Monday, March 26, 2012

2 Weddings, A Birthday and Others

Tajuk dalam bahasa omputih tapi n3 ni dalam BM kerana kebanyakan yg baca blog aku ini org Malaysia. Ada juga org dari negara lain 'termasuk' blog ini terutama semasa Pak Lah jadi PM dulu.  Mungkin mereka mencari Abdullah Badawi tapi terjumpa Yunus Badawi ... hehehe

Weekend baru ni aku agak sibuk.    ada ke org yang kisah?  .

Pagi Sabtu ada AGM Persatuan Penduduk dan PIBG Sekolah Haikal.  Aku pilih menghadiri AGM Persatuan Penduduk kerana ia lebih hampir kpd kehidupan seharian aku.  Tahun depan insyaAllah aku pergi ke mesyuarat PIBG tu.

Pada hari yg sama, sepupu aku mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Dewan Felcra.   Aku beritahu emak Adam bila dia dan anak2 di rumah dah siap nak pergi, call atau sms aku yg sedang bermesyuarat di dewan.  Adalah alasan aku meninggalkan mesyuarat.  Aku sengaja duduk di belakang supaya senang aku nak cabut.  Pukul 11:30 aku sms tanya nak pergi pukul berapa dan emak Adam jawab pukul 12.  Aku pun terus sambung menghadiri mesyuarat.  Bila tiba masa pencalonan, aku dah tak sempat nak cabut.  Ada jiran2 yg mencadangkan nama aku utk jawatan AJK.  Nama aku yg atas sekali pula tu sebab yg mula2 dicalonkan.  Bila tiba masa mengundi,  Pengerusi mulakan daripada nama yg di bawah sekali.  Setiap ahli dibenarkan mengundi hanya 10 kali kerana cuma ada 10 jawatan AJK.  Aku berharap sebelum sampai kpd nama aku, kebanyakan ahli sudah habis kuota mengundi mereka.  Harapan aku tak kesampaian.  Ramai juga yg mengundi aku dan terpilihlah aku.... huhuhu

Bila aku balik rumah dan beritahu emak Adam dia kata kenapa tak cabut awal.  Aku balas kenapa tak kata nak pergi pukul 11:30 supaya aku boleh minta diri awal dari mesyuarat itu.  Dah jadi mcm ini terima ajelah.


Balik dari meeting tu kami ke majlis perkahwinan anak sepupu aku.  Semasa kami sampai, pengantin pun sampai sekali.  Aku ingat nak tengok pengantin lalu di bawah pedang kerana pengantin lelaki merupakan kapten askar tapi aku dan emak Adam sibuk mencari jalan masuk yg ada ramp utk emak aku yg berkerusi roda.  Ada ramp di tepi dewan tapi pintu tepi dikunci.  Pintu utama takde ramp utk OKU.  Sepupu aku suruh aku dan emak Adam bawa emak aku menggunakan pintu belakang tapi bila kami sampai ke sana, ramp takde juga.  Akhirnya, kami pikul kerusi roda itu menaiki tangga yg agak tinggi.  Di Malaysia ini kemudahan utk OKU masih kurang.

Oh ya.  Aku diberitahu bahawa rakan2 pengantin yg juga berpangkat kapten tu bukan saja2 menghulurkan pedang utk pengantin lalu di bawahnya.  Kena bayar juga tu!  hehehe.


Malam Ahad kami ke Pizza Hut utk menyambut hari lahir Atikah yg ke 21.  Dia lahir di KL semasa aku dihantar bertugas di KL oleh Petronas Carigali.  Masa itu base aku di Miri.  Gambar2 sambutan harijadi tu ada di fb aku.

Tengahari semalam (Ahad) kami ke majlis perkahwinan saudara bau2 bacang di Shah Alam.  Balik dari majlis tersebut kami singgah di UiTM utk menghantar Atikah balik kolej.

Petang semalam kawan blog dan fb aku, Rizan Daud datang ke rumah menghantar air zam zam.   Dia bekerja sebagai pramugara MAS dan baru saja balik dari Jeddah minggu lepas.  Lama juga dia duduk borak2 dgn aku dan emak Adam.  Seronok.

Itulah lebih kurang aktiviti aku dua hari lepas.  Aku tak sempat nak update blog sepanjang dua hari tersebut.

13 comments:

  1. abang minat dengan penyanyi Zam Zam.

    tahniah kerana dilantik jadi AJK. bertugas leklok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org2 lama saja yg kenal penyanyi Zam Zam tu. Budak2 skrg jangankan Zam Zam ala Kazam tu tapi A Rahman Hassan atau S Jibeng pun mereka tak kenal. A Rahman Hassan kata tak mengapa .... hehehe

      Terima kasih di atas ucapan tu. Saja takut tak cukup masa utk berkhidmat dalam persatuan tu. Dulu pernah Pengerusi tawarkan saya jadi S/U tapi saya dah tolak. Harap2 setakat AJK ni ok kot ... ngeeee

      Delete
  2. kemudahan untuk OKU mmg masih kurang di malaysia. tak tahulah kenapa. nak tunggu orang2 penting berkerusi roda dulu baru nak banyakkan kemudahan agaknya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Bila VIP atau pasangan mereka dah berkerusi roda, barulah mereka beri lebih tekanan kpd perkara ini.

      Seperkara lagi, kemudahan utk OKU kalau ada sering disalahgunakan oleh org yg sihat terutama parking .... huhuhu

      Delete
  3. kesian nenek...!






    pulut hitam perlis dah abis ler...heheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berusaha org tua tu datang utk melihat cucu saudaranya naik pelamin sebab inilah cucu kpd abang kandung emak saya yg pertama kahwin. Kalau org tu dah mengadakan majlis kahwin beberapa kali, malas emak saya nak pergi .... hehehe



      alaaa kata cik abg selalu pergi Padang Besar. Bolehlah beli lagi kalau dia ke sana lagi ... ngeeeee

      Delete
  4. memula jadik AJK Persatuan penduduk.. pastu jadi wakil rakyat pulak.. molek lah tu, YB YB.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak naklah. Nanti takde masa nak blogging dan fb .... hehehe

      Delete
  5. My Bonda pun berkerusi roda. Sebab tu nak kemana-mana di KL ni, mesti dlm kumpulan ramai. Setakat 2 orang memang tak cukup nak angkat dia bila tiba tempat2 yang tiada kemudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada ramai yg nak ikut takpelah. Kalau setakat sorang tu mcmana? Tak jadi ikutlah Bonda Azah tu .... huhuhu

      Delete
  6. Yb jangan tak tahu A. Rahman Hassan dan S.Mariam adalah kawan kepada kakak sulong saya, infact masa muda2 dulu kakak saya pun ada jugalah dating dengan si cincin emas ni, sekarang dia bawak teksi diJB manakala Kak Yam pulak duduk di Subang Jaya dengan anak perempuan dia, anak dia yang lelaki si Maulana tu dulu ada masuk Akademi Fantasia.

    Rizan Daud ni adakah Riz hady dulu saya selalu nampak nama nya difb Yb, tapi sekarang nama tu dah tak ada, teringin juga nak tanya tapi segan pulak sebab saya tak kenal dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kisahnya. Kalau ada jodoh dgn A Rahman Hassan kakak awak dah jadi Datin skrg. Atau mmg dia pun datin sebab suami dia Datuk? hehehe. Oh Maulana tu anak Kak Yam? Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

      Rizan Daud dan Riz Ardy tu org yg sama. Dulu dia ada juga berblog tapi skrg lebih kepada fb saja. Banyak kisah perjalanan dia - maklumlah org sering ke luar negara. Dia tu baik orgnya selain dari ensem .... hehehe

      Delete
  7. Yb saya nak buat pembetulan, kakak saya dating dengan Rahman Onn bukan A.Rahman Hassan sorry tersilap sebabtu saya sebut disini si cincin emas dan kerjanya bawak teksi kut kut ada yang terbaca salah innformasi pulak pasal Dato A.Rahman Hassan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails