Tuesday, February 7, 2012

Apakah Hadiah Paling Sesuai Untuk Harilahir Emak Adam?

4 hb Feb ialah ulangtahun kelahiran emak Adam.  Aku tengah fikir nak bagi hadiah apa kat dia.  Siang 3hb tu aku tanya kawan2 fb dan ramai yg respon dgn pelbagai cadangan.  Ada yang bernas dan ada yg lebih kpd lawak ....  hehehe

Antara cadangan tentang hadiah itu adalah seperti di bawah ini.  Ayat dalam kurungan adalah komen balas aku:

1) barang kemas
(sale kat Habib dah tamat minggu lepas)

2) handbag
(aku ingat nak kirim beg LV kat Rizan yg kerja pramugara tu kalau dia ke Paris lagi.  Kalau ada rezeki kami yg ke Paris hehehe yalah tu)

3) bunga
(aku pernah bagi emak Adam 3 kuntum bunga ros pada harilahirnya tak lama dulu.  Dia sungguh teruja kerana tak sangka aku beri dia bunga dan kad ucapan.  Ayat power lagi beb)

4) adik utk Adam
(ingat satu malam terus boleh jadi ke? hehehe)

5) lebih tumpuan dan masa utk emak Adam.  Kurangkan berfb.
(cadangan yg paling banyak mendapat like dari pembaca lain!  Aku pun setuju tapi bukan senang nak laksanakan huhuhu)

Kalau nak tahu cadangan2 lain bolehlah ke wall aku pada 3/2/12 tu.

Kepada semua kawan2 fb (sebahagiannya kawan di blog juga tu) yg telah memberi pandangan dan cadangan, aku ucapkan terima kasih.

Selepas pukul 12 tengah malam Sabtu tu anak2 aku buat "surprise party"  Siang Jumaat tu mereka telah ke Secret Recipe membeli 2 potong kek dan belon beserta kad ucapan.  Bila emak Adam naik ke living hall tingkat atas rumah kami, anak2 dan aku menyanyikan lagu hari jadi utk emak Adam.  Lepas dia meniup api lilin kami pun makan kek itu bersama.  Aku lihat mcm nak menitis airmatanya kerana dapat meraikan ulangtahun hari kelahirannya bersama kami sekeluarga termasuk Afifah yg pulang dari London.

Esok paginya iaitu pada 4/2/12 kami ke Lumut, Perak dgn jiran setaman.  Di sana kami tinggal di sebuah pondok (chalet) di tepi pantai Teluk Muroh.  Petang itu aku dan Hazwan (anak sulung aku) pergi memancing menaiki bot milik abg ipar jiran kami tu.  Satu pengalaman baru kerana kami tak pernah memancing ikan di laut.  

Malam itu kami makan ikan hasil tangkapan tersebut.  Selain itu ada lauk kepah yg kami kutip di tepi pantai.

Selepas makan malam, anak2 aku keluarkan sebiji kek hari jadi.  Sekali lagi emak Adam terkejut kerana tak sangka ada lagi sambutan harijadinya.  Susah juga nak pastikan api lilin tak padam kerana angin laut yg kuat.

Aku percaya, sambutan harijadi kali ini pasti akan dikenang oleh emak Adam utk masa yg lama.

14 comments:

  1. selamat ulangtahun buat is3 kesayangan YB
    semoga mendapat kebaikan di antara yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.

      Terima kasih di atas ucapan dan doa Eja tu.

      Delete
  2. dah lama tak jadi antara yang pertama...(,")

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah kurang org berebut nak jadi yg pertama. Mungkin kena adakan kontes mcm dulu kot utk menarik minat org berebut mcm dulu tu .... hehehe

      Delete
  3. bertuah lah mak Adam kerana mewah kasih sayang..kasih sayang adalah hadiah yang 'priceless'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hani. Hidup yg dilimpahi kasih sayang adalah hidup yg sangat bererti. Ianya tak boleh dinilai dgn wang ringgit.

      Delete
  4. Sungguh bertuah mak adam.ada suami anak-anak yang sangat sayangkannya. Kejutan dari anak-anak mesti menggembirakan dia kan yb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu aje yg mampu kami beri kepada dia. Banyak pengorbanannya kpd keluarga. Sejak kahwin dgn saya dia terus menjadi surirumah sepenuh masa dan terpaksa korbankan cita2nya.

      Mcm hendak menitis airmata emak Adam bila anak2 keluarkan kek selepas pukul 12 tghmalam tu dan juga malam esoknya di Lumut. Dia tak sangka anak2 berusaha sehingga begitu utk emak mereka.

      Delete
  5. Happy Belated Birthday buat Mak Adam ya, semuga hidup bertambah bahagia disisi suami yang sporting. Mak adam sama bintang dengan saya iaitu Aquarius. hari Jadi saya jatuh pada hari ahad 5 feb bersamaan tarikh maulud nabi tahun ini. Kita gi makan2 kat windmill je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy belated birthday kpd awak juga. Beza cuma sehari dgn birthday emak Adam rupanya. Anak ketiga kami yg sekarang di Matrik Melaka tu birthday pada 2 Feb.

      Pergi makan2 pun bagus juga. Yang penting tanda ingat ahli keluarga kpd ahli yg lain bila tiba hari lahir.

      Semoga awak sekeluarga berbahagia selama2nya.

      Delete
  6. Replies
    1. Pergi ke Teluk Muroh dan bersantai di tepi pantai tu mmg best. Lain dari tahun2 sebelumnya.

      Ada jiran2 yg lain dah bercadang nak ke sana bila cuti lain kali. Jomlah kalau nak ikut rombongan cik kiah ni .... hehehe

      Delete
  7. Yb, terima kaseh kerana mendoa kan keluarga saya bahagia, tak dapat hadiah tapi dapat doa dari kawan2 pun saya happy sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Itulah untungnya ada ramai kawan yg saling mendoakan kita. Semoga makbul doa2 tersebut.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails