Thursday, April 12, 2012

Kompleks Kenanga Wholesale City

Setelah sekian lama mengajak aku ke Kompleks Kenanga, sempena cuti umum semalam barulah kami sempat ke sana.

Bagi pembaca yg tak tahu apa istimewanya Kompleks Kenanga itu biar aku terangkan serba sedikit.  Ianya adalah tempat menjual pakaian secara borong yg terbesar di Malaysia.  Sebelum terbinanya kompleks tersebut, para penjual pakaian ini menjual di kedai2 dua tingkat di sepanjang Jalan Kenanga dan jalan2 sekitarnya.

Kat mana Jalan Kenanga?  Ianya di belakang Balai Bomba Jalan Hang Tuah.  Tak tahu di mana Jalan Hang Tuah?  Dekat dgn Dewan Bahasa dan Pustaka.   Kalau tak tahu juga, sila google.... hehehe


Pintu masuk sebelah tepi Kompleks Kenanga



Setahu aku kompleks ini siap hujung tahun lepas. Kini ia menempatkan pelbagai gedung yg kebanyakannya menjual pakaian.   Ada juga gedung yg menjual beg tangan, kasut kulit dan barang kemas.  Kebanyakannya menjual secara borong.  Kalau nak beli sikit2 utk kegunaan sendiri kenalah cari kedai yg menjual secara runcit.




Pemandangan ruang legar


Sebahagian daripada kedai yg terdapat di situ


Busana Muslimah pun ada


Sempat juga Haikal nak enterframe


Emak Adam sedang memilih baju dgn dibantu oleh jurujual warga Indon.  Dekat sejam di situ dapat 5 helai aje!

Kerana harganya yg murah, emak Adam bercadang nak ke situ lagi lain kali.  Siapkan sajalah duitnya .... ngeeeee

27 comments:

  1. uishhh...5 helia,berbaloi la 1jam tuh...heheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 helai sejam tu berbaloi ke? Saya naik boring tunggu masa dia pilih baju2 tu. Tanya pendapat saya tapi bila saya bagi pendapat dia counter balik .... huhuhu

      2 helai baju tu emak Adam belikan utk kakak dia.

      Delete
  2. Replies
    1. Jejak jangan tak jejak. Buka setiap hari termasuk cuti umum. Tutup cuma 2 hari semasa Tahun Baru Cina.

      Delete
    2. Kedai kedai yang dekat luar tu bukak x kalau cuti umum?

      Delete
  3. Replies
    1. Lain kali bolehlah singgah situ sebelum balik Sabak.... ngeeee

      Delete
  4. Replies
    1. 4 helai utk emak Adam dan sehelai utk kakak dia. Kakaknya punya susah nak cari saiz yg sesuai sebab badan dia besar sikit ... ngeeee

      Daripada beli di pasar tani atau pasar malam lebih baik beli kat Komplek Kenanga.

      Delete
  5. nak pergilah nanti yb. mak adam syoklah shopping...hehehehe.takpe abang ada leh tolong bayar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah ke sana. Mahu rambang mata bila dah tengok baju2 kat sana tu.


      Emak Adam bayar guna duit sendiri utk baju2 yg dia beli tu. Saya tolong temankan aje.

      Delete
  6. Replies
    1. Kami pergi banyak tempat dulu sebelum ke situ. Jadi sampai ke situ dah pukul 6 ptg. Balik nak Maghrib tu.

      Lain kali insyaAllah datang lagi .... ngeeeee

      Delete
  7. okay..bila YB bagitau Dewan Bahasa& Pustaka, saya dah boleh bayangkan kat mana tempat ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari DBP tu belok ke kanan ke Jalan Loke Yew. Bila nampak stesen Shell belok ke kiri. Bila jumpa lampu isyarat pertama selepas itu (kira2 120m dari simpang jalan besar) belok ke kiri. Selepas 80m jumpa simpang empat. Kompleks itu kat 1 o clock.

      Delete
  8. pernah dgr Kenanga, ada org mention..
    tapi xtau la situ tmpat beli baju2 borong
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ini saya pernah ke sana dan ada buat n3. Itulah antara n3 saya yg paling banyak dilawati. Ramai org pernah dengar tempat ni tapi tak berapa tahu apa sebenarnya yg ada di sana.

      Lepas ni bolehlah ronda2 kalau awak datang ke KL.

      Delete
  9. Boleh la YB borong baju raya kat situ... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakannya baju wanita. Saya nak borong baju apa kat situ? huhuhu

      Delete
  10. Replies
    1. Dah gugel ke belum? Saya pun nak gugel jugalah .... ngeeeee

      Delete
  11. bagus ni..balik key el nanti boleh singgah

    ReplyDelete
  12. hehehe nk nympuk jgk ...sng cr parking x kt komlek tu...

    ReplyDelete
  13. operation hour nye bile eh...? malam buka x...?

    ReplyDelete
  14. google + bw sampai sini..planning nk visit sini this weekend..hrp2 tak sesat la psl we all from penang..

    salam kenal..:)

    ReplyDelete
  15. tutup pukul brape bro?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails