Bagi sebahagian orang apalah sangat nilai duit 50 sen terutama apabila harga barang semakin mahal sekarang ini. Tapi bagi org lain, 50 sen itu agak besar. Takde 50 sen, takdelah seringgit (dah bunyi macam roda kereta lembu pulak).
Kalau kita ke hypermarket, sebahagian pasaraya ini memerlukan kita meletakkan duit syiling jika kita hendak mengambil troli yg diletakkan di tempat penyimpanan troli. Kebanyakan tempat mengenakan 50 sen w/p ada juga yg cuma 20 sen. Tujuannya supaya pelanggan menghantar semula troli itu ke tempat simpanannya sebelum boleh mengambil balik duit syiling 50 sen yg digunakan tersebut.
Duit syiling dimasukkan ke slot warna merah sebelum boleh menarik troli dari tempat simpanan (lihat gambar di atas). Kebanyakan org tahu ni. Saja nak tunjuk gambar Adam yg sedang rambang mata nak pilih minuman kesihatan w/p bila dah beli bukan diminumnya huhuhu
Semalam semasa aku ke Giant, aku lihat ada sebuah troli ditinggalkan kira2 30 meter dari pintu masuk ke Giant. Org yg menggunakan troli itu mungkin malas nak hantarkannya semula ke tempat simpanan troli. Mungkin dia kata, "Setakat 50 sen tu biarlah. Buat penat aje nak hantar balik ke sana."
Tak lama lepas itu lalu seorang lelaki berbadan agak gempal. Bila dia terlihat saja troli itu, dia pun terus tolak. Boleh senyum2 seorang diri pula tu. Dia tak perasan aku memerhatikan dari belakang. Mungkin di dalam hatinya berkata, "wah untung aku dapat 50 sen free hari ni."
Mesti mamat ni happy sebab senyum2 mcm kerang busuk.
Oleh itu kita tak boleh memandang remeh nilai 50 sen di dalam kehidupan kerana sesuatu yg tak bernilai bagi seseorang, mungkin boleh membuat orang lain gembira.
Lain kali kalau korang nampak aku sedang cari troli, sila tinggalkan troli korang tepi kereta setelah anda memasukkan barang ke dalam kereta. Anggaplah ianya upah aku tolak troli tu balik ke tempat simpannya ... hehehe
Oh ya. Semalam semasa aku nak membuat pembayaran di kaunter Giant tu, Haikal meminta aku RM5.50 utk beli ayam goreng Uncle Best. Memandangkan aku takde duit syiling, aku beri dia duit RM10 sekeping. Bila dia datang semula kepada aku dgn satu bungkus ayam goreng tu, dia hulur semula duit note RM5 kpd aku. Dia kata abang yg jual tu takde duit syiling juga. Jadi abang tu bagi diskaun 50 sen!
dah lama tak jumpa troli yang kene pakai coin tu
ReplyDelete50sen pun orang tak pandang dah sekarang... 5sen lagila!
~mrs azmi~,
ReplyDeleteDi Tesco rasanya dah tak guna syiling lagi. Kalau awak sering ke Tesco Rawang, tak kenalah letak coin tu.
Org skrg mcm tu lah. Jgnkan 50 sen, seringgit pun pandang sebelah mata. Anak2 saya letak duit merata kat rumah ni. Mereka tak tahu mcmana susahnya ayah mereka nak cari duit .... huhuhu
nak parking kena jugak pakai duit 50sen..
ReplyDeleteBetul tu terutama yg guna meter atau kupon dari mesin tu. Kalau takde syiling masa tu kenalah tukar kat kedai dulu .... huhuhu
DeleteSaya selalu pergi Jusco Buki Tinggi atau Giant Klang tapi kedua dua tempat ini free kalau kita pakai troli, jadi tak dapatlah saya collect 50 sen sebab saya selalu rajin letak troli yang saya nampak bersepah sepah sana sini sampai suami saya selalu cakap you kerja sini je lah.
ReplyDeletesharifah rosidah,
DeleteJusco Bukit Tinggi tu jauh dari perumahan. Mungkin sebab itu mereka tak letakkan slot utk syiling. Giant Hulu Klang kalau tak buat mcm tu org bawa troli balik rumah atau paling tidak pun malas nak hantar balik.
Saya faham kenapa suami awak cakap mcm tu. Kalau rajin pun, tolak troli sendiri sudahlah. Troli org lain tu tak payahlah susah payah nak hantar balik ke tempatnya.