Sunday, February 26, 2012

Perlukah Menipu Budak-Budak Kecil?

Semalam aku ke pasar malam dgn emak Adam dan Haikal.  Nak cari makanan sikit utk dinner.  Tapi tujuan utama emak Adam adalah untuk menukar tudung yg dibeli baru-baru ini.  Warna tudung tu sebijik sama dgn tudung yg dah ada kat rumah.  Jadi nak tukar kpd warna lain.

Selepas membeli makanan dan sedikit minuman emak Adam suruh aku balik ke kereta.  Dia nak ke tempat menjual tudung di sebelah hujung pasar malam tu.  Emak Adam kesian tengok aku jalan tak stabil sebab lutut kiri aku sakit.  Mungkin gara2 main bowling malam Sabtu hari tu.

Dalam aku bergerak ke arah kereta aku tu tiba aku terdengar seorang kanak2 meminta belon yg ada bentuk angry bird dan lain2 bentuk kartun popular.  Satu berharga RM5 kalau tak silap aku sebab aku pernah belikan Adam beberapa kali.

"ish orang tu tak jual belon ni," kata seorang perempuan separuh umur.  Aku syak dia tu nenek kpd kanak2 tadi.  Di sebelah perempuan tu ada seorg lelaki berumur yg aku rasa datuk budak tu.

"Alaaaa naklah belon ni," renget budak tu.

Aku tak tahu apa jadi lepas tu sebab aku tak berhenti kat situ.  

Tak jauh dari situ ada lagi seorang penjual belon macam tu juga.

"Nak belon," tiba aku lihat seorang kanak2 sekitar umur 4 tahun meminta dari ibunya.

"Abah dah beli hari tu," kata seorang lelaki yg aku percaya bapa budak tu.

Entah ya dah beli sebelum ni entah tidak tapi keluarga itu terus menarik anaknya meninggalkan penjual belon tu.

Persoalannya: Perlukan menipu kepada budak-budak kalau kita tak nak tunaikan hajatnya?

Aku risau, perbuatan ini akan menanam sifat berbohong itu tak mengapa di dalam hati kanak2 itu bila mereka semakin besar.

Lebih baik cakap perkara yg sebenar.  Tapi jika budak2 sukar untuk menerima kebenaran itu dan masih nak belon tu, kenalah cari cara lain.  Mungkin lebih senang jangan bawa kanak2 ke pasar malam atau tempat2 yg ada menjual belon atau benda2 lain yg kita tak suka anak kita beli.

16 comments:

  1. kesian pulak kat budak tu.

    kdg tu saya pun komplen tgk cara mak ayah melayan/mengajar anaknya, tapi saya pandai komplen je lah. dah ada anak sendiri nanti baru tau cemana rasanya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian2 juga tapi sekali beli 5 hinggit tu. Dua hari gerenti dah pancit belon tu .... huhuhu


      Tapi kalau tak nak belikan pun janganlah berbohong kat budak tu. Ada ke kata org tu tak jual. Ingat budak tu boleh terima ke alasan mcm tu.

      Nanti bila ada anak sendiri (lepas GB kahwin yg mana pengantin lelaki akan cium pipi awak hehehe) rasanya pandailah GB cari jalan nak didik anak mcmana kalau tak nak turut setiap kehendak mereka.

      Delete
  2. kan...kalau taknak belikan tak payah la bawak anak2 sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tiada siapa nak jaga anak2 tu kat rumah kot ..... ngeeeee

      Delete
  3. Masa anak2 saya kecik2 dulu saya tak pernah bawa pergi pasar malam, bukan sebab takut kena beli apa2 tapi sebab anak2 saya kata mereka rimas kepasar malam sebab banyak orang, mereka selalunya suruh saya beli makanan atau apa2 benda yang mereka nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya anak2 awak. Skrg ini mereka masih rimas ke pasar malam ke?

      Ada org sengaja cari masa puncakutk ke pasar malam iaitu masa org paling ramai di pasar malam tersebut. Masa tu bolehlah berhimpit2 dan bergesel2 .... hehehe

      Delete
  4. tautau lah
    sbb org kate anak2 ni jgn dimanja sgt
    apa yg dimintak diberi.. nnti payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu betul. Nanti rosak budak2 tu.

      Tapi kalau tak nak belikan pun janganlah dgn cara menipu mereka. Carilah alasan lain yg lebih munasabah.

      Saya risau jika budak2 ni tahu mereka dibohongi, akan tiba masa mereka pula membohongi org lain .... huhuhu

      Delete
  5. Cakap je duit tak cukup nak beli belon tu... huhuhu..

    Tapi budak2, mana nak faham.. Tau nya cuma memberontak kalau tak dapat apa yang dikehendaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul duit tak cukup bolehlah cakap mcm tu tapi kalau duit memang banyak dalam dompet, tak ke berbohong juga namanya itu. Hari Sabtu lepas ramai org dah dapat gaji dan dompet pun banyak yg kembung .... hehehe

      Itu yg leceh bawa budak ke tempat mcm tu. Ada jenis yg berguling2 tak nak bergerak ke tempat lain kalau tak dibelilkan apa yg dia mahu .... huhuhu

      Delete
  6. ANAK SAYA TU ARI MINTAK NAK BELI JAM.UMURNYA 7 TAHUM.SEINGAT SAYA DAH 6 KALI BELI JAM..PENYUDAHNYA JAHANAM JUGAK.LAST SY JAWAB 'UMIE AKAN BELI KALAU ABANG PANDAI JAGA BARANG.NI ASYIK HILANG LA,ROSAKLAH..TAK PAYAH BELI'..SO DIA DIAM :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dgn anak saya! Entah dah berapa banyak jam yg dibelikan atau dia beli sendiri. Anak saya tu darjah 5.

      Itu anak Irfa yg sulung ke? Baguslah dia sebab bila Irfa cakap mcm tu dia dah diam.

      Anak saya diam kejap aje .... huhuhu

      Delete
    2. lelaki tu no 2.yang sulung pompuan drjah 5.
      sabtu tu ari keluar shopping mall dia mintak nak jam lagi.
      saya cakap 'ayah takde sekarang.ada ayah nanti abang mintak ayah beli'(alasan semata)

      Delete
    3. Oh dia yg no 2. Ingat yg sulung. Kiranya anak Irfa 3 org lah. 2 pompuan sorang lelaki. Betul kan?

      Pandai Irfa beli alasan. Tapi bila ayah dia balik nanti mesti dia minta kat ayahnya pulak.

      Delete
  7. Yb sekarang anak2 dah besar kalau mereka nak makan apa yang mereka suka mereka pergi petang dalam pukul 5 atau 6 yaitu waktu peniaga baru buka perniagaan mereka, anak2 masih tak berapa suka kalau ramai orang dia orang cakap rimas macam2 bau ada maklumlah disini banyak kilang yang mengambil pekerja nepal, bangla dan vietnam bekerja so pasar malam kat sini ramai kaum pendatang datang membeli belah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah anak2 awak dgn kami - suka pergi awal sebab org belum terlalu ramai. Takdelah berhimpit2 dan queue panjang utk membeli sesuatu barang makanan. Lagipun sempatlah balik rumah utk solat Maghrib kat surau. Rasa tak selesa pula waktu maghrib sibuk di pasar malam.

      Kat sini taklah ramai sangat pendatang tapi kalau org dah ramai bau yg tak sedap tu tetap ada. Maklumlah ada yg dari tempat kerja terus ke pasar malam sebelum balik rumah mandi... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails