Tuesday, February 28, 2012

Buang Duit Aje

Malam tadi selepas kencingkan oopss hantar Adam kencing di tandas, akupun pakaikan dia lampin pakai buang sebab dah nak suruh dia tidur.  Sekarang Adam dah nak 3.5 tahun.  Kalau siang dia tak pakaidah lampin tapi bila tidur kami pakaikan sebab takut banjir tilam.  

Adam biasa tidur lewat.  Selagi emak bapaknya tak tidur selagi itulah dia tak tidur.  Dan kami pula selagi Adam tak tidur, kamipun tak boleh nak tidur!

"Cepat adik ayah pakaikan Pet Pet," kata aku menyuruh dia baring di katil.

Setelah 2-3 kali aku panggil barulah dia datang.  Rancangan aku nak menonton Nightline pun terbantut kerana sibuk mengejar anak bongsu kami itu.

Sambil aku pakaikan dia Pet Pet akupun cakap kat dia, "Sampai bila nak pakai Pet Pet masa tidur ni?  Buat buang duit aje."

"Main bowling tu pun buat buang duit aje!" balas dia.

Terkezut aku dengar jawapan balas dari Adam.  Memang minggu lepas kami pergi main bowling dua kali.  Pertama kali pada petang Selasa.   Masa itu emak Adam yg beriya2 mengajak sebab dah lama tak main.  Main sebelum pukul 5 petang murah sikit bayarannya.

Malam Sabtu baru ini anak2 pula ajak sebab semua ada di rumah kecuali Afifah yg berada di London.  Semua dalam keluarga kami main bowling kecuali Adam kerana bola bowling lebih berat dari dia.  Tak laratlah budak tu nak angkat dan baling.  Jadi dia sekadar melihat kami bermain.  Mungkin sebab tu dia jeles kot.

Skor aku, emak Adam dan Hazwan.  Tak tinggi mana pun terutama yg CT tu.  Dia tu aku beri jolokan J.Lo atau juara longkang .... hehehe

Bila aku beritahu emak Adam yg sibuk melipat kain di ruang rehat malam tadi apa yg Adam beritahu aku, dia tak percaya.  Aku pun suruh dia tanya sendiri Adam.  Emak Adam ulang soalan yg sama bermula dari jangan pakai Pet Pet lagi sebab buang duit.  

Adam balas balik dengan ayat yg sama, "Main bowling tu pun buat buang duit aje!"

Aduh..... pedih.




26 comments:

  1. mesti ada orang ajar adam cakap macam tu ..

    abg dah baca semua komen dalam entri awak sebelum ini dan buat kesimpulan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya kami tak ajar dia cakap mcm tu. Tak pasti di mana dia kutip ayat tu.

      Terima kasih kerana kegigihan membaca semua komen di dalam entri saya sebelum ni. Saya yg menulis semua n3 tu pun tak dapat membuat kesimpulan. Sudikah kiranya abg berkongsi kesimpulan itu?

      Untuk itu, saya dahulukan dgn ucapan ribuan terima kasih.

      Delete
    2. abang kata abang "baca semua komen dalam entri awak sebelum ini .."

      bukannya ..

      "baca semua komen dalam semua entri awak sebelum ini ..".

      sangat jauh perbezaannya tu. Abang cuma baca semua komen awak dalam entri bertajuk "Elok Sekolah Campur Atau Sekolah Tak Campur?" sebelum ini.

      Harap maklum.

      Delete
    3. Terima kasih di atas penjelasan itu.

      Saya sekadar bersangka baik dan anggap abg baca semua komen dalam (semua) entri saya sebelum ini. Tak mengapa kalau tak bacapun.

      Apapun saya masih mengharap abg berkongsi kesimpulan daripada pembacaan abg tu.... hehehe

      Delete
  2. wah..boleh tahan ayat dia :)
    sekali cakap menusuk ke tulang hitam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menusuk sungguh. Itu sebab saya beritahu emak Adam supaya dia sama2 tertusuk .... hehehe

      Delete
  3. wahhh..bukan main lazer mulut dia yeee...!
    kehkehkeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak sekarang memang mulut takde insuran .... huhuhu

      Nasib baik saya tak suruh dia tidur dalam bilik air tanpa pakai Pet Pet ... hehehe

      Delete
  4. hmmm....adam dah pandai berkata-kata ni. kena la hati2 sikit lepas ni. heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur dia setahun lebih dia dah pandai cakap dah. Anak bongsu mungkin macam itu kot sebab ramai yg ajak dia cakap.

      Memang kena hati2 sekarang sebab dia cepat tangkap apa yg kita cakap.

      Delete
  5. Replies
    1. Tak baik ko ngah. Nanti kalau ko yg kena baru tahu .... hahaha

      Delete
  6. Replies
    1. sebelum ni pun dah boleh menjawab tapi taklah sesinis ini .... huhuhu

      Delete
  7. pedihnya! hahaha....umur adam lebih kurang umur anak saya...tapi so far anak saya tak beri jawapan pedih lagi..hehehhe..bila adam lahir ye YB? anak sulung saya ziyyad tu 30/10/2008

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana komen tu mungkin permainan bowling seterusnya terpaksalah ditangguhkan dulu...


      Adam lahir 5/9/08. Maknanya adam tua sikit dari Ziyyad. Ziyyad mungkin lebih inesen dalam dialognya sebab dia tak ramai kawan nak ajak bercakap sebab dia anak sulung.

      Delete
  8. YB dgn uncle hamzah bila berbalas komen kat blog, dah macam kat FB! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbalas komen dgn abg Hamzah tu perkara biasa. Tak kira di fb atau di blog.

      Dengan pembaca blog yg lain pun ada juga berbalas komen. Cuma mungkin doc tak perasan.

      Delete
  9. kah kah.. good Adam.. sesekali kasi kezutan sikit kat mak ngan ayah..

    J Lo tu yang tak tahan tu.. kah kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terkezut saya. Tak sangka pandai pulak dia balas balik mcm tu. Nampaknya kenalah pakaikan Pet Pet sehingga kami berhenti main bowling atau adam tak lagi menganggapnya buang duit ... hehehe


      J Lo tak berapa menjadi pada game terakhir tu. Sebelum itu lagi banyak yg terjunam ke longkang.

      Delete
  10. haha. bijak berkata2. tu baru umur 3thn stgh. nanti dah besaq, ntah apa lagi dia jawab. bijak! bijak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah juga budak yg nak goreng ikan guna monyet oopsss kunyit .... hehehe

      Delete
  11. anak-anak sekarang ni bijak2. Sebab tu jangan buat tak tentu hala. Dia dah ada jawapan siap-siap dalam kepala.. haha..
    adam.. adam.. nenda pah tabik lah dengan adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pah mesti dah banyak terdedah dgn keletah budak2 baya adam tu sebab dah ramai cucu dan anak2 murid di tadika. Kadang2 memang kita tak menjangka jawapan mereka.

      Kalau tadika kakpah dekat sini boleh masukkan adam kat situ. Skrg dia sibuk nak pergi tadika bila lihat budak2 baju ungu di tadika tu. Adam kata dia nak naik motornya pergi tadika.. Emaknya kata sampai sana masa dia belajar jangan lupa cas bateri motor tu ... hehehe

      Delete
  12. hahaha...

    Terbaik punya jawapan.... adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya adam ni sebab cekap dia memerhatikan keadaan sekeliling... huhuhu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails