Wednesday, February 15, 2012

Kalau Nak Berurusanpun Tengoklah Waktu

Malam semalam aku ingat nak tidur awal.  Hampir seharian aku mesyuarat.  Jadi aku dah letih.  Baru aku nak baring setelah membaca 3 Qul dan ayat2 lain tiba2 hp aku berbunyi.

Ada panggilan daripada seorang kenalan.  Kalau aku tak jawab takut memekak aje bunyi telefon tu.  Aku pun jawab.

"Assalamualaikum Din," kata aku.

"Waalaikum salam YB," balas Din.
"Dah nak tidur ke?" tanya dia.

"Ha'ah. Ada apa2 perkara penting ke?" tanya aku.

"Maaflah call malam2 ni.  Ada sorang ni nak jual tanah utk stesen minyak." Din mula buka cerita.

"Kat mana tu?" tanya ku ingin tahu lokasinya.

"Kat Highway LAMBAT (bukan nama sebenar).  Tanah dia 2 ekar lebih.  Betul2 tepi highway," terang Din.

"Orang tu dah dapat kelulusan jalan keluar masuk ke highway ke?" tanya aku.

"Tak pastilah YB. Tapi tanah dia memang cantik," Din cuba menggoda aku.

Aku dah biasa sangat orang akan mengatakan tanah dia atau tanah orang yg diwakilinyalah yg paling sesuai utk stesen minyak.  Tanah cantik dan macam2 lagilah.

Dipendekkan cerita, Din akan bertanya dgn kawan dia yg nak jual tanah tu samada dia sudah mendapat kelulusan akses.




Bagi sesiapa ada tanah di tepi lebuhraya, pastikan anda boleh mendapat kelulusan jalan keluar masuk dari pihak pemegang konsesi dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia jika anda berniat atau berminat utk menjual tanah anda kpd mana2 sykt minyak.  Kalau tak dapat tu, kirim salam dan selamat malam ajelah.


Aku pun berbaring semula selepas itu.



Semasa aku baru nak terlelap tiba2 hp aku berbunyi lagi.  Aku teraba2 dan tengok skrin aku.  Laaaa.... si Din ni lagi.

Kali ini dia ada sebidang lagi tanah yg hendak dijual sebagai tapak stesen minyak berhampiran komplek membeli belah yg baru dibangunkan.

"Berapa ringgit sekaki persegi dia nak jual?" tanya aku.

"Tempat tu bagus.  Orang tu nak RM400 sekaki persegi," jawab Din penuh semangat.

"Hush semangat.  RM400 tu tinggi giler.  Takde sykt minyak yg sanggup membayar setinggi itu." kataku yg pasti mematikan semangat Din.

Sepatutnya Din ini buatlah homework dulu sebelum mengganggu orang lain di tengah2 malam.  Kalau nak bincang panjangpun tunggulah siang.  Bukannya urusan itu (kalau jadi) kena dimuktamadkan malam semalam juga .... huhuhu

13 comments:

  1. Salam. Eh! Sy yg pertama ke? Ajaibnya. Kdg2 tu ada yg call sy kul 3am. Ni lg giler. Pas tu I buat silent mode.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Daddy Zuki.

      Ha'ah DZ yg pertama. Tahniah! Malam tadi ramai yg baca tak berapa rajin nak komen kot sebab dah mengantuk .... hehehe

      Siapalah yg call DZ pagi2 buta tu? Kalau perkara tu boleh tunggu sehingga siang esoknya, memanglah giler.

      Silent mode ni nanti isteri ingat kita tunggu call dari kekasih gelap .... hahaha

      Delete
  2. semangat sungguh dia..kesian siang malam fikir nak buat duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat duit tu tak salah tapi kalau melibatkan pihak lain kenalah bertimbang rasa.

      Ada dia janji nak beri kpd saya dokumen berkenaan cadangan dia tu tapi sampai hari ni tak hantar lagi. Malam tu bukan main semangat tapi dah kendur nampaknya .... huhuhu

      Delete
  3. Masa tengah bersemangat gitu la kena call terus,hahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mungkin tengah bersemangat nak cari pembeli utk tanah tu tapi org lain yg di call itu mungkin tengah bersemangat utk xtvt lain .... hahaha

      Delete
  4. homework dia, bibik dia yang buatkan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisa diatur pak.

      Masalahnya ianya enggak diatur .... huhuhu

      Delete
  5. Din tu excited amat nak closed deal..duit..duit..duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau excited sangat pun pastikan keperluan asas utk close deal tu telah dipenuhi. Ini semangat tak tentu pasal.

      Tanah yg satu lagi yg dia janji nak hantar dokumen kpd saya sampai hari ni senyap aje .... huhuhu

      Delete
  6. Yb ada orang masa dia tengah excited dia tak boleh control mulalah dia buat benda yang sepatutnya dia tak boleh buat, orang macam ni kalau berurusan dengan dia akanbuat kita boleh senang dapat darah tinggi dan selalunya hangat hangat taik ayam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org mcm ni belum cukup pengalaman berniaga. Semangat naik mendadak tapi turunnya pun cepat.... huhuhu

      Delete
  7. agaknya dia penah keje MLM..meniaga lewat malam :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails