Seperti semalam, hari ini juga sarat dengan pelbagai aktiviti utk YB ni.
Lepas solat Subuh pagi tadi emak Adam memberi aku hadiah istimewa yg diisi di dalam sebuah kotak berbalut riben. Syahdu you dapat hadiah harijadi dari isteri. Siap dgn kad ucapan. Inilah yg orang kata 'save the best for last'.
Pagi tadi aku ke kampung aku utk berjumpa makcik aku dan mengambil lontong serta kuih lopes de squira yg aku tempah daripadanya. Emak Adam minta aku order 20 biji lopes sebab anak2 mmg suka makan kuih tu.
Aku bersarapan dgn emak Adam dan Haikal saja sebab yg lain masih belum nak turun ke dapur.
Pukul 11 pagi ni kami akan berkumpul di rumah jiran yg selorong dgn aku untuk menghantar rombongan pengantin (anak perempuan jiran kami tu) bertandang ke Putrajaya utk majlis persandingan di sana. Ada 4 org jiran dah booking nak naik kereta aku. Aku bawa MPVlah hari ini biar selesa nak bawa 6-7 org (emak Adam dan Adam sekali).
Petang ni sekembalinya aku dari Putrajaya, aku nak ke London menghantar Afifah balik ke sana. Malam Sabtu hari tu dia buat kejutan balik ke rumah tanpa memberitahu kami. Rupanya dia berpakat dgn adik beradik lain nak buat sambutan besday aku semalam.
Aku dikelilingi oleh emak aku, emak Adam dan 3 dari 6 anak2 aku memotong kek harijadi malam tadi. Anak2 buat sambutan mengejut.
Balik dari Melaka petang atau awal malam nanti, aku nak menghantar Atikah balik ke Shah Alam pula. Sekarang dia dah tak boleh bawa kereta ke kolej.
Sepatutnya aku pergi menghadiri majlis perkahwinan anak rakan sekerja di sykt kulit kerang malam ini di Dewan Perdana Felda tapi aku dah minta maaf kpdnya sebab tak dapat datang kali ini. Takpe dia ada anak lagi. Anak yg sulung tempoh hari kami dapat hadir.
Selepas update blog ni aku nak call kawan aku di KB utk dapatkan perkembangan urusan kami di sana. Org di Kelantan bekerja hari ni.
Selamat hari ulangtahun kelahiran YB. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat YB dan keluarga. Amin. :)
ReplyDeleteTerima kasih kakcik.
DeleteAmin. Begitulah yg kita minta dan harapkan daripadaNya.
Assalamualaikum...
ReplyDeletemeriah nya sambutan...semoga sentiasa dilimpahkan rahmat dariNYA..
bila nak dtg KB lagi?
Waalaikum salam shaliza.
DeleteAnak2 yg rajin buat sambutan ditambah dgn ucapan dari kawan2 di fb, blog dan sms.
InsyaAllah kalau jadi mungkin hujung bulan ni atau bulan depan saya ke KB .... ngeeeee
bz bebenor ye YB. Tak lama lagi nak pilihanraya. Adun kawasan mana ni?
ReplyDeleteKawasan Lembah Pantai mungkin takde calon sekarang .... hehehe
Deleteso sweet
ReplyDelete:D
thanks tot.
DeleteKat Melaka semalam pun setakat hantar Afifah terus balik semula ke KL.
dikelilingi srikandi....!
ReplyDeletekecuali siadam cute tuhhh....hehehehe!
Anak yg lelaki tak nak masuk dlm gambar tu .... huhuhu
DeleteLain kali kena tukar nama tak boleh pakai YB lagi sebab kalau ada pangkat YB ni memang sentiasa sibuk termasuk orang yang bernama yb sekali, hehehe.
ReplyDeleteSeronok dengar kawan2 dapat banyak projek,kita baca tumpang senyum sekali yb kalau poket kawan2 penuh.
Susah nak tukar singkatan YB tu sebab dah terkenal ... hahaha.
DeleteYang tak YB pun kalau jenis sibuk atau menyibuk tetap akan sentiasa sibuk. Jadi takpelah sibuk sikit asalkan produktif.
Terima kasih tumpang seronok.
Saya dan kawan terpaksalah mencari peluang bisnes baru utk memastikan kelangsungan sykt tempat kami cari rezeki ini. Kalau nak harapkan kontrak sedia ada, makin lama makin kurang kerja.... huhuhu
YB Happy Birthday & the best dikelilingi 3 generasi...Emak, YB, Anak tak lama lg cucu...hihihi
ReplyDeleteSelamat hari lahir.
ReplyDeleteSemoga panjang umur murah rezeki
Nak belanja di ezaty pun takut yb ngan mak adam sibuk,eheheheh.