Pagi tadi aku menghantar emak Adam ke pasar Chow Kit. Inilah untungnya kerja sendiri. Kalau ada permintaan dari isteri, boleh adjust jadual kerja. Permintaan tu tak semestinya nak ajak pergi pasar aje .... hehehe
Sampai di pasar, seperti biasa emak Adam terus menuju ke gerai menjual tauge. Kat situ ada juga jual kueh teow, mee kuning , tauhu, bebola ikan, kek ikan dan bahan2 memasak mee yg lain.
Dah lama emak Adam menjadi pelanggan tetap di gerai itu. Taukenya berbangsa Cina. Dia dibantu oleh isterinya selain dua org gaji - seorg lelaki India dan seorg perempuan Indon. Sayang org Melayu takde yg jual benda2 ni.
Masa dia nak mengambil tauge kering yg emak Adam minta, aku ikut dia ke tong tauge di sebelah belakang gerainya. Aku tanya dia satu tong tu muat berapa kilogram tauge. Dia kata 90 kg. Aku tanya lagi sehari boleh laku berapa tong. Dia kata tak tentu tapi purata dalam 7 tong. Itu sudah 630 kg.
Kalau sekilo dia boleh untung 50 sen, sehari dia boleh dapat RM315. Itu baru pendapatan dari tauge. Barang2 lain lagi pun laku juga. Aku rasa sehari dia boleh dapat paling kurang RM500 bersih. Sebulan berbelas ribu ringgit. Tak payah kecoh2 pasal SBPA dan sebagainya.
Entah2 cukai pendapatan pun tak bayar! .... huhuhu
kalau sungguh2, buat apa pun mesti leh dapat hasil lumayan
ReplyDeleteSumber rezeki memang luas. Tapi sayangnya banyak yg kita tak 'nampak' sedangkan org lain dah kaya dari sumber tersebut.
DeleteSatu lagi masalah sebahagian daripada kita ialah sikap tidak bersungguh2 ... huhuhu
Kerja tak sama, dia pakai seluar pendek dan surrounding busuk dan becak, tapi YB bermeeting dan berjumpa orang yang pakai tali leher dan tempat berhawa dingin..hahahahha
ReplyDeleteTak dinafikan kerja tauke togeh tak fening2 kepala sebab hari2 cash masyukkk..
Dulu memang ada org kita yg lebih mementingkan kerja kolar putih di bilik berhawa dingin. Kalau masuk meminang cepat diterima oleh bakal mertua.
DeleteKerja dgn pakaian lekeh mcm tauke tu kalau masuk meminang mungkin kena reject. Silap hari bulan jgnkan nak meminang, nak cari awek pun susah.
Awek tak tahu duit berkepuk2 dlm poket ... hehehe
alamak. macam mana buat reply ni bang? best pulak mcm ni kan?
ReplyDeleteaku pun tak pandai nak buat ni. Anak aku yg tolong buatkan .... hehehe
DeleteBoleh cek kt tutorial dalam komen kt entri sini:
Deletehttp://yunusbadawi.blogspot.com/2012/01/betul-ke-tak-boleh-komen.html#comment-form
9/10 sumber rezeki/kekayaan mmg dari perniagaan, kan?
ReplyDeletesaya pun nak mulakan satu perniagaan baru...Insya allah
Ramai di antara kita tahu 9/10 sumber rezeki dari perniagaan kerana itu sabda Rasulullah s.a.w. tapi kebanyakan kita masih tertumpu kpd yg 1/10 sumber tu ... huhuhu
DeleteSalam pagi Rabu YB,
ReplyDeletehari ni tak pergi pasar? hehehe
kalau anak dara YB ada m inat buat kraf..meh lah jenguk blog bisnes saya ... atau kalau emak Adam nak cari butang comel2 utk baju dia, nak ganti butang tercabut dari baju bapak Adam, nak butang ekslusif utk jubah2 ...ada banyakkkkkkkkkkkkkk pilihan butang2 yang unique di blog bisnes saya...
marilah sokong bisnes orang kita! hehehe ..promosi sikit ...
Button Planet Ent
http://www.buttonplanetent.blogspot.com
Salam pagi Rabu kpd Azzah juga.
DeletePagi tadi saya dan emak Adam dah ke pasar tani.
Anak dara saya tak minat sangat kraf. Mereka lebih minat ICT dan gajet2nya .... huhuhu. Nanti saya cuba promosikan blog bisnes Azzah tu kat emak Adam dan pengunjung blog ini yg lain.
Selamat maju jaya di dalam perniagaan siber.
uikss...adakah dah lama sya tak masuk sini? segalanya berubah saujana mata memandang ;p
ReplyDeleteberniaga apa apa pun insya'allah berjaya
sedang jual besi buruk pun laku kan?
Slmt datang ke rumah baru saya. Silalah mengundi kalau belum berbuat demikian utk memilih tema warna utk blog ini.
DeleteBerniaga besi buruk memang untung tapi kebanyakannya dimonopoli oleh kaum India. Org kita jarang sangat buat bisnes tu ...... huhuhu
kat pasar tani shah alam melayu yang jual toge, tauhu, fishball dan mee ni. :)
ReplyDeleteMemang patutlah tu sebab Shah Alam Bandaraya org kita. Tapi di tempat2 lain kebanyakan yg berniaga bukan org kita. Kalau org kita yg jual tapi kilangnya milik bangsa lain ... ngeeee
Deletenak jual kitkat kat adam! hehe
ReplyDeleteKalau boleh jual kurang dari RM41 sebungkus yg 48 paket 2 jari tu Adam nak beli .... hehehe
Delete