Wednesday, April 18, 2012

Berhati-Hati Dengan Tapai

Aku suka makan tapai.  Tak kiralah tapai pulut atau tapai ubi asalkan ianya manis.  Tapi tapai pulut hitam aku kureng minat sikit sebab biasanya ada pulut yg macam tak masak.

Di sesetengah pasar tani ada jual tapai.  Emak Adam suka beli tapi dia tak makan banyak.  Akulah yg jadi alam flora menghabiskan tapai itu.

Baru2 ini kami ke majlis perkahwinan saudara emak Adam dekat Kapar.  Ini kali ketiga tuan rumah buat majlis perkahwinan anaknya.  Setiap kali memang puaslah para jemputan makan.  Mesti ada ayam golek. Kali ini bukan setakat ayam golek tapi ada briyani gam juga.  

Untuk pencuci mulut disediakan tau foo fa dan tapai yg dibungkus dgn daun getah.  Depan kami ada beberapa bungkusan tapai.  Aku buka dan makan sebungkus.  Wow marbeles!



Aku buka sebungkus lagi dan tawarkan kpd emak Adam.  Siap aku berkempen kata tapai tu sedap dan manis.  Tapi emak Adam kata, "takpelah abg ajelah yg makan."

Orang wanita bila tak makan tapai ni ada apa-apa ke?  hehehe




29 comments:

  1. Sedap tu yb..saya yang terliur.tapi mak saya dekat kuching suka buat tapai nasi. sedapnya...buat pun mcm-mcm pantang larangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terliur bila ingatkan tapai. Kena pula yg manis.

      Saya tak pernah lagi makan tapai nasi. Mana lebih sedap jika dibandingkan dgn tapai pulut?

      Memang mcm2 pantang larang semasa nak buat tapai ini. Antara yg saya tahu org perempuan yg uzur tak boleh tabur ragi ke atas pulut atau ubi yg nak dibuat tapai. Nanti bila jadi, tapai tu warna merah!

      Delete
    2. Perempuan uzur pun takleh bungkus tapai, Mak kata nanti tapai jadi masam..

      Dulu masa Mak masih menerima tempahan, kalau nak tolong Mak bungkus, mesti kena "soal-siasat" dulu.. keh keh keh

      Delete
    3. Kalau makan tapai masam adakah itu tandanya perempuan uzur yg bungkus tapai tu? .... ngeeeee


      Kalau malas nak tolong mak bungkus tapai cakaplah tengah uzur ... hahaha

      Delete
    4. rasanya tapai nasi lagi sedaplah yb.pada tekak sayalah. kena letak dalam periuk. periuk kena bungkus 2-3 lapis. letak bawah katil...esok baru boleh makan

      Delete
    5. Mungkin jugalah. Sayang saya tak pernah rasa tapai nasi tu lagi. Masa saya ke Sabah dulu ada juga tapai nasi tapi org di sana buat tuak dgn air tapai tu .... ngeeeee

      Saya pun masih ingat emak saya akan masukkan tapai ( tapi tapai ubi) ke dalam periuk dan dibungkus dgn kain 2-3 lapis sebelum diletakkan di bawah katil.

      Delete
    6. Paman,

      Bungkus tapai, suka.. yg tak suka ngeblok bahulu.. selalu lari bila mak suruh.. hehehe..

      Delete
  2. saya tak pasti nape mak adam taknak.

    tapi kalau saya anytime je nak makan tapai tuh! hihihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dara bila2 masa tak kisah kalau nak makan tapai. Tapi nanti bila GB dah kahwin, suami atau emak/emak mertua akan pesan jangan makan tapai kalau baru beberapa minggu tak datang bulan .... hehehe

      Jangan speku pasal emak adam pulak lepas ni .... hahaha

      Delete
  3. kakaka
    tah2 dia da kenyang kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia belum kenyang pun mungkin dia rezabkan sikit ruang utk satu lagi majlis kahwin pada hari tersebut sebab kebetulan sepupu saya pun buat majlis pada hari yg sama.... ngeeee

      Delete
  4. Tapai? Yummy...sedapnya akak suka... kalau ada kat rumah tu makan sampai perit tekak...yang paling best kalau dah dikeluarkan dari dalam peti sejuk... nyaman sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anie makan sampai perit tekak? Dahsyat tu kak.

      Tapai yg sejuk adalah tersangat sedap. Kalau tak sempat nak masukkan peti sejuk boleh ditaruk ais kat tapai tu. Terasa juga sejuknya dan menambah keenakannya.

      Delete
  5. saya pun suka makan tapai..tapai pulut ajelah..lagi sedap kalau letak peti ais dulu... mmm yummy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Tapai pulak lebih sedap. Tapi kalau dapat tapai ubi yg lembut dan tak berserat pun ok juga.

      Tapai sejuk mmg yummy lebih2 lagi di waktu tengahari.

      Delete
  6. kaklong pun peminat no.1 tapai,tu dh beli 1kilo beras pulut nak buat tapai...ragi jer be;lom beli,daun pisang pun nak suruh suami kaklong carikan...
    sini susah nak cari daun getah..

    alaaa kaklong baru2 peknen pun makan tapi tak efek apa2 pun..benih baik punyaaaa..ngeeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg mengaku peminat tapai ni. Belum tentu kaklong dapat no 1 .... hahaha.

      Sampai sekilo nak buat tapai pulut? Oh nak buatkan utk saya dan emak Adam sekali ke? Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih. Kalau nak daun pisang kat belakang rumah lama saya tu ada banyak. Suruhlah suami kaklong ke mari.

      Memang benih kaklong baik. Apa kata tambah lagi seorang? hehehe

      Delete
  7. oh... kalau ada rezeki baru, saya ucap tahniahlah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki yg itu takde. Rezeki lain adalah kot. Alhamdulillah.

      Apapun terima kasihlah di atas ucapan cikgunormah tu.

      Delete
  8. Kakak ipar saya pandai buat tapai.. Tapi dia bungkus dengan daun pisang.. Diapun amek tempahan buat tapai gak.. Kalau raya tu, tak menang tangan dia nak buat tapai tu.. Ada je yang menempah..

    Kalau banyak tempahan tu, dia gunakan bekas kecil tu je, mudah sikit sbb dia buat sorang2, mana larat nak bungkus tempahan tapai yang banyak2 tu..

    Saya tak suka tapai pulut sebab terlalu manis... Saya lebih suka tapai ubi muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yg patut dicontohi. Menggunakan kepandaian seperti membuat tapai utk menjana pendapatan tambahan. Setiap kita ada kelebihan dan kepandaian yg org lain mungkin takde. Kalaulah kita tahu mengambil peluang daripada perkara ini senanglah kita nak cari duit .... hehehe.

      Bekas kecil tu lebih mudah. Kalau nak guna daun pisang lebihlah sikit kerjanya.

      Tapai ubi muda mmg sedap sebab tak keras sgt.

      Delete
  9. Buat tapai, boleh...Beli tapai, boleh jugak..Hidang tapai, beres..Makan tapai? sori, saya tak berapa gemar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mcm tu apa kata hani hidangkan tapai kpd saya bila saya ke sana? Tapai buat sendiri lagi best ... ngeeeee

      Delete
  10. Paman,

    Kalau tapai tu tak habis, leh buat cekodok.. sedaaaaappp... tapi tulaa a bit oily..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah makan lagi cekodok tapai. Lain kali bolehlah Ina buatkan utk kami kalau kami ke rumah Ina.... hehehe

      Delete
    2. apa salahnya.. lebih dari cekodok tapai pun boleh Paman.. padahal masak tak laa sehebat mak Adam kan.. hehehe..

      p/s: saya budak MASIH belajar

      Delete
  11. pun suka ngan tapai daun getah ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails