Tuesday, January 24, 2012

Seronok Sama-sama Tapi ...

Aku baru balik dari Kuantan petang semalam setelah bercuti bersama keluarga selama 3H/2M di sana.  Sepanjang aku bercuti tu blog aku pun cuti juga.  Terima kasih kepada mereka yg sudi berkunjung ke blog aku w/p takde update selama 3 hari tu.

Kami ke Kuantan pada pagi Sabtu.  Nak bayar tol di Plaza Tol Gombak lagi dah jam.  Lepas bayar tol pun kenderaan merangkak sehingga ke terowong.  Kami berhenti di layby Lanchang kerana Haikal nak terkencing.  Di situ org begitu ramai dan nak kencing kena berbaris terutama di tandas wanita.  Tandas lelaki ok juga lagi.  Perempuan ni lama kot kalau buang air .... hehehe.

Tengahari itu kami bersama jiran2 lain dari taman perumahan kami menjadi pengiring pengantin lelaki iaitu anak mantan pengerusi surau di taman kami.  Dia dapat orang Kuantan.  Letihlah bila nak balik raya lepas ni dengan traffic jam.  Nasib baik kampung isteri aku ni dekat aje ... cewah.

Emak Adam menandatangani buku pelawat di majlis perkahwinan tersebut sambil diperhatikan oleh jirannya

Mentari terbit di Teluk Cempedak


Tak payah aku ceritakan dgn terperinci aktiviti kami seterusnya di Kuantan.  

Secara ringkasnya aku dapat bersama keluarga aku termasuk emak aku yg berkerusi roda itu pergi makan di tempat2 yg femes di sana.  Kami juga telah ke Bukit Gambang Resort City pada hari Ahad.  Anak2 aku seronok bermain air di sana.  Akupun tumpang jadi mcm budak2 ... ngeeee

Semalam sebelum bertolak balik ke KL, kami ke rumah kawan2 aku yg berbangsa Cina utk menyambut Tahun Baru Cina.  Di rumah pertama, kawan aku tu menyediakan pelbagai masakan Melayu seperti nasi dagang dan nasi minyak serta pulut kuning.  Isteri tukang cat dia yg berbangsa Melayu yg sediakan dan dimasukkan dalam bekas tupperware dari rumah tukang masak tu.   Jadi kami boleh makan tanpa was-was dengan menggunakan pinggan dan sudu garpu plastik.

Bila kami nak balik, anak2 aku dapat angpau.

Di rumah kedua kami hanya makan kacang2 dan limau.  Lagipun kami dah kenyang.  Anak2 aku dapat angpau juga.  Untung jadi budak2 ni.... huhuhu.

Bila balik dari makan angin, sudah tentu pakaian yg kotor banyak yg hendak dicuci.  Pagi ini sambil menyediakan sarapan, emak Adam membasuh pakaian tu.  Inilah kesiannya para surirumah.  Pergi jalan sama2 berseronok tapi bila balik dia yg kena membasuh seorang diri.

Pagi tadi semasa dia membasuh aku tolong kemaskan bilik tidur dan mandikan Adam.  Anak aku yg sulung pula menolong emaknya menyidai pakaian.

Maka senyumlah emak Adam kerana ada yg menolong.


10 comments:

  1. lepas ni emak adam kata..boleh la selalu2 berjalan..bila balik kerja jadi ringan sebab adanya kerjasama dan gotong royong didalam rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Erna,

      Skrg pun kira selalu juga berjalan. Hujung tahun hari tu kami tidur di Melaka. Bulan depan masa cuti Maulud Nabi kami bercadang nak ke Lumut pula dgn jiran2 setaman.

      Bila balik kenalah kerjasama. Tapi masih sebahagian besar tugas tu emak Adam yg buat .... ngeeeee

      Delete
  2. haaaa. itu macam la baru betul. saya pun selalu mcm tu. rajin basuh kain tapi malas sidai so abahcem kena la buat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni anak sulung tu angin tengah bagus. Itu yg dia tolong. Kalau tak, terpekik terlolong pun dia buat dek aje ... huhuhu

      Wah tak sangka abahcem rajin menolong.... ngeeee

      Delete
  3. eh mana ada letih sgt meredah traffic jam masa raya, itu sebahagian daripada keseronokan pulang berhari raya di kuantan! hehe.

    lagipun balik ke kuantan tak jem sgt, jem kat karak before bentong sbb org-org kelantan. so better kita kesian kat org2 belah sana je hehehe... dorang tu jem entah berapa jauh, sepanjang perjalanan agaknya...

    kenapa YB tak war-warkan awal-awal? saya ada promotion voucher utk masuk Bukit Gambang Resort tu at discounted price. rasanya murah dalam RM10 jugak per pax. boleh berkongsi rezeki macam tu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah tak seletih meredah traffic jam kalau nak ke Kelantan. CNY tahun lepas kami bercuti ke KB. Dari KL nak ke sana dekat 11 jam termasuk berhenti2 rehat, makan dan solat. Dahlah tu, dlm bandar KB pun jam. Di Kuantan takdelah sampai mcm tu.

      Nape tak cakap farrah ada voucher tu? Anyway, saya dapat juga voucher tu dari Maya rakan fb saya yg pergi ke sana bulan lepas. Dia poskan ke rumah. Memang kurang dlm RM10 seorg. Dia kata nak pergi lagi bulan depan. Mungkin saya akan suruh dia kontek farrah kalau farrah tak keberatan berkongsi voucher tu dgn Maya.

      Delete
  4. kenduri kawin sekarang ada buku pelawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin pasangan pengantin nak jadikan kenangan. Kalau setakat ambil gambar dah biasa.... hehehe

      Delete
  5. Yb cakap pasal baju ni memang tak habis, sebelum pergi dah kena kemas masuk dalam beg balik pulak macam nak pengsan kerjakan baju lagi pendek kata tak habis2 satu hari dengan baju nasib baik hari panas.

    Beruntung betul jadi mak adam ada orang tolong, kalau saya macam yang pernah saya bagi tau dulu, tak kan nak lah si dia tu menolong tapi saya tak merungut sebab dah memang perkara biasa buat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nak pergi dah kena kemas baju2 yg nak dibawa. Dah balik nak basuh yg dah kotor. Lepas tu nak jemur dan yg malas sekali nak lipat. Hari tu sampai 4 kali mesin basuh utk cuci semua pakaian yg dibawa ke Kuantan tu.

      Selalunya emak Adam buat sendiri. Tapi bila dah banyak mcm ni kesian pulak kalau tak ditolong.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails