Perkahwinan adalah sesuatu yg indah untuk dikenang. Oleh yg demikian, ada pasangan pengantin yg cuba membuat kelainan pada majlis perkahwinan mereka supaya ianya lebih membawa kenangan di masa depan.
Hari ini anak kawan aku melangsungkan perkahwinannya. Takdelah sampai naik kereta kuda atau akad nikah di dasar laut (w/p kawan aku tu pernah kerja di bahagian Underwater Operation semasa kami sama2 di sykt kulit kerang dulu).
Kawan aku ni buat majlis beliau di resortnya di Janda Baik w/p dia tinggal di Ampang.
Resortnya cantik dan terletak di tepi sebatang sungai.
Ada dua buah bangunan di kiri dan kanan gambar di atas. Yang putih2 sebelah belakang tu ialah khemah tempat makan majlis hari ni. Jalan masuk adalah dekat dgn khemah2 tersebut
Pemandangan khemah dari depan resort. Bangunan dan sungai di sebelah kanan (tak kelihatan dalam gambar ini).
Disebabkan jalan sempit, para tetamu terpaksa meletakkan kereta di jalan besar yg terletak beberapa ratus meter dari resort ini. Mereka kena berjalan kaki utk masuk. Tapi kerana aku membawa emak aku yg berkerusi roda, aku minta izin dari anggota RELA yg menjaga lalulintas utk masuk dekat sikit dgn resort ini. Dah dibenarkan masuk aku pun parkinglah dekat dgn rumah pengantin.
Memandangkan hujan lebat malam semalam dan renyai2 pagi tadi, tanah di kawasan khemah amatlah becak. Rumput di situ dah penuh dgn lumpur. Siapa yg pakai kasut terpaksalah berkaki ayam jika sayangkan kasut. Nasib baik aku pakai sandal aje hari ni.
Yang aku kesian orang perempuan. Kerana nak elakkan kain dari kena selut, ramailah yg berjalan menyelakkan kain mereka. Kalau nak tengok betis, inilah masanya! nasib baik ada emak Adam
Oklah aku nak siap2 nak pergi satu lagi majlis kahwin lepas Maghrib ni. Kali ini di Kelab Golf Perkhidmatan Awam.
Rasanya kazen saya selalu pegi resort ni dgn kawan2 dia buat gathering.. Hr tu adik sayapun nak pegi jugak tp tak jadi sbb mak saya tak bagi.. Dah musim2 hujan cmni, buat apa nak bawak anak2 mandi sungai, kata mak saya..
ReplyDeleteSaya sendiripun tak lepas masuk resort ni lagi.. ehehh..
Beberapa ratus meter kena berjalan? Mak ai... selepas makan, pastu sampai ke kereta, sempat lapar balik. Kan bang? hehehe
ReplyDeleteSaya baru hair ni 1st time sampai janda baik :)...tu pun sbb ikut suami dtg kursus
ReplyDeleteSaya baru hair ni 1st time sampai janda baik :)...tu pun sbb ikut suami dtg kursus
ReplyDeleteSaya baru hair ni 1st time sampai janda baik :)...tu pun sbb ikut suami dtg kursus
ReplyDeleteNak sangat kelainan, ha ambik kau, selut dan becak bila hujan. Mesti para tetamu kutuk dlm hati masing2..hehehehehe
ReplyDeleteTak per itupun satu kenangan juga.
~ Cik Azz Abu Bakar ~,
ReplyDeleteDi Janda Baik tu ada banyak resort tempat org buat training dan gathering. Yang milik kawan saya ni dia baru beli. Nama resort dia Saujana. Sama ke dgn yg sepupu awak pergi tu?
Saya pun ada beri cadangan lepas ke majlis kahwin tu kami bawa anak2 mandi sungai tapi emak Adam tak setuju sbb musim hujan. Nampaknya emak Adam mcm emak awak juga ... hehehe
Lain kali bolehlah awak pergi ke sana. Best juga tempat tu.
azieazah,
ReplyDeleteMemang jauh nak berjalan tu. Kalau makan sikit, memang sampai kereta dah lapar. Tapi kalau makan banyak tak larat pula nak berjalan ... hehehe
Chik Na,
ReplyDeleteeh awak pun ada di Janda Baik semalam? Kalau tahu bolehlah jumpa dgn awak dan suami.
Kat resort yg mana satu kursus tu?
Marina Monroe,
ReplyDeleteRasanya taklah sampai mengutuk dalam hati sebab ini kali pertama mereka kahwinkan anak. First time bagi chancelah.
Tapi siapa yg nak ke majlis lain selepas ke tempat itu, susah sikit kalau kasut dan penuh selut.... huhuhu
Minggu lalu masuk seri dinar resort janda baik..
ReplyDeleteJanda kat Janda Baik semuanya baik baik belaka..
relevan Sokmo,
ReplyDeleteKira selalu ke awak ke Janda Baik tu.
Saya tak berjumpapun janda kat sana. Kiranya awak terer dari saya sebab bukan saja dapat bertemu dgn janda2 di sana tapi tahu mereka tu baik2 belaka ... hehehe
Masih belum sempat lagi ke Janda Baik walaupun telah dipelawa berkali kali oleh Syed Hussin Alattas(saudara saya yang orang panggil Nujum Pak Belalang a.k.a penulis buku politik). Beliau adalah sepupu ibu saya, saya suka berborak dengan nya walaupun kami kadang2 suka bertekak sebab selalu nya tak sependapat, kerjanya asyik nak menghentam orang politik je sedangkan anak2 dia pun bukan betul sangat nak nak anak yang orang panggil uncle seeker tu saya tak berkenan langsung tapi Pak Habib ni sebenarnya baik hati dan juga pemurah orangnya.
ReplyDeletesharfah rosidah,
ReplyDeleteOh Syed Hussin tu saudara awak. Bolehlah bila2 awak ada masa pergi berehat di Janda Baik dgn famili. Sambil menghirup udara nyaman boleh bertekak dgn dia ... hahaha