Thursday, April 19, 2012

Pagi-Pagi Lagi Sudah Terkejut Beruk

Aku sedang seronok melancong di Eropah bila tiba2 aku dengar bunyi alarm dari Blackberry aku.  Aku capai BB aku lalu aku lihat sudah tiba masa untuk bangun pagi.  Cis, tak sempat nak melancong lebih jauh lagi .... huhuhu.

Selepas duduk dan berdoa kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah utk satu hari lagi, aku pun kejutkan emak Adam.  Lepas itu aku kejutkan Haikal pula utk dia bersiap solat Subuh sebelum ke sekolah.  Masa aku kejut Haikal dia tak terus bangun.  Penat agaknya dia.  Aku pun ke bilik air menguruskan diri.  Semasa aku di bilik air aku terdengar suara emak Adam pula mengejutkan Haikal.

"Haikal, Haikal," terdengar suara emak Adam (yg juga emak Haikal) dalam keadaan cemas kerana Haikal tak bergerak.

Aku pun bergegas keluar dari bilik air dan ke katil Haikal.

Emaknya terus menggoyang2kan badan Haikal tapi tiada reaksi.  Aku lihat muka emak Adam dah pucat.

"Bang, apa jadi dengan Haikal ni?" tanya emak Adam penuh cemas.

Aku boleh memahami keadaan emak Adam kerana adik bongsunya dulu pun meninggal dunia secara mengejut ketika tidur.

Akupun goyangkan badan Haikal sambil memanggil namanya.  Masih tiada reaksi.  Aku rasa badannya belum sejuk lagi.  Tapi emak Haikal kata masa dia pegang pipi Haikal pipi tu dah sejuk!

Akupun agak risau juga kalau2 sesuatu yg buruk berlaku kpd anak kami.

Akupun dudukkan Haikal dan tak lama selepas itu dia mula tersedar.

Alhamdulillah.  Masih bernyawa kau Haikal.

Tengahari ini selepas dia balik dari sekolah, emaknya bertanya kenapa dia tak bangun bila dikejutkan pagi tadi sedangkan biasanya dialah yg paling senang bangun pagi.

Haikal jawab dia bermimpi berada di sebuah pentas besar.  Tiba2 dia rasa pentas itu bergegar.  Tak lama selepas itu dia pun terjaga.

Aku beritahu emak Adam mungkin semasa kami cuba bangunkan Haikal, roh dia belum bersedia utk balik ke dalam jasadnya.   Masih merayau2 di pentas besar itu agaknya.  Bila emaknya dan aku goyang2kan badannya itu yg dia terasa pentas dia bergegar.

Apapun alhamdulillah masih panjang umur Haikal.  Kalau tidak, kurang seorang abang Adam.

26 comments:

  1. mau tak terkejut beruk kalau mcm tu. rasanya beruk pun tak terkejut mcm tu kan yb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berderau dan terkejut. Puas juga kejutkan dia tapi tak bangun mcm dah takde nyawa..... huhuhu

      Delete
  2. cuak juga kalau kejut kan tak bergerak-gerak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahlah tak bergerak, bila emaknya angkat tangannya ianya terkulai tak bermaya. Memang ingat dah takde .... huhuhu

      Delete
  3. ya allah yb..bukan beruk je terkejutt tu.alhamdulillah.tak de apa2 yang terjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat terkejut tapi cuak dan cemas. Emaknya check nafasnya, takde. Rasa nadinya pun tak rasa apa.

      Emak Adam pegang pula pipi Haikal terasa dah sejuk. Tapi rupanya kena air cond! hehehe

      Delete
  4. Memang satu situasi yang mencemaskan.. Alhamdulillah, semuanya okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila saya lihat emak Adam dah cemas dan macam nak menangis saya pun ikut cemas juga. Mujur masih dapat kontrol macho. Saya dudukkan si Haikal tu dan perlahan2 dia sedar.

      Alhamdulillah semuanya ok.

      Delete
  5. tido mati kot. keletihan sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata letih taklah sangat sebab semalam bukan dia bersukan. Petang esok (Jumaat) yg dia ada latihan merentas desa.

      Dia kata dia minta ke sebuah tempat yg jauh sebelum naik ke pentas yg kena goyang tu ... ngeeee

      Delete
  6. Anak yang dok sekolah kat KB hantar sms jam 2.02 pagi@20/4


    "Mama, kaklang nak minta maaf byk2. Kak Lang takut ALLAH ambil nyawa Kak Lang esok , kirim salam kat semua orang"



    alahaiiii


    dah lah jauh
    kalau dekat dekat , boleh terus pergi jenguk pagi nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa dia mesej mcm tu? Dah call dia kan? Kenalah bagi semangat dan tanya apa sebab dia berasa mcm itu.

      Semoga semuanya selamat.

      Delete
    2. Chenta pun doakan semanya selamat ... amin ..

      Delete
    3. InsyaAllah bila ramai kawan2 yg doakan, akan makbul doa tersebut. Harap2 Kaklang tak apa2.

      Delete
  7. Replies
    1. Keadaan sebenar lebih suspen tapi mungkin cara penyampaian saya ini kurang berkesan .... huhuhu

      Delete
  8. suspen...kalau saya pun cuak...

    kalau terjaga dari tidur selalu tgk haiqal nak pastikan dia ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tak terkejut bila melihat anak mcm dah tak bernyawa.

      Haiqal tak tidur sama emaknya ke? Kat baby cot ya? Baik2 kalau dia menyusu botol. Pastikan salah seorang ibu atau ayahnya memerhatikan. Takut tersedak dan kita tak perasan.

      Delete
  9. fuh saspen.
    alhamdulillah haikal panjang umur lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih panjang umur.

      Bolehlah kami gelut2 dia sebab dia montel dan gembil.

      Delete
  10. Saspen..
    Tapi baca n3 ni rase sedih gak..
    Terkenang saat2 yun kejutkan ayah yg matanya
    terpejam dok atas sofa lepas solat subuh...
    Rupanya dia dah pergi tanpa sorg pun sedar
    n ada di sisi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita akan terkenang org yg kita sayangi bila ada peristiwa yg seakan2 sama berlaku kpd org lain.

      Mesti awak rasa terkejut dan sangat sedih bila ayah yg awak kasihi pergi buat selama2nya tanpa disedari ahli keluarga yg lain.

      Al- Fatihah utk Allahyarham.

      Delete
  11. alhamdulillah..
    ghalit sgt tgk pentas tu ... pasni YB kene la n sll keluarga menjelajah o buat aktiviti sosial ... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah pentas tu mcmana sebab hanya Haikal saja yg melihatnya di dalam mimpi dia. Tapi dia kata pentas tu sangat besar.

      Sebelum ni pun kami sering menjelajah buat aktiviti sosial tapi bukanlah pada skala yg besar.

      Delete
  12. mak adam mungkin phobia..
    kalau kita yg tak penah alami mgkin igt itu perkara biasa
    saya pun dah tak berani kejut anak-anak/suami dn cara mengejut bila saya baca emel ttg roh yang terpisah dr badan semasa tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan emak Adam aje yg phobia tapi saya pun cuak juga pagi tersebut bila tengok Haikal tak bergerak langsung bila digoyang2kan badannya.

      Skrg ni mcmana Irfa kejutkan anak2 dan suami? Kalau jenis yg senang bangun tu takpe juga. Kalau jenis yg tidur seperti tidur mati itu yg cuak nak kejutkan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails