Monday, February 27, 2012

Elok Sekolah Campur Atau Sekolah Tak Campur?

Pagi ini abg Hamzah Al-Lavendari menayangkan gambar semasa dia sekolah rendah dulu di fbnya.  Gambar ini pernah disiarkan di blog beliau tak lama dulu.

Satu perkara yang aku tabik dgn abg Hamzah ini ialah dia masih menyimpan gambar2 dia dari dulu sehingga sekarang.  Sebahagian gambar itu dah boleh masuk Arkib Negara kot .... hehehe

Seperti biasa bila abg Hamzah update blog atau fbnya ramailah yg komen.  Dia memang popular di alam maya ni.  Kat alam nyata pun beliau tak kurang femesnya.  Pagi ini aku pun ada meninggalkan komen aku.  Di bawah ini aku siarkan sebahagian komen2 itu.  Komen dari org lain aku dengan sesuka hati aku telah buang .... hehehe


Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin !
 ·  · 

aldjalffff



Persoalan yg hendak aku kemukakan kpd kalian:  Mana lebih elok - sekolah campur pelajar lelaki dan perempuan atau sekolah yg tak campur?

Aku dari mula sekolah darjah 1 sehinggalah ke Tingkatan 5 bersekolah di sekolah lelaki.  Kawan2 aku semuanya lelaki.  Dalam keluarga, aku dan adik kembar aku pun kedua2nya lelaki.  Semasa di universiti di luar negara, kebanyakan pelajar Malaysia yg dihantar ke universiti kami tu pelajar lelaki sebab kebanyakan bidang adalah yg dikuasai oleh lelaki.   Cuma ada beberapa orang siswi dari Malaysia.  Itupun jadi rebutan siswa2 yg ada kecuali yg kurang cun ..... ngeeee.

Skrg ini kerana kebanyakan sekolah adalah sekolah campur, pelajar2 dah pandai kapel sejak kecil lagi.  Walaupun kebanyakannya sekadar cinta monyet, ada juga yg membawa ke jinjang pelamin.  Itu sebab kita lihat suami isteri sebaya umur mereka.

Semua ini ada baik dan ada buruknya.  

Apa pandangan kalian?




29 comments:

  1. Terima kasih keran sebut nama abg beberapa kali.

    1. abg tak ingat bila gambar tersebut tersiar dalam blog abg.

    2. dalam gambar reramai tu tak ada pun gambar abg .. awak sengaja crop ke ?

    3. ttg mana lebih baik tu, abg tunggu dan tengok komen org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali. Dan terima kasih juga kerana menjadi pengomen pertama.

      1. eh tak pernah siarkan kat blog ke? Ingat ada n3 yg saya tak baca yg menyiarkan gambar tu .... hehehe


      2. kalau ada gambar abg pun saya tak kenal yg mana satu. Macamana nak crop .... ngeeee

      3. ok kita sama2 tunggu. Komen abg sedikit sebanyak ada dalam fb tu.

      Delete
    2. samapi hati awak tak kenal ..

      yang lelaki duduk di depan sebelah kanan sekali. yang masing2 takut nak dekat. tu sebab tajuk fb abg - Pinggan Tak Retak ..

      Delete
    3. Biar betik bang? Lelaki tu nampak gelap aje .... huhuhu.

      Abg yg saya kenal jauh lebih hensem daripada lelaki itu! Kalau tak, masakan makngah terpikat .... hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Macam artis pulak no komen.

      Ini mesti kekenyangan makan pulut kuning dgn rendang ayam tu.

      ngeeeee

      Delete
  3. saya skolah campur dr darjah 1 smpi darjah 6.
    dari tgkatan 1 smpi tingkatan 5..(tapi sekolah aliran agama).
    tak kisah la sekolah campur ke skolah rojak pun asalkan niat ke sekolah tu nak belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah niat ke sekolah tu nak belajar. Tapi bila dah campur setiap hari, perasaan cinta mungkin berputik. Saya rasalah sebab saya pun tak mengalaminya sendiri.

      Sekolah aliran agama pun ada juga yg kapel..... huhuhu

      Delete
    2. setuju..sya kenal cinta monyet masa form 2 :)
      itu skolah aliran agama tu..lagi banyak cabarannya

      Delete
  4. Jujurnya, zaman sekarang ni, kalau sekolah sama jantina, tinggin risiko homosexual...tapi kalau sekolah campur pulak, tinggi jugak risiko seks bebas..hahahaha...

    Saya suka komen YB part " yg kurang cun aja yg tinggal tak di ngorat" hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka kejujuran doc itu.

      Dan saya juga cuba berlaku jujur dgn komen yg doc sebutkan itu.
      Harap kawan2 masa di uni dulu tak baca n3 ni. Kalau tak, mesti masing2 cuba mengingati awek manalah yg saya sebut tu .... hehehe

      Delete
  5. assalam YB..campur ke tidak..terpulang pada diri kita sendiri..
    cuma perlu diingat..dulu lain sekarang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Kak Erna.

      Betullah tu.

      Kalau sekolah tak campurpun kalau nak berkapel tetap pandai cari pasangan. Lagi dgn kemajuan ICT skrg. Tak jumpa di sekolah boleh cari dia internet.

      Delete
  6. Dah lama tinggalkan bangku sekolah, tapi perasaan ketika itu hanya utk kesekolah saja.

    Akak pernah sekolah campur dari darjah 1 hingga 6, Tingkatan 1 hingga 3 diTaiping (Ladies Treacher) semua pompuan, balik KL tingkatan 4 sampai 5 campur balik.
    Tak de sape yg akak bercinta pun ketika tu habis MCE dah disambar abg dr Melaka dtgnyer..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org dulu ramai yg fokus utk belajar aje semasa ke sekolah. Kat U pun tak pandai bercinta ... hehehe.

      Macamana abg nampak kakak sehingga terus saja menyambar lepas kakak habis MCE? Kira cekap dia tu ... hehehe

      Delete
  7. Saya skolah campur dr mula skolah smpai abes spm..
    Masuk skolah berasrama pun skolah campur gak..
    Tu pasal saya berpeluang jadi boya...
    Bagusnya skolah campur2 ni..ermm...mgkin pelajar
    lebih bermotivasi kot..nak2 kalau ade minat sesapa..kahkahkah...


    komen berbaur gatal ini ditaja oleh Celcom Axiata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya ada sumber inspirasi dan motivasi yg mcm tu. Cik Shinju bercakap dari pengalaman ke ni?

      Adakah awak yg menjadi sumber motivasi itu atau org lain yg menjadi sumber motivasi awak? ahaks.

      Tabiklah komen kali ni kerana mendapat tajaan ..... hehehe

      Delete
    2. rezeki namanye tu..komen dpt tajaan sykt gergasi..kehkehkeh..
      Kan dh ckp saya boya mase skolah dulu...nak wat cemane,
      terlebih kasih syg...kesian lak kat mereka2 yg mngharap tu...
      hahaha...

      Delete
    3. Ini rezeki besar. Terima kasihlah sudi berkongsi rezeki itu dgn saya. .... hehehe

      Kalau mcm tu mmg awak boya besar. Tak kesian ke kpd hati2 yg terluka dan terkecewa tu? hahaha

      Delete
  8. tak kisahlah sekolah mana pun Yb, yang penting cara bawa diri. benih yang baik jika dicampak ke mana sekalipun akan menjadi pulau yang cantik.

    Ai & enJekjek sekelas you dari form 1.

    hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benih yg baik memang tak kisah dicampak ke mana pun. Tapi cabarannya ialah benih yg kurang baik. Dah disemai dan dibaja serta disiram pun tak nak tumbuh dgn baik.

      Tot dan enJekjek sekelas dari Form 1 masa kat MRSMlah ya? Ramai pelajar MRSM yg kahwin sesama mereka. Bos saya dulu pun mcm tu .... hehehe

      Delete
  9. Yb saya dari darjah satu sampai tingkatan 3 sekolah semua perempuan tapi masa tingkatan 4 dan 5 barulah bercampur lelaki dan perempuan, tak pernah ada masalah langsung baik sekolah bercampur atau tidak saya cuma ada satu masalah je masa sekolah campur tu sebab ada seorang guru lelaki berasal dari kelantan bagi saya surat cinta tapi saya tak layan langsung sebab masa tu kita tak minat cinta2 ni dan guru tu pun bukan nya bujang tapi suami orang walaupun umurnya pada masa tu baru 24 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyooo. Berani guru tu bagi surat cinta. Apa jadi selepas awak tak balas cinta dia? Markah awak kena potong tak? hehehe

      Delete
  10. Seronok baca rentak orang lelaki komen mengomen. Macam nak gaduh pun ada, tapi sangatlah gentleman!

    Sekolah campur lah best. Baru bleh test market! hahahah yang pasti, saham saya sentiasa tinggi masa di sekolah! hihihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dgn abg Hamzah memang biasa komen mengomen mcm tu. Kalau org tak biasa baca ingat kami nak gaduh. Dengan abg Hamzah kena cepat dan cekap tangkap maksud dia yg tersirat di samping yg tersurat. Maklumlah dia tu otai.

      Mestilah tinggi saham Azie masa sekolah dulu. Mesti ramai yg kecewa bila Hisyam yg berjaya memiliki Seri Bulan! hahaha

      Delete
  11. makna otai tu secara sindiran orang tua lah kan ?

    nampaknya tiada kesimpulan yang konklusif sekolah mana lebih baik.

    'this is not a matter of right or wrong but a matter of preference'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otai bukan setakat sebarang org tua tapi org tua yg banyak pengalaman.

      Memang tiada kesimpulan yg konklusif sekolah mana lebih baik. Ianya banyak bergantung kpd pelajar2 itu juga.

      Delete
  12. subjek yang menarik. dulu saya sekolah tak campur dan saya dapat merasakan kebaikannya. saya mengagak saya sezaman anda berdasarkan usia anak. bila kita dah mengalaminya tentu sekali kita mahukan juga yang terbaik buat anak. itu yang saya pilih buat anak. memang ada bezanya. dari pengamatan saya, mereka yang tidak mengalami sekolah tak campur selalu ada gambaran negatif seperti risiko tinggi homo tapi saya rasa lebih tinggi risiko berpacaran di sekolah campur. konsentrasi masa pelajaran pun tinggi gangguannya dengan kehadiran lain jantina. itu tersangat normal. tidak dinafikan pasti di kedua situasi ada contoh yang baik dan juga yang tidak. namun pengamatan saya bila ditimbangi, terserlah kelebihan pada sekolah tak campur, dari pengalaman sendiri dan juga anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana mengambil masa yg begitu lama utk menjawab komen sdra.

      Tahniah kerana sdra berjaya memilih sekolah tidak campur utk anak seperti mana yg saudara lalui dulu. Saya agak bersetuju dgn pandangan sdra kerana risiko berpacaran membawa natijah lebih buruk dari risiko homo. Banyak kes buang bayi mungkin antara disebabkan pelajar2 sekarang terdedah dgn pergaulan yg bebas semasa di sekolah lagi.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails