Setelah sekian lama mengajak aku ke Kompleks Kenanga, sempena cuti umum semalam barulah kami sempat ke sana.
Bagi pembaca yg tak tahu apa istimewanya Kompleks Kenanga itu biar aku terangkan serba sedikit. Ianya adalah tempat menjual pakaian secara borong yg terbesar di Malaysia. Sebelum terbinanya kompleks tersebut, para penjual pakaian ini menjual di kedai2 dua tingkat di sepanjang Jalan Kenanga dan jalan2 sekitarnya.
Kat mana Jalan Kenanga? Ianya di belakang Balai Bomba Jalan Hang Tuah. Tak tahu di mana Jalan Hang Tuah? Dekat dgn Dewan Bahasa dan Pustaka. Kalau tak tahu juga, sila google.... hehehe
Pintu masuk sebelah tepi Kompleks Kenanga
Setahu aku kompleks ini siap hujung tahun lepas. Kini ia menempatkan pelbagai gedung yg kebanyakannya menjual pakaian. Ada juga gedung yg menjual beg tangan, kasut kulit dan barang kemas. Kebanyakannya menjual secara borong. Kalau nak beli sikit2 utk kegunaan sendiri kenalah cari kedai yg menjual secara runcit.
Pemandangan ruang legar
Sebahagian daripada kedai yg terdapat di situ
Busana Muslimah pun ada
Sempat juga Haikal nak enterframe
Emak Adam sedang memilih baju dgn dibantu oleh jurujual warga Indon. Dekat sejam di situ dapat 5 helai aje!
Kerana harganya yg murah, emak Adam bercadang nak ke situ lagi lain kali. Siapkan sajalah duitnya .... ngeeeee
uishhh...5 helia,berbaloi la 1jam tuh...heheheh!
ReplyDelete5 helai sejam tu berbaloi ke? Saya naik boring tunggu masa dia pilih baju2 tu. Tanya pendapat saya tapi bila saya bagi pendapat dia counter balik .... huhuhu
Delete2 helai baju tu emak Adam belikan utk kakak dia.
pasti akan ku jejak ;)
ReplyDeleteJejak jangan tak jejak. Buka setiap hari termasuk cuti umum. Tutup cuma 2 hari semasa Tahun Baru Cina.
DeleteKedai kedai yang dekat luar tu bukak x kalau cuti umum?
Deleteperghhhh menarik ni. hihiihih
ReplyDeleteLain kali bolehlah singgah situ sebelum balik Sabak.... ngeeee
Delete5 helai tu kak Siti...hehe
ReplyDelete4 helai utk emak Adam dan sehelai utk kakak dia. Kakaknya punya susah nak cari saiz yg sesuai sebab badan dia besar sikit ... ngeeee
DeleteDaripada beli di pasar tani atau pasar malam lebih baik beli kat Komplek Kenanga.
nak pergilah nanti yb. mak adam syoklah shopping...hehehehe.takpe abang ada leh tolong bayar....
ReplyDeleteCubalah ke sana. Mahu rambang mata bila dah tengok baju2 kat sana tu.
DeleteEmak Adam bayar guna duit sendiri utk baju2 yg dia beli tu. Saya tolong temankan aje.
satu jam? sekejap tu...
ReplyDeleteKami pergi banyak tempat dulu sebelum ke situ. Jadi sampai ke situ dah pukul 6 ptg. Balik nak Maghrib tu.
DeleteLain kali insyaAllah datang lagi .... ngeeeee
okay..bila YB bagitau Dewan Bahasa& Pustaka, saya dah boleh bayangkan kat mana tempat ni.....
ReplyDeleteKalau dari DBP tu belok ke kanan ke Jalan Loke Yew. Bila nampak stesen Shell belok ke kiri. Bila jumpa lampu isyarat pertama selepas itu (kira2 120m dari simpang jalan besar) belok ke kiri. Selepas 80m jumpa simpang empat. Kompleks itu kat 1 o clock.
Deletepernah dgr Kenanga, ada org mention..
ReplyDeletetapi xtau la situ tmpat beli baju2 borong
hehehe
Sebelum ini saya pernah ke sana dan ada buat n3. Itulah antara n3 saya yg paling banyak dilawati. Ramai org pernah dengar tempat ni tapi tak berapa tahu apa sebenarnya yg ada di sana.
DeleteLepas ni bolehlah ronda2 kalau awak datang ke KL.
Boleh la YB borong baju raya kat situ... haha...
ReplyDeleteKebanyakannya baju wanita. Saya nak borong baju apa kat situ? huhuhu
Deletenanti saya try gugel.. hehe~ :P
ReplyDeleteDah gugel ke belum? Saya pun nak gugel jugalah .... ngeeeee
Deletebagus ni..balik key el nanti boleh singgah
ReplyDeletehehehe nk nympuk jgk ...sng cr parking x kt komlek tu...
ReplyDeleteoperation hour nye bile eh...? malam buka x...?
ReplyDeleteada jual langsir tak?
ReplyDeletegoogle + bw sampai sini..planning nk visit sini this weekend..hrp2 tak sesat la psl we all from penang..
ReplyDeletesalam kenal..:)
tutup pukul brape bro?
ReplyDelete