Ramai org terutama pembaca tegar blog aku ini tahu aku dulu belajar di VI. Ada beberapa kali aku buat n3 tentang sekolah menengah aku itu.
Sebenarnya sejak tamat MCE (masa itu pelajar batch aku ambil MCE dan bukan SPM kerana VI adalah sekolah aliran Inggeris) aku tak pernah ke sekolah aku itu. Bahkan semasa keputusan MCE keluarpun aku tak pergi ke sekolah kerana masa itu aku dah berada di AS. Itu semua sudah berlalu lebih daripada 30 tahun lalu.
Selepas itu ada juga aku nak singgah di sekolah aku itu tetapi setiap kali aku lalu di depan sekolah, pagarnya ditutup. Dapat tengok dari jauh aje.
Rabu lepas sempena cuti Hari Pertabalan DYMM Yang DiPertuan Agong, aku membawa famili aku pusing2 KL termasuklah ke Masjid Al-Bukhari dan Kompleks Kenanga (citer di n3 sebelum ini). Semasa aku membawa anak2 aku melalui Stadium Negara aku lihat pagar VI yg menghadap stadium tersebut terbuka. Aku pun membawa kereta aku masuk.
Sudah ada beberapa bangunan baru yg tiada dulu. Ini termasuklah surau yg tersergam indah. Masa aku belajar di sana dulu kami terpaksa ke surau Balai Bomba Jalan Hang Tuah jika nak solat Zohor atau Asar kalau kami stay back.
Semasa kami di sana, budak2 band sedang berlatih. Menara jam ini tetap tersergam gagah seperti dulu
Pancaragam VI adalah antara pancaragam sekolah yg paling terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Masa aku belajar di sana, aku tak masuk pancaragam sebab aku tak pandai main alat muzik. Aku masuk pasukan pengakap First KL. Di VI dulu ada dua pasukan pengakap - First KL dan Second KL. Budak yg baik2 mcm aku ni masuk First KL .... hehehe.
Aku berharap satu hari nanti Adam pula akan belajar di sini. Abang2 dia tak berminat nak masuk VI Dan semoga Adam akan mengharumkan nama sekolah seperti mana yg dilakukan oleh ayahnya dulu.
YB ada masuk Alumni VI ke? Bila masuk alumni akan adalah aktiviti utk membangunankan sekolah n pelajar2 skrg...mcm saya ni Batch SMACH90. Kami berkampung di sekolah utk buat program kpd budak2 selama 3H 2M gitu!
ReplyDeleteSaya tak masuk Alumni tu sebab selepas saya habis belajar saya terus dihantar belajar di luar negara. Habis belajar saya bertugas dgn Sarawak Shell selama 10 tahun. Nak masuk alumni selepas saya balik ke KL dah rasa terlambat ... huhuhu
DeleteAktiviti dan program yg Daddy Zuki jalankan itu sangat bagus. Patut dicontohi oleh alumni2 di sekolah2 lain.
HANYA ORANG YG BIJAK PANDAI SHJ LAYAK MASUK KE SINI,ANTARANYA YB,,DAN ADAM PASTI SUATU HARI NANTI AKAK MENGIKUTI JEJAK LANGKAH AYAH NYA....
ReplyDeleteLIKE FATHER LIKE SON'S...
:)
Bukan semua org nak hantar anak lelaki mereka ke sekolah mcm VI ni sebab ia sekolah harian. Ramai yg lebih berminat nak hantar anak ke SBP atau MRSM.
DeleteTak tahu samada Adam nak ke VI bila bersekolah menengah esok sebab jauh juga jaraknya dari rumah. Kena naik LRT dari rumah sebelum sambung berjalan kaki dari stesen Pasar Seni. Kena keluar rumah awal pagi ... huhuhu
adam tu nampaknya macam suka je mengikut apa yang ayahnya buat. jadi tak mustahil nanti dia nak masuk VI.
ReplyDeleteAdam suka mengikut yg membuat dia seronok aje. Kalau yg susah sikit belum tentu dia nak ikut .... ngeeee
Deleteadam je..abang adam tak de yang nak sekoalh di VI ke.
ReplyDeletelama lagi nak tunggu adam tu
Abang2 Adam nak sekolah yg dekat dgn rumah aje w/p mereka dapat keputusan yg agak baik.
DeleteHaikal yg akan mengambil UPSR tahun depan dah awal2 kata nak sekolah dekat sini aje bila masuk menengah. Takde nak pergi VI atau sekolah berasrama.
Yang nak belajar di MRSM cuma kakak2 Adam aje.
sekolah baik , pelajar bijak
ReplyDeleteSekolah boleh tahan tapi tak semua pelajar bijak. Org luar aje ingat pelajarnya bijak2 .... hehehe
DeleteAmboi besarnya harapan untuk Adam ya..anak bongsu katanya..
ReplyDeleteSiapa lagi nak ditarukkan harapan jika abang2nya semua tak nak sekolah di VI .... huhuhu
Deleteape beza pengakap first KL dgn 2nd kl tu yb?
ReplyDeleteKebanyakan sekolah lain cuma ada sebuah pasukan pengakap tapi di VI ada dua buah. Dan kedua2nya bersaing utk mendapatkan ahli terutama di kalangan pejalar2 Tingkatan 1.
Deleteinsyallah adam kan ikut jejak langkah ayahnya...
ReplyDeleteMasa dia sekolah menengah esok saya pun dah pencen. Bolehlah jadi drebar dia kalau perlu .... hehehe
DeleteTumpang tanya YB, kalau nak pastikan anak dapat masuk ke VI untuk sekolah menengah, sekolah rendah nya kena masuk kat sekolah apa, ye?
ReplyDeleteSekolah rendah yg mana2 pun boleh asalkan anak Tuan dapat keputusan yg memenuhi kriteria kemasukan ke VI tu kerana setahu saya VI tu sekolah kawalan. Maknanya hanya murid2 yg dapat keputusan cemerlang semasa UPSR dan aktif di dlm ko kurikulum saja yg akan diambil.
DeleteAnak Tuan dlm darjah berapa sekarang?
Untuk kepastian saya cadangkan Tuan berhubung dgn Pejabat Pendidik WP.
Datnglah ke sekolah berjumpa pengetua , mungkin ada ruang boleh bantu murid vi semasa
ReplyDeleteSeganlah saya nak jumpa Pengetua.
DeleteSekarang ini saya lebih memberi tumpuan membantu sekolah di sekitar tempat saya tinggal.