Tuesday, April 17, 2012

Sementara Nak Mendapatkan Yang Besar Yang Kecil Inipun Sapu Dululah

Kalau kita tanya sebahagian besar kontraktor sekarang ini kebanyakannya akan beritahu sekarang ni susah nak dapat projek.  Kalau dapat projek pun susah nak dapat bayaran penuh.  Inilah antara cabaran menjadi kontraktor.

Aku yg baru berkecimpung di dalam bidang ini juga menghadapi masalah ini.  Projek yg agak besar jarang2 dapat.  Kalau nak dapatpun kena berusaha berbulan2 bahkan ada yg dah bertahun2 utk mendapatkannya.  Sementara nak dapat projek2 tersebut, aku masih perlu membayar overhead syarikat termasuk gaji pekerja.

Jadi salah satu cara untuk meringankan bebanan ini ialah dengan melakukan projek2 kecil dan sederhana.

Siang semalam (Isnin) sykt kami memulakan satu projek di kawasan Senawang.  Nilai projek cuma beberapa ratus ribu ringgit saja.  Tempoh projek dalam dua bulan.  Sebulan daripada tempoh tersebut untuk membeli peralatan seperti tangki bawah tanah dan pam minyak.


Jengkaut memulakan kerja menggali lubang untuk menanam tangki.

Aku berharap keuntungan sedikit daripada projek ini mampu menampung perbelanjaan sykt utk sebulan.  Mungkin tak sampai utk sebulan! Bulan depan kena cari projek lain pula utk perbelanjaan sykt yg seterusnya.

Kepada yg bercita2 nak jadi kontraktor tu eloklah fikir masak-masak!

21 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah boleh. Terima kasih kpd kawan2 termasuk alien yg memberi semangat dan kata2 perangsang.

      Delete
  2. Replies
    1. Amin.

      InsyaAllah takde masalah besar utk projek di Senawang tu. Cabarannya ialah utk mendapatkan projek2 lain yg lebih besar.

      Delete
  3. besar tu YB....ratus ribu tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk projek pembinaan ratus2 ribu itu tak dikira besar. Juta2 tu biasa sebab skrg projek bernilai berbillion2 mcm projek MRT, LRT, landasan berkembar, Lebuhraya Pantai Barat atau Menara Warisan.

      Delete
  4. kecik lelama jadi besar kan?
    besar lelama jadi godang lah pulak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah yg saya rancang dan harapkan.

      Barulah boleh sykt kami berkembang dan menyediakan peluang pekerjaan kpd lebih ramai org2 kita.

      Delete
  5. tak dinafikan sekarang ni projek mmg susah dan dapat payment full. company saya jadik main con (kononnya sebab contact besau) kat projek kat ECM, huuu...rugi jadiknya.

    malas nak nasihat dan cakap banyak sebab it's between boss dan dia punya partner. whatever.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dapat projek skrg ni banyak sangat lobi melobi. Utk itu bukannya free. Bila dapat projek pula, bayaran ada yg sangkut. Main con kata belum dapat bayaran akhir jadi tak boleh nak bayar kita yg sub con ni bayaran terakhir kita sedangkan masa buat perjanjian takde pun kata kena tunggu bayaran daripada klien dia.

      Kadang jadi staf mcm GB ni lebih senang berbanding jadi majikan .... ngeeee

      Delete
  6. Tgh bengang dgn satu Majlis Daerah neh..
    Buat temuduga hanya utk mengaburi mata jer..
    Kita penat2 buat persiapan, p sane buat
    presentation bagai,upenyer dorg dah ade calon
    dah siap2..nyusahkan org jer..ingt x kuar modal
    ke buat semua tu...Kalau tau aritu yun amik kabel
    paling besor...Tp nk rezeki berkat kan..sabo jelah! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak biasa org buat mcm tu. Mereka dah ada calon yg nak diberikan projek tapi masih panggil org lain utk buat presentation atau kemukakan sebut harga. Sampai tak sempat nak blogging oopss tak tidur kita dibuatnya tapi wayang aje. Itu belum masuk lagi modal yg kita kena keluarkan.

      Lain kali yun amiklah kabel yg paling besar. Tapi kabel aje tak cukup kalau takde karannya... hehehe

      Delete
  7. Salam yb
    Mmg susah jadi kontraktor
    Otak kena ligat..
    So, camane ye nak kasi otak ligat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dang Tari,

      Jadi apa saja otak kena ligat kalau nak berjaya. Kena terus mencari peluang dan berfikir secara kreatif dan lateral. Kena rajin bercampur dgn org dan kembangkan network.

      Delete
  8. Good luck en, with your net project!! insyaallah success!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zafi. Semoga kami lebih berjaya di masa2 akan datang.

      Delete
  9. Insyaallah...nanti dapatlah projek juta jutaan yb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... saya kenalah menyediakan diri dan sykt secukupnya sebelum melaksanakan projek bernilai puluhan atau ratusan juta ringgit.

      Tolong doakan kami ya.

      Delete
  10. assalamualaikum...saye baru menceburi bidang ni...saye nak tnye tuan puan sekalian...macam mane pengalaman tuan puan mendapatkan projek kecil mase mula2 menceburi bidang ni...saye skrang ni tengah buntu...marketing bagai nak gila..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...saya baru menceburi bidang ni..pengalaman stakat jage projek je...saye nak tahu dengan lebih lajut..cara tuan2 mendapatkan projek2 kecil mase mula2 menceburi bidang ni...saye tengah buntu sgt ni...harap tuan puan dptlah kongsi pengalaman dengan saya yg baru setahun jagung ni...

    ReplyDelete
  12. Waalaikum salam sdra anep,

    Bidang pembinaan ni memang nampak glamer tapi bukan senang nak dapatkan projek kerana jumlah kontraktor di Malaysia ini antara yg paling ramai di dunia berbanding dgn jumlah penduduk. Sudahlah nak dapatkan projek susah, nak dapatkan bayaran dan keuntungan lebih sukar lagi. Itu semua asam garam bidang ini.

    Kalau nak dapatkan projek kecil mula2 kita kena tahu kekuatan atau kelebihan kita. Contoh mcm kami, kami ada kepakaran di dalam pembinaan stesen minyak dan fuel system termasuk memasang tangki bawah tanah. Ramai kontraktor yg lebih besar tiada kepakaran di dalam bidang ni. Jadi di situlah kami boleh menawarkan perkhidmatan kami.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails