Friday, February 3, 2012

Sekejap Dah Seminggu

Rasanya mcm baru 2-3 hari tapi dah seminggu rupanya.  Jumaat lepas aku sekeluarga ke Karnival Karangkraf di Seksyen 16 Shah Alam.  Emak Adam semangat nak beli novel dgn harga potongan.  Aku dah citer di n3 yg lepas.

Adam ikut menyelit kat tempat buku dan novel lelong ni

Selepas 4 jam di Karnival itu, kami ke sirkit go kart di sebelah Stadium Shah Alam pula. Anak2 lelaki aku (kecuali Adam) nak main go kart.  Sebagai ayah yg baik aku layan permintaan mereka.  Nasib baiklah aku ni kerja sendiri.  Hari Jumaat tu kan hari kerja. Tapi kerja sendiri boleh adjust.


Mula2 anak2 aku nak bawa seorang sebuah go kart.  10 minit bayarannya RM35.  Tapi Haikal yg baru berumur 10 tahun tak pernah bawa go kart atau kereta.  Tauke kat situ takut dia tak pandai bawa.  Nanti jadi macam pemandu yg melanggar kereta dan kedai orang di Tasik Permaisuri tu pula. Jadi tauke tu nasihatkan kami ambil go kart yg 2 tempat duduk.  10 minit RM50.


Hazwan terpaksa jadi co pilot kpd Haikal

Setelah mereka masuk trek, aku lihat mereka bawa punyalah perlahan.  Macamana nak jadi pelumba F1 kalau mcm tu.  Habis 'pelaburan' RM50 aku ..... huhuhu


Siput ba** pun lebih laju daripada kereta kuning ni


Setelah tamat 10 minit, Hazwan masih nak naik go kart secara solo.  Dia dan Haizam nak berlumba memandu go kart masing2.  RM70 utk dua buah go kart tu.  Tapi kan aku dah kata aku ayah yg baik.  Layaaannnn..... huhuhu


Gaya aje lebih tu tapi tak laju mana pun.  Rasanya kalau aku naik basikal lagi laju


Balik dari sirkit go kart, kami pergi makan sup gear box di AU3.  Tak payahlah aku tayangkan gambar gear box tu.  Takut nanti ada yg terliur.

Itulah antara aktiviti kami sekeluarga minggu lepas.

4 comments:

  1. Selalu tgk petang2 ramai yang main go cart kat situ.. saya belum sempat buat entry pasal karnival lagik...hehehe

    Tak pernah rasa sup gearbox...selalu dengar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu ke lalu situ petang2? Rumah Kak Anie kat Seksyen 13 ke?

      Masa kami sampai tu ada sekumpulan lelaki sedang berlumba go kart di situ. Selepas mereka habis baru anak2 saya pula masuk litar.

      Nanti buatlah n3 pasal karnival tu. Nak tengok gambar Kak Anie dgn penulis2 novel terkenal.

      Kalau makan sup gearbox jgn lupa sedut isinya yg dalam tulang tu ... hehehe

      Delete
  2. Yb dah dekat dengan office kita lah, anak saya pulak suka main skate board kat skate park tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh opis awak kat seksyen 13 tu ke? Dulu opis saya pun kat sana - kat Jalan Rugbi hehehe

      Pandailah awak main skate board ek?

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails