Monday, April 16, 2012

Alhamdulillah Dapat Straight A's. Kalau Tidak .....

Pagi ini Haizam menerima anugerah cemerlang di majlis yg dianjurkan bersama oleh Majlis Permuafakatan, Pembangunan Pendidikan (M3P), Yayasan Amal Wangsa dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa.  Majlis itu utk meraikan pelajar2 yg mendapat straight A's di dalam UPSR, PMR dan SPM 2011 di kawasan Parlimen Setiawangsa.  Aku diberitahu seramai 458 pelajar daripada 16 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah di Setiawangsa tersenarai utk menerima anugerah.

Ramai ibubapa yg hadir pada majlis yg diadakan di Hotel Flamingo tersebut.  Ada ibubapa yg datang lewat terpaksa berdiri w/p 1200 tempat duduk disediakan.    siapa suruh datang lambat  

Tahun lepas Haizam dapat 8A di dalam PMR.  Itu yg dia dapat anugerah pagi ni.  Sebelum ini kakak2 Haizam pun dapat straight A's juga di dalam UPSR dan PMR.  Tapi ada yg dapat anugerah ini dan ada yg tidak w/p anugerah ini telah 6 kali diadakan.  Masa Haizam UPSR pun tak dapat juga.


Haizam menerima sijil dan duit RM100 dari Datin Sri Siti Nooriaah Ana Razak (isteri YB)

Tak kisahlah.  Yang penting Haizam dapat meneruskan pelajarannya w/p di sekolah harian.  Lepas SPM dia kata nak pergi Korea sebab sudah terpengaruh dgn cerita Korea.


Budak straight A's tapi perangai macam ni.  Mengejar burung merpati di kawasan Masjid Bukhari, Jalan Hang Tuah pada Rabu lalu.  Inilah kalau banyak sangat menonton Running Man



Kalau tak dapat straight A's tapi pandai main bolasepak takpe juga. Untung2 boleh jadi macam Ramli yg mewakili Manchester United tu.


18 comments:

  1. keh keh seronok haizam kejar-kejar burung. patut dapat straight a, sebab aktif. otak sentiasa berfikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 Adam yg kejar2 burung tu. Lepas sembahyang, Haizam pula yg kejar2 burung tu.

      Delete
  2. Salam ...Alhamdulillah dan Tahniah buat anak YB kerana dapat straight A's....Allah murah kan rezeki Haizam dan keluarga ... dapat anugerah dan hadiah ... InsyaAllah semoga suatu hari nanti Haizam akan berjaya seperti mana ayahnya juga berjaya dalam hidup...Ameen.

    cuma saya nak komen sikit berkenaan penggunaan kata "Nasib" ..dari pandangan saya yang kurang arif ini...(dan dari apa yang saya perlajari dari ceramah Ustaz yang saya hadiri) apa yang Haizam perolehi itu bukanlah "nasib" ...itu memang sudah tertulis, sudah tersurat rezeki Haizam hendak mendapat straight A's...
    tapi kita orang Melayu ini mmg suka guna perkataan "nasib" ...

    Nasib baik itu...nasib baik ini...

    adalah lebih baik kita mulakan dengan ...Alhamdulillah ....

    Alhamdulillah Haizam dapat straight A's ...

    ...my 2 cents comment ...

    Maaf dipinta jika menyinggung perasaan ...

    Nur Cahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Azzah.

      Terima kasih di atas ucapan tahniah dan yg lebih saya hargai ialah teguran Azzah tersebut. Pandangan Azzah mengenai penggunaan kata "nasib" itu adalah tepat dan sepatutnya saya lebih berhati2 di masa depan. Saya telah tukar tajuk n3 ini pagi ni.

      Tak perlu meminta maaf dan saya tak tersinggung dgn teguran yg berniat baik spt ini. Sesungguhnya saya amat menghargai teguran2 spt ini dan jika di masa hadapan saya melakukan kesilapan lagi, teruskan menegur.

      Sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

      Delete
  3. kat korea pun ok jugak belajar...semoga hasratnya tercapai..insyallah..



    pssttt...isteri elly iskandar pun masih belajar dikorea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak ke Korea tu bukan sebab nak belajar sangat tapi sbb terpengaruh dgn budaya dan citer2 Korea .... huhuhu

      Ingat murah nak belajar di luar negeri tu. Dah lah tu.... bukan ada PTPTN .... hehehe

      Delete
  4. Kalau dapat cekau merpati tu best gak.. Buat gulai lemak cili padi.. hehehe..

    Tahniah Haizam.. Bukan main lagi demand nak pergi Korea.. Tu baru result PMR.. Kalau result SPM nanti entah mana lak dia nak pergi.. Tapi takpe, ayah dia YB... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak cekau merpati tu. Namapun jinak2 merpati... ngeeee


      Oh sebenarnya dia bukan nak pergi Korea skrg ni tapi selepas SPM esok. Dia tak minat nak masuk IPTA kat sini sebab lebih tertarik dgn Korea. Ayah YB pun kalau anak ramai tak larat juga nak hantar anak2 belajar di luar negeri .... huhuhu

      Delete
  5. Hahaha.. kejar burung ye.. takpe Paman.. biarlaa dia kejar burung tu.. release tension.. budak straight As ni tak semestinyer memerap study jek.. he's gifted.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai mengalahkan Adam yg 3 tahun tu. Ingat senang ke nak tangkap burung merpati tu. Dah tak kena berak burung tu dah untung ... hehehehe

      Delete
  6. Hahaha semua gambar tak nampak muka. Kesian~ :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka dia hancus. Itu sebab gambar tak nampak muka .... hikksss

      Delete
  7. hahahahahah after doing my master i still suke main kejar... nyorok2.. :D congrats to haizam and u !!!! pesan kat ur son.. be a good man ok!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zafi main kejar dgn siapa? Memang seronok kalau sekali sekala jadi macam budak semula.

      Thanks bagi pihak Haizam dan juga daripada saya di atas ucapan tahniah tu. Nanti saya sampaikan pesanan tersebut.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails