekeluarga. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadan buat juliet sekeluarga jugak.

      Tak dan nak makan sama di Ezzaty nampaknya .... ngeeee

      Delete
  3. Rezeki pun bukan datang tergolek golek kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena usaha kalau nak dapat rezeki. Dan selepas berusaha kita serahkan kpd Allah. Kalau Dia nak bagi banyak, banyaklah kita dapat. Kalau Dia nak bagi sikit, sikitlah yg kita dapat. Kalau Dia tak nak bagi pun redha ajelah. Teruskan berusaha ....

      Delete
  4. rezeki org.
    hotel dia tu beroperasi lg tak??

    salam ramadhan utk YB & family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu saya dengar 2 tingkat yg atas hotel tu dah dijadikan rumah burung. Itu yg dia dapat berpuluh ribu. Burung sewa lebih mahal dari org sewa .... hahaha


      Salam ramadan utk Kakngah dan famili jugak.
      Macamana keadaan abem? Harap dah sembuh.

      Delete
  5. ..salam..

    yeke uncle..high return, high risk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam zaren.

      Tak lama dulu memang ramai org masuk industri sarang burung ni bukan saja di Johor tapi hampir di seluruh negara. Kat kampung emak Adam pun ada beberapa rumah sarang burung ni yg diusahakan oleh kaum Cina. Keghairahan ini sebab return masa itu tinggi. Tapi sekarang ini dah nak KO.... huhuhu

      Delete
  6. emm? bos aku tak sempat hijrah nak jual burung walit. anyhow kawan ncik memang pandai berniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos awak dah berapa lama pelihara burung tu? Mungkin dia nak tunggu sarang tu banyak dulu sebelum menjualnya.

      Kawan saya tu dari segi akademik tak terer tapi dah memang adat bangsa mereka biasa berniaga, semua perkara boleh jadi wang..... ngeeee

      Delete
  7. tapi sempat lama jugak lah dia berjimba dengan keuntunga burung walid tu kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sebulan 40K, setahun dah dekat setengah juta hinggit. Kalau 4 tahun dah 2 juta. Dah jutawan dia tu .... huhuhu

      Delete
  8. Yb rezeki ni kadang2 dah masuk dalam mulut pun boleh terkeluar balik, ini lah dia hidup selagi kita rajin berusaha dan berdoa insyaallah rezeki tetap ada walqupun dengan beribu dugaan dan rintangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangankan dalam mulut, dah dalam perutpun boleh terkeluar sebab muntah .... huhuhu

      Kita kena gunakan akal yg Allah beri selain dari kudrat utk mencari rezeki. Ekonomi K sekarang tak bermakna org yg membanting tulang paling teruk akan mendapat hasil paling banyak.

      Delete
  9. Selamatt berpuasa.sini dah start today.

    Wslm

    Nor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt menyambut Ramadan Nor.

      Biasalah kat Malaysia ni selalu lambat sehari. Tapi kita sebagai rakyat hanya menurut apa yg diputuskan oleh mereka yg diberi kuasa.

      Delete
  10. kalau dah rezeki kita, rezeki kita jugaklah kalau tak dah dapat dekat kita pun boleh pergi kat org lain.bukan rezekilah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu kita jangan irihati dgn rezeki yg org lain dapat sebab itu dah ditentukan utk dia. Yang ditentukan utk kita, kita tak tahu lagi. Mungkin hari ni kita dapat tak banyak tapi mana tahu esok lusa melimpah ruah.

      Delete
  11. yerlah ... rezeki ...
    dulu Chenta buat CyberCafe sebulan dapat RM5k .. belom dapt balik modal dah tutup ..

    ^___^
    belom ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan tu sampai RM5K sebulan. Kenapa pulak tutup cepat sangat? Dalam berniaga ni kita kena bersedia dgn pelbagai kemungkinan .... huhuhu

      Delete
  12. kalau dia beringat dan buat saving, saya rasa dgn pulangan ~ 5K sekarang, takde masalah dah kot..

    Tapi itu lah kan..
    Kena ingat pasala keberkatan rezeki..
    Tapi kawan YB tu cina kan..hehe

    ~salam Ramadan ya YB~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi orang yg dah biasa dapat berpuluh2 ribu sebulan, 5K tu perit juga nak teruskan hidup. Mungkin sebab itu dia mencari peluang lain termasuk di dalam bidang pembinaan di mana dia pernah terlibat dulu.

      Dia perlukan duit utk membiayai anaknya yg belajar di Singapura selain utk kegunaan dia sekeluarga di sini.

      ~salam Ramadan utk DZ sekeluarga ~

      Delete
  13. rezeki ni mcm ombak juga, ada pasang ada surut. dugaan semua tu..yg penting, sumbernya halal. byk atau sikit..perkara kedua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau org makan gaji ianya macam ombak tasik. Tak banyak gelombang. Bagi yg berniaga atau kerja sendiri ianya mcm ombak laut. Bila pasang, ramai yg senyum tapi bila surut nak beli maggi sebungkus pun susah .... huhuhu

      Ustaz saya pesan sumber rezeki biarlah yg halal, baik dan berkat.

      Delete
  14. Rezeki banyak atau sikit itu soal kedua.. Yang pertama sekali ialah biarlah rezeki tu berterusan... Takut jugak bila tiba2 je langsung takde income.. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jalan yg selamat. Rezeki yg berterusan ini biasanya bagi mereka yg makan gaji. Bagi yg berniaga atau kerja sendiri mcm kawan saya tu, ada masanya rezeki datang mencurah2 dan ada masanya sikit saja.

      Inilah pentingnya financial planning .... hehehe

      Delete
  15. Salam di pagi 1 Ramadan buat YB sekeluarga .

    Rezeki ada di mana2 , tinggal lagi kadangkala datang mencurah2 , ada masa seciput aje , yang utama, teruskan usaha , rezeki pasti ada InsyaAllah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan buat Rina sekeluarga. Semoga diberi kesihatan yg baik utk melaksanakan ibadah di bulan yg mulia ini.

      Kita memang dituntut utk mencari rezeki. Setelah berusaha, redhalah dgn apa yg diberi oleh Allah.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails