Semasa aku sedang menikmati minum pagi tadi loceng gate aku berbunyi. Bila aku jengah keluar, terlihatlah sepupu aku dan suaminya tercegat di depan gate. Mereka datang untuk menjemput kami ke majlis pernikahan dan persandingan anak perempuan sulung mereka pada pertengahan bulan depan. Bakal menantu mereka pegawai tentera berpangkat kapten.
"Tak boleh lama ni sebab banyak rumah lagi nak pergi," kata sepupu aku. Masa tu suaminya dah duduk di kerusi ruang makan.
"Duduk depanlah. Sana terang sikit kalau nak menulis," pelawa emak Adam bila terlihat sepupu aku nak menulis nama pada kad jemputan.
Bila dah duduk di sofa empuk Fella Design tu banyaklah soalan yg kami tanyakan tentang majlis tersebut. Mereka ini suami isteri memang kuat bercerita pula. Memang ngamlah dgn kami.
Tarikh utk majlis perkahwinan ini baru saja dikonfom kerana sebelum ini bakal menantu mereka risau kalau PRU13 diadakan pada cuti sekolah bulan Mac ini. Kalau pilihanraya, maka cuti utk pegawai dan anggota tentera dan polis akan dibekukan. susah juga dapat menantu askar ni rupanya
"Eh dah duduk lama ni tak buatkan air pulak," kata emak Adam nak ke dapur.
"Tak payah Na. Karang tak jadi ke tempat lain pulak," kata sepupu aku.
Mereka suami isteri pun bangun menuju ke pintu.
Aku rasa kalau emak Adam tak menawarkan nak buat minuman tadi, mahu belum balik lagi mereka tu.
Nampaknya dia ini sepupu sebelah emak aku yg mula2 menerima menantu. Sepupu sebelah arwah bapak aku dah ramai yg ada cucu. Yang dah bercicit pun ada.
Aku jugalah yg anak pun belum habis belajar lagi. Lambatlah lagi nak terima menantu. Itu belum lagi Adam yg baru 3 tahun tu.
AsSalam,
ReplyDeleteTak per YB, InshaAllah akan tiba jua masanya nanti
Waalaikum salam Kak.
DeleteJiran2 kami pun dah ramai yg terima menantu. Tapi kebanyakan mereka dah pencen atau mid 50's.
Saya dan emak Adam belum pun masuk 5 series. Masih mudalah kiranya .... hehehe
mak saya terima menantu pertama masa umur mak 42 tahun.adakah saya juga begitu?entahlah..
ReplyDeleteWah kira mudalah tu. Sekarang dah berapa org menantu dan cucu emak Irfa tu?
DeleteElok juga awak ikut jejak emak awak tu. Nanti bolehlah main dgn cucu2 bila dah tua sikit.
MAK SAYA SKRG UMUR 54 TAHUN
DeleteADA 2 MENANTU DAN 4 CUCU :)
saya harap diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat anak2 membesar dan berdikari.kalau dapat tgk cucu itu di kira bonus
hehe
Pukul berapa YB minum pagi ni? Samada YB minum lewat sikit, atau sepupu YB memang terpacak awal pagi nak menjemput! hahaha
ReplyDeletePagi ni saya minum pukul 10 pagi. Kira mcm org kerja opis time rehatlah tu ... hehehe
DeleteKerja sendiri ni ikut suka bila nak sarapan. Kadang2 pukul 7 pagi emak Adam dah buatkan air. Kalau dia buat macam2 jenis sarapan, pukul 9 lebih baru sarapan.
cepat2 suruh atikah cari calon...
ReplyDeleteeh,anak sulong yb kaklong lupa nama lah...heheheh!
Kalau dia ada calon pun belum bersedia nak kahwin lagi sebab baru 20 tahun umur Atikah tu... huhuhu
DeleteAnak sulung tu namanya Hazwan. InsyaAllah tahun ni dia baru habis belajar.
waduh kalau Haizam kawin dan dapat anak, jadi paman muda laa Adam.. ihiks..
ReplyDeleteBeza umur antara Haizam dan Adam 12 tahun. Ada harapan jadi paman muda. Tapi kalau Hazwan yg kahwin dulu itu lagi muda Adam dah jadi paman sebab beza umur antara Adam dan Hazwan 20 tahun.
Deletesabo YB..tak lari tu..masa untuk menerima menantu akan sampai..
ReplyDeleteacik pulak kalau nama sepupu sebelah mak.semua dah bermenantu dan bercucu..acik pun belum..
InsyaAllah akan sampai masa tu. Tapi kat taman perumahan ni pun ramai yg asyik kahwinkan anak. Saya ni nak kata muda tak muda, tua pun tak tua. Tunggu ajelah masanya dalam 2-3 tahun lagi kot.
DeleteLambat lagi la YB nak dapat menantu. Saya lagi la lambat. hihih
ReplyDeleteMungkin 2-3 tahun lagi kot.
DeleteGC mmglah lambat lagi. Kan awak baru aje jadi menantu. Takkan dah nak terima menantu pulak .... hehehe
Yb relax je, anak sulung saya dah berumur 28 tahun pun belum berkahwin belum ada jodoh lagi.
ReplyDeleteKalau cepat anak2 saya kahwin nanti cepat dapat cucu. Boleh main dgn cucu pula bila Adam dah mula bersekolah ... hehehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetersedak jap, I pun Na jugakkk.. Anaa.. kekeke..
ReplyDeleteOopsss sama pulak dgn nama emak Adam.
DeleteEmak Adam nama Siti Roslina. Sepupu saya panggil Na aje .... ngeeee